“Jangan makan telur dan ayam kalau nak luka tuh sembuh”
Pernah dengar petua orang tua-tua seperti ini? Hah ini antara petua-petua yang sering kita dengar ketika merawat luka. Kita tidak digalakan makan telur ayam mahupun daging ayam kerana ia akan akan menyebabkan gatal dan lambat sembuh, malah lebih teruk lagi ia akan menyebabkan luka anda itu bernanah.
Tetapi sebenarnya tahukan anda, semua petua itu adalah MITOS!
Sebenarnya tiada kajian yang menyatakan sedemikian. Malah telur mempunyai sumber protein yang kaya dengan vitamin dan mineral. Ia tidak akan menyebabkan luka anda lambat sembuh mahupun bernanah.
IKLAN
Ini juga terjadi pada daging ayam. Sebaliknya daging ayam ini adalah salah satu sumber protein yang baik untuk perbaiki bahagian tisu rosak.
Bukan itu sahaja, pelbagai mitos yang sering kita dengar tetapi di MyHealth.Gov ada menyatakan fakta disebalik mitos yang sering kita dengar. Antaranya seperti;
MITOS: Ikan haruan dan belut sangat digalakkan supaya luka cepat sembuh.
IKLAN
FAKTA: Ikan haruan dan belut adalah sumber utama protein sama seperti ikan lain. Jangan hadkan pada ikan haruan dan belut sahaja. Jika anda mengamalkan vegetarian, pastikan anda mengambil sumber protein melalui jenis kacang atau kekacang seperti tahu dan tempe.
MITOS: Minum pati gamat atau sapu minyak gamat pada luka akan menggalakkan luka cepat sembuh.
IKLAN
FAKTA: Tiada sebarang kajian yang menyokong pernyataan ini. Tetapi gamat memang bagus untuk kesihatan badan, cuma berpada-pada dan jangan berlebihan.
MITOS: Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak digalakkan selepas pembedahan kerana dikhuatiri elemen sejuk di dalamnya akan melambatkan proses penyembuhan luka.
FAKTA: Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan garam mineral yang membantu mempercepat proses penyembuhan luka. Tiada unsur ‘sejuk’ di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
Bukan sombong atau mahu tunjuk hebat tetapi sifat ego yang wujud dalam diri lelaki itu adalah identiti jantina yang tak harus dipertikaikan.
Walaupun sifat ego ini ada waktunya kelihatan sangat menyusahkan atau menimbulkan rasa kurang senang, percayalah ada kebaikan di dalamnya.
1. Lambang survival
Ego yang wujud dalam diri lelaki adalah lambang survival. Jika tidak, anda mungkin bertemu dengan lelaki yang lembik dan tidak tahu ke mana hala tujunya.
2. Fokus cita-cita
Ego membuatkan si lelaki mampu fokus dalam memburu cita-citanya untuk menjadi seseorang yang berjaya dan mencapai kepuasan diri.
3. Pelindung untuk yang lemah
Ego yang ada mampu menjadi pelindung kepada mereka yang lemah kerana jika tiada lelaki yang tampil berdiri, siapa lagi yang akan sudi menyelamat?
4. Tanda tegas
Tegas dan tetap pendirian wujud menerusi sifat ego dalam diri lelaki. Melaluinya juga, orang sekeliling usah risau kerana segala kerja pasti dapat disempurnakan.
5. Berhati-hati
Tidak mudah mempercayai seseorang yang gemar menipu menjadikan sang lelaki lebih berhati-hati. Semuanya dapat dikesan menerusi sifat ego secara semulajadi.
Membayangkan diri dan pasangan memiliki anak sememangnya sesuatu yang cukup indah namun sudah bersediakan kita dengan ragam anak pertama kecil yang comel itu?
Rata-rata pasangan yang memiliki anak kecil akan hilang segala life buat seketika kerana rutin sudah berubah dan anak perlu diberi perhatian.
Begitu juga dengan isteri yang masih dalam pantang, makan minum serta rehatnya perlulah diberikan secukupnya untuk mengelakkan isteri terkena penyakit meroyan.
Kongsi kisah ‘mental koyak’
Seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama @say_syazril, dia telag\h berkongsi satu cerita pengalaman menjaga anak pertama.
Dalam entrinya kerana tiada pengalaman, dia hampir terjebak dengan masalah Postpatrum Depression kerana :
Apa-apapun dalam hal ini, suami harus kuat kerana isteri masih lemah dan sangat memerlukan kekuatan suami sebagai pembakar semangat.
Kepada yang mengalami situasi yang sama, selamat maju jaya MASKULIN ucapkan. Kenanglah saat ini kerana anak kecil cuma sekali.
Tidak dinafikan di pasaran sekarang terdapat lambakan dan pelbagai jenis kasut larian yang setiap satunya menampilkan keistimewaan dan teknologi yang dipercayai mampu membantu atlet atau pelari.
Namun tidak banyak kasut larian yang secara universalnya sesuai untuk pe;bagai jenis bentuk kaki, corak larian dan juga dalam masa yang sama menawarkan keselesaan. Jadi apabila berpeluang merasai sendiri pengalaman menggunakan kasut larian yang berjaya menawarkan kriteria di atas ia adalah satu kepuasan yang cukup mengagumkan.
Pada Sabtu lalu, MASKULIN sempat memenuhi jemputan adidas Malaysia untuk menyertai sesi pengaktifan kasut larian flagship mereka yang terbaru iaitu Ultraboost Light Run. Pada sesi pengaktifan ini seramai lebih kurang 100 peserta mengambil bahagian.
Pebgacara, Zetty Nabila dan Falyq Hikyle
Rata-rata mereka yang mengambil bahagian adalah peminat jenama tersebut yang juga aktif melakukan larian dalam rutin senaman dan aktiviti kecergasan mereka. Bertempat di Menara KEN, Taman Tun Dr Ismail, KL sesi dimulakan dengan pengenalan dan kata aluan dari dua pengacara iaitu Zetty Nabila dan Falyq Hikyle.
Kemudian pelancaran ringkas Ultraboost Light Run diadakan dengan dua pelari dari adidas Runners Kuala Lumpur (ARKL) meletakkan Ultraboost Larian di atas podium. Sebelum larian dimulakan, wakil dari ARKL turut mengetuai sesi memanaskan badan.
Peserta kemudian dibahagikan kepada empat kumpulan berbeza mengikut kelajuan atau pace. Larian dimulakan mengikut setiap kumpulan dengan jarak sejauh 4.3 kilometer di sekitar TTDI. Setiap kumpulan juga dikawal selia oleh wakil ARKL yang dilihat cukup ‘supportive’ dan memberikan tip larian yang cukup berguna.
PENGALAMAN ULTRABOOST LIGHT RUN
MASKULIN turut menyertai larian ini dan diberi peluang mencuba sendiri menggunakan kasut larian Ultraboost Light. Untuk 1 kilometer pertama perkara pertama yang cukup menyerlah tentang Ultraboost Run adalah beratnya yang cukup ringan.
Pengurangan 30% berat dari model terdahulu sememangnya sangat dirasai. Setiap langkah larian juga lebih selesa dan apa yang lebih penting ialah energy return atau pulangan tenaga yang cukup efisien.
MASKULIN difahamkan teknologi Boost yang dikemas kini dan dipertingkatkan bukan sahaja membuatkan ia lebih ringan malah memberikan efek kusyen yang lebih responsif.
Dengan berat sekitar di antara 262 gram hingga 299 gram, MASKULIN dapat merasakan Ultraboost Light mampu menjadi kasut yang boleh membantu ramai pelari meningkatkan kualiti larian mereka.
Rekaan terkini Linear Energy Point (LEP) juga memainkan peranan cukup penting bagi membantu setiap langkahan larian menjadi lebih responsif dan mengoptimakan larian ke tahap terbaik.
Memasuki separuh jarak larian, MASKULIN turut perasan cengkaman yang terdapat pada kasut larian ini juga sangat baik. Ini dibantu oleh outsole dari Continental yang dihasilkan dari getah prestasi yang membolehkan larian dilakukan dalam apa jua permukaan dan cuaca.
Jadi melakukan larian di atas permukaan jalan raya berselang-seli dengan kawasan bersimen dan tanah berumput tidak langsung mendatangkan masalah.
Selesai melakukan larian MASKULIN boleh merumuskan bahawa Ultraboost Light adalah kasut larian terbina dengan kukuh dari Primeknit+. Ia menyokong peralihan larian yang lancar dan memberi kestabilan yang cukup baik.
Versi Ultraboost terbaru ini tampil dengan Boost baharu menjadikannya lebih ringan daripada pendahulunya tetapi memberikannya larian yang lebih mantap. Ia juga telah menambah baik kuncian tumit kerana kaunter tumit yang diubah suai.
PENGAKTIFAN
Peserta kemudian kembali berkumpul di Menara KEN untuk sesi ‘warm down’. adidas Malaysia turut menyediakan beberapa aktiviti seperti Treadmill Shoe Trialing Area di mana mereka boleh mencuba sendiri Ultraboost Light.
Selain itu, di BOOST Speed Challenge mereka mampu berlumba dengan melakukan pecutan di antara satu sama lain dan juga berpeluang mengabadikan memori di Photo Zone.
Lebih menarik, peserta yang mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya dua aktiviti boleh menebus 15% baucar untuk pembelian Ultraboost Light.
adidas Ultraboost Light kini boleh didapati di kesemua outlet adidas, pengedar berlesen dan juga di laman e-dagang adidas Malaysia di sini pada harga RM869.
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...