Apabila membuka YouTube, tiba-tiba satu lagu lama daripada kumpulan Cromok, I Dont Belong Here terpasang di senarai main.
Sambil melayan lagu itu, sengaja penulis scroll ke bawah dan membaca komen-komen daripada pengguna YouTube yang lain.
Kebanyakan di antara mereka mengatakan lagu-lagu Cromok ini masih sedap didengari dan petikan gitarnya masih syahdu ‘menggoda’ jiwa orang ramai.
Apa yang dikatakan pengguna YouTube itu seperti ada benarnya. Timbul persoalan bagaimana muzik-muzik era 80-an dahulu masih relevan sehingga zaman ini.
Bukan Cromok sahaja malah terdapat juga beberapa nama besar yang lain seperti Wings, Search dan Lefthanded yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.
IKLAN
Biar pun sudah banyak konsep muzik moden yang diperkenalkan, lagu-lagu lama termasuk rock tetap menjadi ‘lagenda’ yang sukar dimatikan.
Siapa Cromok?
Cromok merupakan sebuah kumpulan rock metal Inggeris Malaysia yang ditubuhkan pada 1986 (pra-Cromok). Pada asalnya, Nik Ramzee dan Che Adnan yang merupakan ahli awal Cromok sekadar mahu mengisi masa lapang sahaja.
Namun setelah Miji dan Mat Puck menyertai mereka, mereka menjadi lebih serius lalu menamakan kumpulan mereka sebagai Cromok secara rasminya pada 1987.
IKLAN
Mereka terdiri dari empat orang pelajar Malaysia yang menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia dan ahli anggota Cromok terdiri daripada Sam (Vocalist+Bassist), Din (Vocalist+Guitarist), Karl (Guitarist) dan Miji (Drummer).
Sekembalinya ke tanahair, tiga daripada mereka kecuali Din yang masih belum tamat pengajian telah menandatangani perjanjian dengan Valentine Records dan telah mengedarkan album Image of Purity yang dirakamkan sewaktu mereka masih berada di luar negara.
Walaupun peminat muzik tanah air masih janggal dengan lahirnya sebuah band trash metal, album tersebut mendapat sambutan menggalakan sehingga terjual lebih 70,000 unit.
IKLAN
Lagu ‘Metallurgical’ yang mengabungkan intro lagu tradisional ‘Ulek Mayang’ menjadi lagu paling menarik dan digilai peminat ketika itu. Cromok kemudiannya menyertai EMI Record pada 13 Julai 1993 bagi mengembangkan lagi sayap mereka. Album Forever In Time merupakan album paling berjaya Cromok dan terjual melebihi 100,000 unit. Album ini disifatkan lebih kepada metal kemelayuan.
Komen semasa tentang lagu Cromok
Kalau diikutkan, memang terdapat banyak lagi lagu-lagu lain yang cukup evergreen sehingga hari ini.
Jadi selain lagu-lagu Cromok, apa pilihan lagu kegemaran yang membangkitkan nostalgia anda? Kongsikan bersama Maskulin.
Jangan tak tahu lelaki pun ada jenis dan kategorinya di pelosok dunia ini. Lelaki masa kini mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh diketagorikan melalui sikap dan kehendak nafsu seks mereka.
Hal ini bukanlah perkara yang baru, malah anda boleh melihat pelbagai jenis lelaki diluar sana. Anda harus tahu tentang perkara ini khususnya kaum hawa yang bakal memilih pasang hidup mereka. Jangan nanti kecewa dengan perangai lelaki tersebut.
Khas kepada kaum wanita diluar sana, pernahkah anda terfikir tentang jenis ketagori pasangan anda? Untuk mengetahui ciri-ciri lelaki itu, disini terdapat sedikit info yang boleh memberi sedikit sebanyak pengetahuan anda tentang jenis-jenis katagori lelaki.
Antara ketagori lelaki yang wujud dan perlu anda tahu:
1. Heteroseksual
Heteroseksual ialah kumpulan lelaki normal yang mendominasi peratusan watak lelaki segenap dunia. Lelaki dalam kategori ini mempunyai minat yang normal iaitu pada jantina yang berbeza (wanita). Dari segi penampilan, lelaki heteroseksual digambarkan sebagai tidak cerewet, hanya memakai pakaian mengikut rutin serta hanya segelintir lelaki daripada kategori ini yang mementingkan penjagaan diri dari atas ke bawah. Lelaki heteroseksual juga mengamalkan rutin hidup dengan cara yang betul dengan tidak melakukan hubungan seks songsang.
Lelaki jenis ini adalah ciri-ciri lelaki idaman kebanyakan wanita.
2. Metroseksual
Lelaki metroseksual ialah jenis lelaki yang mementingkan penjagaan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Seperti artis-artis yang banyak mementingkan rupa dan penampilan diri. Golongan lelaki ketagori ini juga menyukai penggayaan fesyen dalam berpakaian serta kesihatan diri. Lelaki metroseksual suka menonjolkan diri melalui pemakaian serta penjagaan tubuh badan.
Mereka juga bersifat terbuka jika berbicara mengenai penjagaan diri, fesyen serta penampilan malahan ada yang sanggup melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk memastikan diri agar tampak kacak dan bergaya serta tidak segan silu untuk mendapatkan perkhidmatan di spa. Istilah metroseksual juga turut berkait rapat dengan istilah homoseksual yang mempunyai sedikit persamaan dari segi penampilan serta sikap ingin menonjolkan diri.
Setiap hari, peratusan lelaki metroseksual semakin bertambah kerana mereka lebih mementingkan penjagaan diri serta fesyen. Akan tetapi tidak semua lelaki metroseksual bersifat homoseksual. Ramai yang tersalah anggap tentang perkara ini kerana penampilan mereka.
3. Uberseksual
Uberseksual ialah ciri-ciri lelaki yang diketagorikan mempunyai fikiran terbuka serta berpandangan jauh. Dari segi fizikal, lelaki uberseksual mempunyai persamaan dengan heteroseksual. Uberseksual lebih mementingkan nilai tujuan serta prinsip dalam melakukan sesuatu, dan selalunya golongan ini suka meluangkan lebih banyak masa untuk memikirkan sesuatu yang berfaedah seperti mengembangkan bisnes dan memantapkan kerjaya berbanding perkara remeh temeh.
Lelaki uberseksual juga melayan dan menghormati wanita secara sama rata tetapi menganggap lelaki dan wanita sebagai kawan baiknya. Dari segi fizikal, uberseksual mempunyai naluri serta sifat maskulin yang tinggi. Uberseksual bersifat lebih sensual tidak terlalu obses pada diri sendiri malah ghairah pada perniagaan, politik serta hal ehwal dunia.
5. Biseksual
Lelaki dalam kategori biseksual merupakan antara golongan lelaki yang tertarik kepada kaum perempuan dan juga lelaki. Golongan lelaki seperti yang dilarang oleh agama ini kebiasaannya dikaitkan dengan kecelaruan seksologi kerana cenderung kepada kedua-dua jantina. Kecenderungan seksual bagi lelaki biseksual adalah berada di antara hetero seksual kepada homoseksual. Ini bermakna seseorang itu mungkin heteroseksual tetapi mempunyai sedikit perasaan homoseksual atau sebaliknya.
Dari segi fizikal, lelaki biseksual sering dijumpai dalam keadaan ‘lelaki’ atau berperwatakan sedikit lembut. Selalunya mereka ini digelar “Lelaki Lembut”. Lelaki biseksual juga mempunyai persamaan dengan metroseksual kerana mementingkan penampilan diri serta penjagaan kulit.
6. Homoseksual
Membiarkan diri dalam melakukan dosa besar namun hakikatnya golongan lelaki homoseksual atau golongan pencinta kaum sejenis ini semakin ramai dalam masyarakat pada masa kini. Berbeza dengan golongan heteroseksual, golongan ini mudah tertarik kepada kaum Adam dan merasakan diri mereka seolah-olah dipengaruhi dengan naluri perempuan yang memerlukan lelaki sebagai teman hidup. Fizikal golongan homoseksual terdiri daripada perwatakan lembut dan juga perwatakan seperti lelaki heteroseksual.
Kebanyakkan homoseksual berbadan tegap dan juga menyukai pasangan yang berbadan sasa. Mereka tiada nafsu terhadap wanita malah boleh jadi cemburu dengan wanita yang menghampiri lelaki yang disukainya.
Ada segelintir dari homoseksual merupakan lelaki yang menyerupai wanita dan berpewatakkan lembut seperti wanita. Mereka suka mengenakan pakaian wanita untuk mengambil perhatian lelaki. Namun, tidak semua lelaki berperwatakan lembut bersifat homoseksual kerana selera seks mereka ada yang terarah kepada kaum wanita.
Beban kerja terlalu banyak dan komitmen harian yang membelenggu membuatkan ramai mengeluh tidak cukup masa untuk bersenam. Itu bukan alasan. Hanya 20 minit sehari, anda boleh lakukan senaman merangkumi keseluruhan otot badan.
JUMPING JACKS
-Berdiri tegak dalam posisi kaki dijarakkan sedikit. Tangan diluruskan dan diletakkan di sisi tubuh.
-Lompat dan pastikan kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala seakan menepuk tangan.
-Ulang semula sebanyak 20 kali.
WALL SIT
-Berdiri tegak dalam keadaan bersandar pada dinding
-Turunkan badan sehingga lutut membengkok (seakan duduk di atas kerusi). Kedua belah tangan diletakkan rapat di atas dada.
-Ulang semula sebanyak 20 kali
ABDOMINAL CRUNCH
-Baring dalam posisi kepala diangkat sedikit. Lutut diangkat dan dibengkokkan. Tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha.
-Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu dan lutut serta kaki tidak diubah posisi seperti asal.
-Ulang semula sebanyak 15 kali
SQUAT
-Berdiri tegak dan posisi tangan dirapatkan di sisi tubuh.
-Rendahkan badan (seakan posisi duduk di atas kerusi)
-Badan dibawa ke hadapan sedikit serta tangan diluruskan ke hadapan.
-Ulang semula sebanyak 10 kali.
HIGH KNEES RUNNING IN PLACE
-Berdiri tegak dalam keadaan kaki dipijak secara menjengket. Lutut dibengkokkan dan paha diangkat separas pinggang.
-Ulang semula dengan kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 20 kali.
PUSH-UP ROTATION
-Meniarap dalam posisi tekan tubi.
-Pusingkan badan ke kiri dalam posisi tangan kiri diluruskan sambil menanggung beban tubuh. -Tangan kanan diluruskan ke atas
-Ulan semula dalam posisi berlawanan. Lakukan sebanyak 5 kali.
Apa guna mengharap kalau si dia sedang berbahagia dengan pasangan baharu? Tak ada maknanya dia nak berfikir tentang anda!
Bangkit dan berlalu pergi. Cukuplah bazirkan air mata untuk seseorang yang tidak menyayangi kita lagi.
Meskipun telah kita hadiahkan segunung cinta dan selaut kasih, andai tiada jodoh dan ada selingkuh yang berulang, masih nak pertahankan?
Ada baiknya anda move on dan bina semula masa single anda dengan pelbagai perkara yang lebih baik kerana :
Hati sakit, prestasi terjejas
Boleh naik gajikah kalau anda berterusan membiarkan hati anda sakit sehingga menjejaskan prestasi pekerjaan anda? Ada baiknya anda fokus pada kerja dan cuba tambah baik tentangnya. Mana tahu tiba-tiba anda boleh naik pangkat? Bukankah ia jadi satu berita yang bagus?
Dekatkan diri dengan Tuhan
Berapa banyak pahala yang anda buat bersama dengan si dia? Atau terlalu gembira sehingga terlupa ada sang Pencipta yang perlu disembah dan akur kepada perintah utamanya? Anggaplah kesakitan ini sekadar ujian daripada Tuhan tanda rindu dan akan menggantikan orang yang lebih baik.
Ada orang di sekeliling anda
Hargai mereka yang ada di sekeliling anda. Bukan paksa mereka pergi daripada hidup anda dengan menghalaunya. Kerana orang yang anda tak paksa stay itulah yang pergi meninggalkan anda. Sedih bukan? Jadi, hargai mereka yang ada memberikan semangat kepada kita.
Mantapkan ekonomi
Apabila bercinta, bukan senang anda nak kawal ekonomi. Duit gaji pun boleh habis untuk buat pasangan kita bahagia dan tersenyum. Biar pun dia berkata, “Saya tak harapkan duit awak pun,” kenapa nak melabur untuk sesuatu yang belum pasti? Sebagai saranan, kembali bangkit dengan kerja keras sehingga ada saving, rumah dan kereta yang sudah dihabis bayar. Kemudian, carilah insan yang tak tahu anda sudah miliki semua itu.
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...