Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok.

Menurut Mohamad Faizal Bin Saedon lelaki yang berjaya turunkan hampir 65kg ini kongsikan beberapa tip serta amalan harian untuk turunkan berat badan yang sering dia lalui.

“Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini.

Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan.” Tulisnya di Facebook.

#1: Bangun Awal Pagi (5.30pg)

Berjaya Singkirkan 65kg, Lelaki ini Tekad Kongsikan 10 Amalan Harian Untuk Turunkan Berat Badan!

Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal.

Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting bagi mengurangkan berat badan.

#2: Kemas tempat tidur

Berjaya Singkirkan 65kg, Lelaki ini Tekad Kongsikan 10 Amalan Harian Untuk Turunkan Berat Badan!

Benda kecil tapi impaknya besar, kita terus ajar diri supaya ringan tangan dan tidak bertangguh. Kalau tempat tidur pun tak boleh kemas, benda ringan dan tak berpeluh pun. Apa lagi nak lawan kemalasan diri untuk Workout.

#3: Mandi dengan air yang sejuk

Berjaya Singkirkan 65kg, Lelaki ini Tekad Kongsikan 10 Amalan Harian Untuk Turunkan Berat Badan!

IKLAN

Setelah bangun dan kemas katil, mandi terus. Jangan lengahkan dengan ambil phone utk cek fb atau whatsapp(saya hanya akan cek phone setelah hantar anak anak ke sekolah) Mandi dengan air yang sejuk pada pagi hari amat bagus untuk kesihatan dan penurunan berat badan. Pembakaran kalori lebih banyak jika air lebih sejuk.

#4: Sediakan Sarapan dan bekal untuk Anak anak

Berjaya Singkirkan 65kg, Lelaki ini Tekad Kongsikan 10 Amalan Harian Untuk Turunkan Berat Badan!

Ini adalah cara saya sentuh kasih sayang kepada anak anak dan isteri. Ya, saya memasak makanan yang sihat untuk mereka sarapan dan bawa kesekolah. Disamping kita tetapkan jadual bagi diri kita, kita juga mampu mengawal pengambilan makanan anak anak dari makanan yang tak berkhasiat. Bukan kita sorang nak sihatkan?

#5: Bersyukur

Berjaya Singkirkan 65kg, Lelaki ini Tekad Kongsikan 10 Amalan Harian Untuk Turunkan Berat Badan!

Ini amat perlu kita tanamkan sedalam dalamnya, hidup siapa tak ada masalahkan. Dari segala sudut pasti akan ada serba sedikit kekurangan. Jadi bersyukur dapat memberi impak positif utk diri kita. Bukankah dengan bersyukur ALLAH tambahkan lagi rezeki kita.

#6: Aktifkan diri

IKLAN

Berjaya Singkirkan 65kg, Lelaki ini Tekad Kongsikan 10 Amalan Harian Untuk Turunkan Berat Badan!

Kita ada masa kita sendiri, jika mampu workout setiap hari, contoh saya, berjalan dan berjogging selang sehari setiap pagi. Tapi kalau kalian tiada masa aktifkan diri dengan banyakan berjalan, naik tangga, kemas rumah atau pejabat, berkebun apa saja aktiviti yang memerlukan pergerakan.

#7: Jaga portion pemakanan

Berjaya Singkirkan 65kg, Lelaki ini Tekad Kongsikan 10 Amalan Harian Untuk Turunkan Berat Badan!

Selalu ingatkan diri, makan bukan sampai puas. Ambil makanan dengan kadar yang sedikit. Proses ini kalian perlu buat secara beransur ansur. Saya pun mulakan dengan makan tidak bertambah. Sampai akhirnya sehingga kini saya makan mengikut kalori intake sepatutnya sahaja.

#8: Belajar dan membaca 

Berjaya Singkirkan 65kg, Lelaki ini Tekad Kongsikan 10 Amalan Harian Untuk Turunkan Berat Badan!

Masuk kelas, Beli buku dan membaca, apapun jenis buku. Ia akan memberi impak kepada otak dan emosi kita. Banyak kajian dengan membaca mampu memberi impak hebat. Baca juga berkaitan kisah kisah inspirasi dan ilmu berkaitan diet. Ini menambahkan lagi ilmu dan dengan ilmu segala proses akan jadi lebih mudah.

IKLAN

#9: Pilih kawan yang positif

Berjaya Singkirkan 65kg, Lelaki ini Tekad Kongsikan 10 Amalan Harian Untuk Turunkan Berat Badan!

Kawan adalah pengaruh besar bagi seseorang. Jadi tak salah untuk kita yang ada matlamat untuk memilih dengan siapa kita berkawan. Bukanlah maksudnya kita tinggal atau pulau mereka yang tak positif, cuma kurangkan dan lebihkan masa kita berkawan dengan golongan yang positif.

Kawan yang dapat mendorong kita akan mempercepatkan proses kita untuk turunkan berat badan.

#10: Beri ruang kepada kesilapan dan terus betulkan

Berjaya Singkirkan 65kg, Lelaki ini Tekad Kongsikan 10 Amalan Harian Untuk Turunkan Berat Badan!

Kita manusia biasa, adakala kita terbabas dengan disiplin yang kita tetapkan. Saya pernah bangun lewat, makan banyak, dan tidak workout dalam masa masa tertentu. Adakala berlarutan sehingga seminggu.

Jika hal ini berlaku jangan malu mengakui kesilapan dan kesalahan. Terima kekurangan diri dan terus perbaiki. Hal begini paling banyak berlaku dan paling ramai gagal untuk handle. Akhirnya mereka hanyut jauh sekali lagi.

Menurutnya, apa yang dikongsikan ini apa yang dilakukan olehnya sehingga dia berjaya turunkan sebanyak 65kg.

Jujur dia akui ada kalanya dia juga gagal untuk mengikuti jadual dietnya dan hampir ‘lemas’ dengan semua ini, namun dia segara bangkit dan perbetulkan keadaan.

Nasihatnya pada orang ramai diluar sana. Jangan memandang rendah dengan apa yang dikongsikan olehnya. Jika benda kecil seperti kemas tempat tidur juga tidak boleh apatah lagi nak buang lemak hampir berpuluh kilogram.

Sumber: Mohamad Faizal Bin Saedon
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI