“Minatnya yang mendalam terhadap membina fizikal yang ideal menjadikan saya mula cenderung untuk melangkahkan kaki ke gimnasium setiap hari. Meski saya sibuk menguruskan kerjaya sebagai Quality Team Leader di Subang Airport, saya tetap memberikan ruang dan masa untuk diri sendiri melakukan latihan dan senaman setiap hari. Bagi saya itu bukanlah suatu alasan untuk tidak menjaga kepentingan kesihatan yang semangnya memberi manfaat kepada tubuh badan kita.
Saya bermula pada tahun 2012 ketika itu saya cuma berhasrat untuk mengekalkan berat badan sahaja. Namun, apabila minat itu muncul ia cenderung untuk saya terus bergiat aktif di dalam bidang aestetik dan kecergasan. Saya mula memasuki pertandingan pada tahun ini dan berjaya memasuki top 20 untuk pertandingan Muscle Chef. Buat masa ini, saya juga mula melakukan kerja separuh masa sebagai jurulatih peribadi untuk mereka yang memerlukan latihan intensif.
MASKULIN : SEBAB MAHU BERUBAH?
Ketika saya sedang melanjutkan pelajaran di kolej, bentuk fizikal saya agak kurus. Namun ketika sudah memasuki alam kerjaya, saya menyedari akan perubahan bentuk fizikal yang semakin membesar. Hal ini mungkin disebabkan faktor tekanan kerja yang menyebabkan saya tidak fokus terhadap kesihatan dan penjagaan diri. Oleh sebab yang demikian saya mula menjejakkan kaki ke gimnasium untuk mengembalikan bentuk fizikal yang lebih fit. Bermula daripada itu, timbul minat dengan bantuan daripada jurulatih peribadi saya untuk meneruskan minat dalam bidang kecergasan. Kesedaran ini membuka mata saya untuk terus membina motivasi diri dan mencetuskan inspirasi kepada orang lain.
MASKULIN : SIAPAKAH MENJADI IDOLA ANDA?
Ads
Saya meletakkan Jeremy Brenda dan jurulatih saya sendiri iaitu Amirul Firdaus sebagai sumber inspirasi di dalam bidang kecergasan ini. Hal ini kerana, bagi saya mereka mempunyai figura dan juga fizikal yang cukup sempurna di dalam bidang kecergasan ini. Saya kagum dengan pencapaian yang telah mereka raih sepanjang penglibatan di dalam bidang ini dan sememangnya mereka saya jadikan sebagai idola untuk mencipta kejayaan yang sama.
MASKULIN : APAKAH CABARAN TERBESAR SEPANJANG MENDAPATKAN BENTUK BADAN BEGINI?
Cabaran terbesar saya untuk kekal fit adalah pola pemakanan. Setiap manusia mempunyai keinginan untuk makan sesuatu yang digemari atau yang diidamkan setiap hari. Namun, untuk mengaspirasikan bentuk badan yang diidamkan dan sempurna sebagai seorang pengamal sukan kecergasan, diet atau pengambilan makanan itu adalah fokus utama yang harus dikawal dan diutamakan. Saya agak sukar untuk menolak makanan yang dihidangkan, namun jika saya terpaksa mengambilnya saya akan gandakan latihan. ‘Cheat day’ juga saya gunakan sebaiknya untuk menikmati makanan yang gemari namun kerja keras dengan latihan yang intensif harus saya lakukan selepas hari tersebut.
Ads
MASKULIN : KONGSIKAN MENGENAI RUTIN SENAMAN YANG ANDA LAKUKAN?
Saya mempunyai jadual senaman setiap minggu di mana setiap hari latihan saya mengikut pola yang berbeza agar latihan yang dilakukan menjadi lebih efektif untuk keseluruhan fizikal. Namun kebiasaannya saya akan melakukan pemanasan badan terlebih dahulu sebelum melakukan ‘weight training’ dan diakhiri dengan kardio. Saya akan menghabiskan masa selama dua jam sehari di sebelah petang selepas pulang daripada tempat kerja. Namun apabila hujung minggu, kebiasaannya saya akan menghabiskan lebih banyak masa di gimnasium untuk lebih fokus kepada latihan yang lebih intensif.
MASKULIN : DIET YANG ANDA AMALKAN?
Meski rutin diet merupakan cabaran besar buat saya, namun jadual pemakanan ini saya amalkan setiap hari demi mencapai bentuk fizikal yang lebih ideal. Saya akan pastikan menu ayam rebus setiap hari bersama nasi basmati. Rutin pemakanan ini berjadual sebanyak empat kali sehari iaitu bermula sarapan pagi. Makan tengahari, minum petang dan makan malam selepas latihan. Di samping itu juga, saya akan selitkan dengan ‘snack’ seperti kacang, buah-buahan, oat dan roti untuk mengalas perut. Saya tidak mengamalkan pengamalan supplement protein kerana saya mendapat bekalan protein secara semula jadi daripada ayam segar yang saya ambil sekilo setiap hari. Saya mahu mengambil sumber makanan secara natural dan bersih untuk disalurkan ke dalam tubuh.
Ads
MASKULIN : SEDIKIT TIP KESIHATAN?
Bagi saya, setiap individu yang ingin memulakan latihan kecergasan di gimnasium sememangnya memerlukan jurulatih untuk mengetahui cara dan teknik penggunaan peralatan di gimnasium dan ‘form’ latihan yang lebih sempurna agar latihan yang dilakukan lebih signifikan dan efektif selain mengelakkan sebarang kecederaan akibat kecuaian diri sendiri. Permulaan untuk melakukan latihan sebenarnya tidak perlu untuk menggunakan peralatan dengan berat yang tinggi, malah perlu bermula daripada yang paling ringan. Form perlu lebih betul untuk memastikan progres mahupun perjalanan latihan lebih sempurna.
MASKULIN : NASIHAT
Usah malu untuk bertanya kerana sering bertanya soal teknik dan panduan latihan sememangnya memberi impak yang positif buat diri anda. Hal ini kerana, latihan yang perlu dilakukan setiap hari memerlukan panduan daripada mereka yang lebih berkemahiran dan tinggi pengalaman di dalam bidang ini. Tidak salah jika perkongsian ini disebarkan kepada semua individu agar berkeyakinan dan bermotivasi tinggi untuk berubah ke arah kebaikan dan pengamalan gaya hidup yang lebih sihat.
GAMBAR : INSTAGRAM RADIN SUWARDI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi kes jerawat yang tidak begitu teruk, anda tidak memerlukan ubat dari doktor atau pakar kulit. Banyak rawatan yang boleh dibeli sendiri di farmasi dengan mudah. Antara pilihan yang terdapat di farmasi tanpa preskripsi doktor termasuk sabun, krim, gel dan losen. Setiap pilihan yang disenaraikan mempunyai bahan kimia yang mempunyai fungsi yang berbeza untuk mengatasi jerawat.
ANTARA BAHAN KIMIA YANG TERKANDUNG
Benzoyl peroxide
Asid salicylic
Sulfur
Retinoid
Antara objektif rawatan di atas adalah untuk mengurangkan pengeluaran minyak “sebum”, membantu dalam mengurangkan proses radang berlaku di folikel, membantu dalam memusnahkan jerawat putih, jerawat hitam dan berlubang. Ia juga bermatlamat untuk mengurangkan tersumbat di folikel. Antara rawatan di atas terdapat juga yang boleh mengurangkan pembiakan kuman P. acnes. Sila rujuk kepada ahli farmasi bagi nasihat selanjutnya.
Jika kes jerawat anda berada di tahap yang lebih teruk, anda mungkin memerlukan preskripsi ubat dari doktor anda. Antara ubat yang boleh membantu adalah seperti berikut:
ANTIBIOTIK
Antibiotik yang diambil dalam bentuk pil mungkin boleh membantu dalam mengurangkan pencetusan jerawat. Terdapat antibiotik yang boleh disapu tetapi jika jangkitan kuman terlalu dalam, ubat tersebut mungkin tidak cukup ampuh untuk membunuh bakteria. Antibiotik pil boleh membunuh bakteria yang lebih dalam dengan lebih mudah. Walau bagaimanapun, penggunaannya tidak boleh terlalu lama kerana bakteria boleh membentuk tentangan. Selalunya anda akan mengambil ubat selama 3 hingga 6 bulan dan seiring dengan ubat juga akan mengguna sabun dan krim di muka untuk membasmi jerawat.
PIL PERANCANG
Bagi pihak wanita, pil perancang mempunyai hormon yang melaraskan kitaran haid. Tetapi pengawalan hormon juga mempunyai kesan dalam menangani jerawat. Cara ini tidak akan membuahkan hasil secara cepat dan selalunya digunakan seiris dengan ubat lain.
ISORETINOID
Ubat ini adalah retinoid berbentuk pil dan ia merupakan ubat yang sangat ampuh tetapi oleh kerana itu ia juga mempunyai kesan sampingan yang banyak dan mungkin serius. Ubat ini dijadikan pilihan terakhir bagi kes yang tidak boleh diselesaikan dengan cara yang lain dan bukanlah jalan penyelesaian yang mudah. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami adalah kulit dan bibir kering, hidung berdarah, gangguan emosi dan sakit otot. Tidak semua orang boleh menanggung kesan sampingan tersebut. Anda perlu berbincang dengan doktor secara terperinci sebelum mengguna ubat ini.
Oleh kerana setiap individu berbeza, sila rujuk nasihat ahli farmasi dan doktor untuk mendapat rawatan yang paling sesuai untuk anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kejadian itu berlaku di sebuah gedung elektronik di China dan berjaya dirakam menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) yang berdekatan. Kalau korang nak beli telefon pintar jangan berini buat hal macam lelaki ini.
Seorang lelaki yang nekad menggigit bateri telefon pintar jenama iPhone hanya untuk mengesahkan ketulenan aksesori peranti berkenaan. Pada mulanya dia dilihat sedang berdiri di kabinet kaca kiosk jualan sebelum secara tiba-tiba memasukkan bateri tersebut ke dalam mulut, lalu menggigitnya.
Tonton Video Bateri Telefon Meletup Selepas Digigit
Menurut Taiwan News, lelaki berkenaan mahu menukar bateri telefon pintar iPhone miliknya yang sudah rosak kemudian bertindak sedemikian, sebelum letupan kecil sepantas kilat berlaku tanpa diduga namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Pihak berkuasa masih lagi menyiasat sama ada letupan itu adalah disebabkan bateri yang dijual tersebut sememangnya palsu mahupun ia terjadi kerana tindak balas gigitan yang dilakukan lelaki tersebut.
Sumber: Apple
Beberapa bulan sudah, syarikat Apple di Korea Selatan terpalit dengan isu yang melibatkan pengeluaran iPhone tidak berkualiti apabila kebanyakan pengguna mengadu sistem operasi dalam telefon pintar jenama itu tidak berfungsi dengan baik disebabkan bateri. Sejurus itu, syarikat gergasi peranti berkenaan menawarkan penukaran bateri pada harga rendah sekitar RM115 iaitu jauh lebih murah daripada servis penukaran biasa.
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai berpendapat, tidur pada waktu tengah hari kurang beri manfaat tatkala ketika itu adalah waktu ‘produktif’. Namun tahukah anda, tidur sebentar pada waktu tengah hari (sekadar 15-30 minit) dipercayai dapat mengembalikan tenaga dan kesegaran pada waktu petang?.
Kebanyakan kita apabila bangun sahaja dari day napping, kepala rasa pening tapi selepas dalam 8 hingga10 minit kemudian, perubahan ketara akan dialami dari segi emosi, kecerdasan dan fokus. Ini punya kaitan rapat dengan rembesan hormon dalam tubuh manusia.
Pada waktu tengah hari, hormon kortisol menurun ke paras terendah mengakibatkan badan kita rasa lemah, tidak bermaya dan mengantuk. Oleh itu, kita perlu tidur sekejap supaya badan kembali aktif dan dapat bekerja seperti biasa.
Antara manfaat lain
1) Mengurangkan tekanan di tempat kerja mahupun belajar.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.