Menjadi sikap kurang elok bagi segelintir lelaki yang tak pernah puas dengan kehendak dan cita-cita yang sudah dimiliki.

Apatah lagi jika lelaki itu memiliki kriteria yang menjadi pujaan ramai wanita seperti tinggi, segak, kemas serta menarik.

Bercakap tentang penampilan, tidak dinafikan wanita memang suka melihat lelaki yang kacak tetapi tak guna juga kalaulah lelaki itu :

IKLAN

1. Curang bila ada harta lebih

Segelintir wanita bersetuju segelintir lelaki berlaku curang apabila memiliki segala-galanya dan sikap tamak melanda diri. Yang paling tak boleh terima, sudahlah lelaki tu miskin, ada hati nak pasang lain.

2. Jauh dari isteri jangka masa lama

Segelintir lelaki suka buang tabiat dengan jadi ‘bujang’ dan kononnya buat-buat tak tahu tentang dosa pahala.

IKLAN

3. Tak ada kerja

Lelaki yang reti curang ni sebenarnya tak ada kerja dan fikirkan hal-hal yang remeh. Ini kerana lelaki yang sibuk, memang tak ada masa untuk berlaku curang. Sebabnya, masa untuk diri sendiri pun tak cukup.

4. Membelakangkan agama

Orang yang melakukan curang ini boleh dilabel membelakangkan agama. Ini kerana Tuhan telah amanahkan jodoh yang baik tetapi ada lelaki yang tidak bertanggungjawab telah menidakkan anugerah tersebut.

IKLAN

Jadi soalnya, wanita tidak melihat lelaki kacak itu sangat sempurna tetapi lebih kepada penimbul masalah yang mungkin boleh berlaku.

Jadi kepada lelaki kurang handsome, usah risau selagi anda tidak berlaku curang dan setia terhadap pasangan buat selama-lamanya!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI