Benarkah Daging Ayam Betina Punca Luka Semakin Teruk? Ini Jawapannya

Share

“Jangan makan telur dan ayam kalau nak luka tuh sembuh”

Pernah dengar petua orang tua-tua seperti ini? Hah ini antara petua-petua yang sering kita dengar ketika merawat luka. Kita tidak digalakan makan telur ayam mahupun daging ayam kerana ia akan akan menyebabkan gatal dan lambat sembuh, malah lebih teruk lagi ia akan menyebabkan luka anda itu bernanah.

Tetapi sebenarnya tahukan anda, semua petua itu adalah MITOS!

Sebenarnya tiada kajian yang menyatakan sedemikian. Malah telur mempunyai sumber protein yang kaya dengan vitamin dan mineral. Ia tidak akan menyebabkan luka anda lambat sembuh mahupun bernanah.

Ini juga terjadi pada daging ayam. Sebaliknya daging ayam ini adalah salah satu sumber protein yang baik untuk perbaiki bahagian tisu rosak.

Bukan itu sahaja, pelbagai mitos yang sering kita dengar tetapi di MyHealth.Gov

ada menyatakan fakta disebalik mitos yang sering kita dengar. Antaranya seperti;


MITOS:
Ikan haruan dan belut sangat digalakkan supaya luka cepat sembuh.

FAKTA: Ikan haruan dan belut adalah sumber utama protein sama seperti ikan lain. Jangan hadkan pada ikan haruan dan belut sahaja. Jika anda mengamalkan vegetarian, pastikan anda mengambil sumber protein melalui jenis kacang atau kekacang seperti tahu dan tempe.

MITOS: Minum pati gamat atau sapu minyak gamat pada luka akan menggalakkan luka cepat sembuh.

FAKTA: Tiada sebarang kajian yang menyokong pernyataan ini. Tetapi gamat memang bagus untuk kesihatan badan, cuma berpada-pada dan jangan berlebihan.



​​MITOS:
Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak digalakkan selepas pembedahan kerana dikhuatiri elemen sejuk di dalamnya akan melambatkan proses penyembuhan luka.

FAKTA: Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan garam mineral yang membantu mempercepat proses penyembuhan luka. Tiada unsur ‘sejuk’ di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

IKLAN