Car photo created by standret - www.freepik.com

Walaupun mungkin anda tidak berapa bergerak menggunakan kereta dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 sekarang, namun penampilannya haruslah tetap dijaga.

Apatah lagi kalau kereta milik anda itu kereta baru. Mestilah sentiasa bersih dan berkilat. Dan bagi menyeru saranan kerajaan untuk tidak keluar rumah sepanjang penularan gelombang terbaru ini, maka lebih baiklah kita cuci sahaja kereta sendiri.

Tapi anda pastinya berasa tidak puas kerana untuk dapatkan hasil seperti dicuci di car wash atau spa yang mahal memang agak sukar. Namun percayakah anda ia sebenarnya boleh dilakukan dengan mengikuti beberapa langkah yang MASKULIN kongsi di bawah?

Ikuti tip cuci kereta terbaik yang MASKULIN kongsi di bawah. Pasti kereta berkilat macam baru keluar carwash mahal!

PERTAMA

Untuk basuh kereta pastinya anda memerlukan sabun atay bahan pencuci. Anda boleh gunakan apa sahaja jenis sabun basuh jereta yang ada dijual di pasaran. Namun, jangan sesekali anda menggunakan sabun pencuci pinggan!

IKLAN

Ini kerana sabun pencuci punggan mempunyai sifat menghakis yang sangat kuat dan boleh sebabkan warna cat kereta cepat pudar. Mulakan basuh kereta bermula dari pane atas ke bawah untuk memudahkan kerja membasuh. Siram dahulu kereta dengan air sebelum mulakan basuhan dengan sabun.

Berkilat Macam Keluar Carwash Mahal, Ini Lapan Teknik Cuci Kereta Terbaik
Car photo created by prostooleh – www.freepik.com

KEDUA

Gunakan kain atau span mikrofiber untuk mencuci kereta anda. Gosok secara lembut kain yang dicelup dengan sabun di bahagian bumbung, depan, belakang, cermin dan sisi kereta. Menggunakan kain mikrofiber ada banyak kelebihannya antaranya ia menghasilkan cas negatif apabila digosok pada kereta. Ini memudahkan kotoran degil untuk tanggal dengan mudah.

TIGA

Basuh kereta anda dengan gunakan sistem dua baldi. Maksudnya satu baldi digunakan untuk sabun manakala satu baldi lagi mengandungi air yang digunakan untuk membilas kain atau span yangh digunakan untuk menyental kotoran.

IKLAN
Berkilat Macam Keluar Carwash Mahal, Ini Lapan Teknik Cuci Kereta Terbaik
Business photo created by jcomp – www.freepik.com

KEEMPAT

Bilas dahulu keseluruhan kereta sebelum anda mula memberishkan rim dan tayar. Anda perlu ingat bahawa air sabun yang berada di badan kereta perlu dibilas secepat mungkin bagi mengelakkan kesan kotoran melekat semula pada kereta.

KELIMA

Bersihkan rrim dan tayar dengan menggunakan berus tayar. Gosokkan sekali pada bahagian dalam rim yang biasanya ada kesan hitam disebabkan disk brake. Elak guna bahan kimia berwarna merah yang biasa digunakan untuk memberishkan enjin kereta kerana ia boleh menyebabkan rim cepat pudar.

IKLAN

KEENAM

Proses seterusnya ialah proses mengeringkan. Basahkan sedikit kain mikrofiber kedua sebelum mula lap kereta. Dan gunakan kain mikrofiber ketiga yang kering untuk lap bahagian yang hampir kering. Ini adalah kaedah lap basah dan lap kering.

KETUJUH

Jangan lupa untuk lap juga bahagian celah pintu dan panel kereta. Gunakan kain mikrofiber kering untuk mengeringkan kawasan tersebut. Untuk cermin pula anda dinasihatkan untuk guna kain yang baru dan gunakan cecair pencuci cermin yang khusus.

KELAPAN

Selepas selesai membersihkan kereta pada bahagian luar anda boleh mula beri perhatian pada bahagian dalam pula. Gunakan vakum untuk menyedit segala kotoran pada bahagian kusyen, tempat letak kakii dan papan pemuka. Sekarang cuba lihat kereta anda yang berkilat!

Jangan lupa untuk follow YouTube MASKULIN untuk video gaya hidup lelaki menarik.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI