Bermula semalam hingga hari ini, kebanyakan timeline di media sosial menyiarkan cerita tentang perkahwinan umat Islam yang berbeza bangsa serta warna kulit.

Perkahwinan antara gadis Melayu dari Kedah, Ayu Afilah dan pemuda hitam manis dari Guinea Afrika Barat, Adama Mohamed Camara mendapat pelbagai reaksi wargamaya.

Komen lucah serta berbaur hinaan

Paling menyedihkan, ramai wargamaya mengemukakan komen di merata-rata portal dengan kata-kata lucah dan berbaur hinaan antaranya :

Benarkah Lelaki Malaysia Ada Hak Untuk Kecam Perkahwinan Beza Warna Kulit?

1. ‘Barang’ lelaki panjang, perempuan Melayu suka
2. Dah tak ada lelaki Melayu ke sampai pilih warga asing?
3. Mesti lepas kahwin lelaki ambil macam-macam kesempatan
4. Perempuan ni mesti gila seks sebab suka lelaki kulit hitam

Penulis mengucap panjang membaca komen-komen sedemikian dilontarkan oleh wargamaya dari negara ini yang menggunakan bahasa Melayu.

Ads

Ada yang pertahankan

Namun dalam masa sama, ada juga wargamaya yang memberikan sokongan kepada Afilah dan suaminya dengan berpegang kepada beberapa perkara seperti :

  1. Jodoh itu rahsia Allah dan dipermudahkan kerana izin Allah
  2. Islam galakkan umatnya untuk saling kenal-berkenalan antara satu sama lain
  3. Wanita itu berkahwin secara sah, bukannya gedik melakukan zina
  4. Ibu bapa wanita pun reda dan setuju, kenapa wargamaya pula yang panas?

Benarkah Lelaki Malaysia Ada Hak Untuk Kecam Perkahwinan Beza Warna Kulit?

Perkahwinan campur galak perkembagan genetik

Tahukah anda bahawa perkahwinan campur sebenarnya menggalakkan perkembangan genetik?

Perkara ini telah disahkan ramai pakar kerana melalui hasil perkahwinan, anak yang lahir ke dunia memiliki campuran dua gen yang berbeza.

Ads

Menerusi perkahwinan campur juga, anak yang lahir bukan sekadar menjadi aktif malah daya tahan imunisasi juga semakin meningkat.

Benarkah Lelaki Malaysia Ada Hak Untuk Kecam Perkahwinan Beza Warna Kulit?

Risiko perundangan negara

Walau bagaimanapun, perkahwinan campur mungkin pada kemudian harinya akan timbul beberapa isu dari segi perundangan.

Misalnya, ada hak-hak yang anak watan boleh miliki secara undang-undang terpaksa dilepaskan oleh Afilah dan pasangannya.

Ads

Namun demikian, perkahwinan yang halal dan sah adalah dituntut dalam Islam dan setiap agama menegaskan suami perlu menjaga keperluan isteri.

Sebagai rakyat awam, seharusnya kita mendoakan yang baik-baik dan pamerkan sikap budaya rakyat Malaysia yang berhati mulia.

P/s : Kalau yang jenis kecam melampau-lampau tu masih single, padanlah tak ada wanita yang berani lekat. Takut dapat suami jenis panas baran!

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI