Sebenarnya ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana ramai pasangan yang hidup bahagia hingga kini pernah hadapi perkara sama.

Bercinta kemudian berpisah. Namun disebabkan jodoh yang panjang bertemu semula dan jatuh cinta kali kedua, lalu kahwin bahagia.

Buat anda yang masih belum berkahwin pasti tertanya-tanya adakah perkara seperti ini baik untuk kehdiupan romantis anda?

Setiap orang berbeza pembawakannya. Jadi kita tak boleh anggap hubungan orang lain berjaya maka kita pun boleh dapat perkara yang sama.

TERPULANG PADA HATI

Bak kata orang jodoh pertemuan itu takdir yang kita sendiri tak dapat rancang. Kita boleh usaha tapi kalau jodoh tak ada memang tak akan jadi juga.

Bercinta Semula Dengan Bekas Kekasih, Baik Atau Buruk? Ini Kata Pakar Psikoterapi

Adakah anda boleh bercinta semula dengan bekas kekasih? Well, sebenarnya ia bergantung kepada individu.

IKLAN

Menurut pakar psikoterapi, Hillary McBride “Setiap orang mempunyai persepsi tersendiri terhadap bekas kekasih mereka. Sebelum jalinkan hubungan semula cuba tanya diri sendiri. Mengapa dulu putus? Adakah penyebab hubungan dahulu hancur telah diatasi? Atau adakah anda ingin terima semual di sia disebabkan kesunyian?”.

Jika anda menjawab soalan di atas dengan jujur makan anda ada jawapannya. Bagaimana jika anda buat keputusan untuk kembali bersama. Apakah yang anda perlu lakukan?

BACA: Rahsia Wanita Sentiasa Pilih Lelaki Miliki Sifat Humor Yang Tinggi Sebagai Pasangan

MULAKAN KOMUNIKASI

Cuba tanya diri sendiri adakah bekas kekasih itu masih sama seperti dulu atau dia sudah berubah dan bersedia menerima seadanya. Jika perlu anda berdua perlu buat keputusan bersama untuk mengelakkan perkara sama berulang.

IKLAN

Bercinta Semula Dengan Bekas Kekasih, Baik Atau Buruk? Ini Kata Pakar Psikoterapi

Menjalinkan hubungan semula dengan orang yang sama buat kali kedua memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Anda berdua boleh dikatakan sudah sangat kenal isi hati dan karenah masing-masing. Jadi untuk anda melalui saat manis seperti orang baru bercinta itu memang mustahil. Fikirkan bagaimana anda boleh perbaiki kesilapan lalu untuk bersama bahagia dengan si dia.

AMBIL NASIHAT ORANG TERDEKAT

Kadangkala disebabkan anda terlalu bersungguh mencintai seseorang hati boleh menjadi buta. Segala kekurangan disingkirkan kerana anda bersungguh-sunggub untuk kembali bersama dengannya.

IKLAN

Bercinta Semula Dengan Bekas Kekasih, Baik Atau Buruk? Ini Kata Pakar Psikoterapi

Janganlah bertindak begitu kerana ia hanya merosakkan hubungan serta keyakinan anda juga. Tanya pendapat ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sama ada adakah mereka rasa ia satu idea yang okay atau tidak untuk anda kembali bercinta semula dengan bekas kekasih.

PERBAIKI KELEMAHAN MASING-MASING

Satu perkara paling penting dalam menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih. Anda berdua harus berikan ruang dan masa. Jangan terlalu memaksa dan biarkan segalanya berjalan dengan lebih natural.

Anda berdua sudah terlalu masak antara satu sama lain. Jadi usahlah menjadi terlalu clingy dan paranoid terhadap apa yang berlaku dalam kehdiupan masing-masing. Jika ada rasa tak puas hati jangan dipendam lama. Bincanglah sebaiknya dan elakkan guna nada suara yang tinggi.

Bercinta Semula Dengan Bekas Kekasih, Baik Atau Buruk? Ini Kata Pakar Psikoterapi

Kesimpulannya tidak salah untuk anda bercinta semula dengan bekas kekasih. Apa yang penting ialah anda berdua jujur dengan perasaab sendiri. Tidak menjadikan kehadirannya sebagai pengisi ruang dalam hati semata-mata. Ingatlah hubungan yang baik menjamin kebahagian berpanjangan hingga ke akhir nyawa.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI