Pada zaman sekarang semakin ramai lelaki memilih pasangan mereka daripada wanita yang matang. Atau dalam kata lainnya wanita yang umurnya lebih tua daripada mereka.

Antara pasangan yang sering mendapat perhatian ramai ialah pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Walaupun dipisahkan perbezaan usia namun mereka berdua menjadi antara pasangan selebriti paling romantik. Apatah lagi kehidupan pasangan ini diserikan dengan anak mereka yang comel iaitu Aaisyah Dhia Rana.

Dan trend lelaki memilih pasangan lebih tua seakan-akan semakin menjadi pilihan mereka. Mengapa agaknya? Mungkin 4 faktor di bawah yang menjadi alasan mereka?

Penjagaan diri

Benarkah Lelaki Sekarang Lebih Suka Wanita Matang? Mungkin 4 Sebab Ini Alasan Mereka!

Biasalah wnaita matang kebiasaanya sangat pandai menjaga penampilan diri. Mereka dilihat sebagai wanita yang lebih bijak membawa diri mereka dengan pengalaman yang ada. Ini berbeza dengan gadis muda yang menyangkakan lelaki lebih gemar kepada badan mereka yang masih bergetah, jadi mereka kurang menjaga penampilan diri. Kerana itu lelaki lebih tertarik dengan wanita lebih matang.

IKLAN

BACA: Lelaki Pandai Main Gitar Lebih Romantik? Ikuti Pandangan Dari Wanita

Berpengalaman

Benarkah Lelaki Sekarang Lebih Suka Wanita Matang? Mungkin 4 Sebab Ini Alasan Mereka!

IKLAN

Jika wanita matang ini merupakan seorang janda ini pernah berumah tangga bermakna dia sudah berpengalaman menguruskan suami. Hal ini bukan terhad kepada perkara ‘dalam kelambu’ sahaja ya, ia termasuk dengan hal makan minum dan pakaian harian suami. Lelaki berasa wanita seperti ini kerana sifat mereka yang sudah tahu semua perkara.

Berdikari

Benarkah Lelaki Sekarang Lebih Suka Wanita Matang? Mungkin 4 Sebab Ini Alasan Mereka!

IKLAN

Wanita matang dilihat sebagai seseorang sangat bijak menguruskan hal sendiri. Ini kerana ketika mereka sudah mempunyai banyak pengalaman dalam hidup. Mereka juga sudah tidak suka untuk ambil tahu hal-hal remeh-temeh. Dan lelaki pula memang tak suka ambil hal remeh-temeh sebagai rencah kehidupan seharian mereka. Ini antara faktor yang mecuit hati teruna, melihat wanita yang pandai menguruskan diri, mereka pasti memilih wanita matang sebagai isteri.

Pandai ambil hati 

Benarkah Lelaki Sekarang Lebih Suka Wanita Matang? Mungkin 4 Sebab Ini Alasan Mereka!

Jangan salahkan sesiapa dalam hal ini. Semuanya kerana pengalaman dan situasi. Bezanya besar kemungkinan wanita matang sudah berdepan dengan pelbagai jenis lelaki yang cuba dekati mereka sejak muda lagi. Jadi mereka sudah masak dengan perangai lelaki terutamanya yang lebih muda. Tindak-tanduk mereka yang pandai ambil hati dan tahu bila masa perlu bergurau dan serius menjadikan poin penting mengapa mereka disukai lelaki muda.

Kredit feature foto: Instagram Rozita Che Wan

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI