Selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Serius MASKULIN cukup respect dengan orang yang mempunyai motivasi cukup tinggi untuk menurunkan berat badan. Kerana apa? Kerana ia bukanlah satu perkara yang senang untuk dilakukan.

Berat Asal 154kg, Jejaka Ini Turun 40kg Dengan Tarian K-pop & Diet!

MASKULIN tertarik dengan perkongsian seorang jejaka dikenali dengan nama Wawan di Twitter. Menerusi perkongsian video serta bebenang di laman Twitter-nya @wawanxz_ dan Instagram @shah.rizuann, ia merakamkan perjalanannya menurunkan berat badan dengan menari lagu-lagu K-pop.

 

View this post on Instagram

 

Wish me luck ! #healthy #diet #30daysdancechallenge #challenge

A post shared by Wawan (@shah.rizuann) on

Menerusi video tersebut, segalanya bermula pada bulan Oktober 2018 di mana dia mempunyai berat badan sebanyak 154kg. Dengan mengamalkan diet yang sihat dan senaman dalam bentuk tarian K-pop ini, Wawan memperlihatkan penurunan berat badannya sedikit demi sedikit setiap bulan.

BACA: Kalau Tak Boleh Tinggal 6 Tabiat Ini, Ucap Selamat Tinggal Kepada Misi Turunkan Berat Badan

IKLAN

TURUN 40KG

Sehinggalah dia kehilangan sebanyak kira-kira 40kg. Dan beratnya kini menurun epada 116kg. Dengan jumlah retweet lebih 22 ribu kali dan jumlah like pada jumlah lebih kurang sama, video perkongsian ini telah menjadi inspirasi buat warganet.

Dia sendiri tidak menyangka video ini telah menjadi tular dan mencuri perhatian ramai.

Apabila ditanya tentang apakah rahsianya, Wawan berkongsi tekniknya yang tersendiri.

IKLAN

TIPS DIET

Apa yang dilakukannya ialah memotong pengambilan gula, kalau nak minum pastikan sekali saja sehari dalam kuantiti sedikit. Dia juga lebih mengutamakan pengambilan makanan tinggi protein. Untuk karbphidrat pula dikurangkand engan nasih 1/4 pinggan sahaja. Dan akhir sekali minum air dengan mencukupi dan banyak.

Berat Asal 154kg, Jejaka Ini Turun 40kg Dengan Tarian K-pop & Diet!

IKLAN

RAMADAN CHALLENGE

Dia juga kini sedang menjalani cabaran terbaru yang digelarnya 30days dance in Ramadan dan berkongsi senarai lagu-lagu berbeza setiap hari.

Berat Asal 154kg, Jejaka Ini Turun 40kg Dengan Tarian K-pop & Diet!

Kecekalan dan kesungguhannya mendapat pujian daripada ramai pengguna Twitter yang kagum dengan kesungguhan serta sikap positifnya.

Berat Asal 154kg, Jejaka Ini Turun 40kg Dengan Tarian K-pop & Diet! Berat Asal 154kg, Jejaka Ini Turun 40kg Dengan Tarian K-pop & Diet! Berat Asal 154kg, Jejaka Ini Turun 40kg Dengan Tarian K-pop & Diet!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI