“Minatnya yang mendalam terhadap membina fizikal yang ideal menjadikan saya mula cenderung untuk melangkahkan kaki ke gimnasium setiap hari. Meski saya sibuk menguruskan kerjaya sebagai Quality Team Leader di Subang Airport, saya tetap memberikan ruang dan masa untuk diri sendiri melakukan latihan dan senaman setiap hari. Bagi saya itu bukanlah suatu alasan untuk tidak menjaga kepentingan kesihatan yang semangnya memberi manfaat kepada tubuh badan kita.

Saya bermula pada tahun 2012 ketika itu saya cuma berhasrat untuk mengekalkan berat badan sahaja. Namun, apabila minat itu muncul ia cenderung untuk saya terus bergiat aktif di dalam bidang aestetik dan kecergasan. Saya mula memasuki pertandingan pada tahun ini dan berjaya memasuki top 20 untuk pertandingan Muscle Chef. Buat masa ini, saya juga mula melakukan kerja separuh masa sebagai jurulatih peribadi untuk mereka yang memerlukan latihan intensif.

Bergelar Bapa Bukan Alasan Langsung Tidak Bersenam_Radin Suwardi

MASKULIN : SEBAB MAHU BERUBAH?

Ketika saya sedang melanjutkan pelajaran di kolej, bentuk fizikal saya agak kurus. Namun ketika sudah memasuki alam kerjaya, saya menyedari akan perubahan bentuk fizikal yang semakin membesar. Hal ini mungkin disebabkan faktor tekanan kerja yang menyebabkan saya tidak fokus terhadap kesihatan dan penjagaan diri. Oleh sebab yang demikian saya mula menjejakkan kaki ke gimnasium untuk mengembalikan bentuk fizikal yang lebih fit. Bermula daripada itu, timbul minat dengan bantuan daripada jurulatih peribadi saya untuk meneruskan minat dalam bidang kecergasan. Kesedaran ini membuka mata saya untuk terus membina motivasi diri dan mencetuskan inspirasi kepada orang lain.

Bergelar Bapa Bukan Alasan Langsung Tidak Bersenam_Radin Suwardi

MASKULIN : SIAPAKAH MENJADI IDOLA ANDA?

IKLAN

Saya meletakkan Jeremy Brenda dan jurulatih saya sendiri iaitu Amirul Firdaus sebagai sumber inspirasi di dalam bidang kecergasan ini. Hal ini kerana, bagi saya mereka mempunyai figura dan juga fizikal yang cukup sempurna di dalam bidang kecergasan ini. Saya kagum dengan pencapaian yang telah mereka raih sepanjang penglibatan di dalam bidang ini dan sememangnya mereka saya jadikan sebagai idola untuk mencipta kejayaan yang sama.

Bergelar Bapa Bukan Alasan Langsung Tidak Bersenam_Radin Suwardi

MASKULIN : APAKAH CABARAN TERBESAR SEPANJANG MENDAPATKAN BENTUK BADAN BEGINI?

Cabaran terbesar saya untuk kekal fit adalah pola pemakanan. Setiap manusia mempunyai keinginan untuk makan sesuatu yang digemari atau yang diidamkan setiap hari. Namun, untuk mengaspirasikan bentuk badan yang diidamkan dan sempurna sebagai seorang pengamal sukan kecergasan, diet atau pengambilan makanan itu adalah fokus utama yang harus dikawal dan diutamakan. Saya agak sukar untuk menolak makanan yang dihidangkan, namun jika saya terpaksa mengambilnya saya akan gandakan latihan. ‘Cheat day’ juga saya gunakan sebaiknya untuk menikmati makanan yang gemari namun kerja keras dengan latihan yang intensif harus saya lakukan selepas hari tersebut.

Bergelar Bapa Bukan Alasan Langsung Tidak Bersenam_Radin Suwardi

IKLAN

 MASKULIN : KONGSIKAN MENGENAI RUTIN SENAMAN YANG ANDA LAKUKAN?

Saya mempunyai jadual senaman setiap minggu di mana setiap hari latihan saya mengikut pola  yang berbeza agar latihan yang dilakukan menjadi lebih efektif untuk keseluruhan fizikal. Namun kebiasaannya saya akan melakukan pemanasan badan terlebih dahulu sebelum melakukan ‘weight training’ dan diakhiri dengan kardio. Saya akan menghabiskan masa selama dua jam sehari di sebelah petang selepas pulang daripada tempat kerja. Namun apabila hujung minggu, kebiasaannya saya akan menghabiskan lebih banyak masa di gimnasium untuk lebih fokus kepada latihan yang lebih intensif.

Bergelar Bapa Bukan Alasan Langsung Tidak Bersenam_Radin Suwardi

MASKULIN : DIET YANG ANDA AMALKAN?

Meski rutin diet merupakan cabaran besar buat saya, namun jadual pemakanan ini saya amalkan setiap hari demi mencapai bentuk fizikal yang lebih ideal. Saya akan pastikan menu ayam rebus setiap hari bersama nasi basmati. Rutin pemakanan ini berjadual sebanyak empat kali sehari iaitu bermula sarapan pagi. Makan tengahari, minum petang dan makan malam selepas latihan. Di samping itu juga, saya akan selitkan dengan ‘snack’ seperti kacang, buah-buahan, oat dan roti untuk mengalas perut. Saya tidak mengamalkan pengamalan supplement protein kerana saya mendapat bekalan protein secara semula jadi daripada ayam segar yang saya ambil sekilo setiap hari. Saya mahu mengambil sumber makanan secara natural dan bersih untuk disalurkan ke dalam tubuh.

IKLAN

 

MASKULIN : SEDIKIT TIP KESIHATAN?

Bagi saya, setiap individu yang ingin memulakan latihan kecergasan di gimnasium sememangnya memerlukan jurulatih untuk mengetahui cara dan teknik penggunaan peralatan di gimnasium dan ‘form’ latihan yang lebih sempurna agar latihan yang dilakukan lebih signifikan dan efektif selain mengelakkan sebarang kecederaan akibat kecuaian diri sendiri. Permulaan untuk melakukan latihan sebenarnya tidak perlu untuk menggunakan peralatan dengan berat yang tinggi, malah perlu bermula daripada yang paling ringan. Form perlu lebih betul untuk memastikan progres mahupun perjalanan latihan lebih sempurna.

MASKULIN : NASIHAT

Usah malu untuk bertanya kerana sering bertanya soal teknik dan panduan latihan sememangnya memberi impak yang positif buat diri anda. Hal ini kerana, latihan yang perlu dilakukan setiap hari memerlukan panduan daripada mereka yang lebih berkemahiran dan tinggi pengalaman di dalam bidang ini. Tidak salah jika perkongsian ini disebarkan kepada semua individu agar berkeyakinan dan bermotivasi tinggi untuk berubah ke arah kebaikan dan pengamalan gaya hidup yang lebih sihat.

 

GAMBAR : INSTAGRAM RADIN SUWARDI

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI