Suaranya merupakan antara vokal yang cukup ikonik dalam dunia hiburan tanah air. Kejayaan besar dikecapi bersama grupnya, VE beberapa ketika dahulu meletakkan nama Lah Ahmad cukup disegani bukan sahaja di kalangan peminat tetapi rakan-rakan artis yang lain.

Namanya lebih sinonim dengan dunia nyanyian tapi tahukah anda bahawa Lah Ahmad bakal muncul sebagai pelakon dan penyanyi dalam masa yang sama di sebuah program TV yang cukup menarik?

Ia merupakan drama yang berkisarkan kisah krew produksi serta peserta pertandingan realiti yang suatu ketika pernah popular kemudian popularitiya kian merosot di kalangan peminat.

Berlakon Dalam Menyanyi, Lah Ahmad Pamerkan Kebolehan Menerusi ‘One Million Dollar Voice’

Menerusi ‘One Million Dollar Voice’, Lah Ahmad tampil membawakan watak sebagai Joe yang menyertai pertandingan tersebut dengan misi mendapatkan wang demi melangsaikan hutang bagi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya.

IKLAN

Selain Lah Ahmad beberapa pelakon dan penyanyi yang turut melakukan kemunculan sama ialah Emma Maembong, Ben Amir, Amelia Henderson, Zarul Umbrella, Sean Lee serta beberapa nama baru seperti Naufal Azrin, Uriah SK, Neeta Manisha, Bee Aishah, Ezra Kairo, Tracie Sinidol dan Layla Sania.

CABARAN TERSENDIRI

Bercakap tentang pembabitannya Lah Ahmad berkata melakonkan watak sebagai Joe memberikan cabaran tersendiri buatnya.

“Saya berharap lakonan saya menerusi drama ini dapat berikan yang terbaik dan semoga usaha ini diterima masyarakat.

IKLAN

“Terdapat beberapa babak yang cukup mencabar akal dan tindak laku tapi saya sebagai artis faham ia dilakukan untuk menjayakan watak sebagai Joe dalam kisah ceritanya. Berlakon dalam menyanyi ada cabarannya tersendiri. Tapi Alhamdulillah saya anggapnya sebagai satu cabaran yang cukup positif,” jelas Lah Ahmad lagi.

Berlakon Dalam Menyanyi, Lah Ahmad Pamerkan Kebolehan Menerusi ‘One Million Dollar Voice’

IKLAN

Mengulas tentang kemunculannya pada konsert Ruffedge yang lalu, Lah Ahmad melahirkan rasa syukur kerana ia diterima dengan sangat baik oleh peminat. Malah dia menganggap peminat-peminat Ruffedge juga sebagai sebuah keluarga yang besarnya.

“Saya dan Ruffedge baru sahaja mengeluarkan sebuah lagu bertajuk ‘Putus’. InsyaAllah akan ada lagi perancangan di masa akan datang memandangkan sambutan yang kami terima sangat positif apabila digandingkan bersama semula,” tambahnya yang cukup teruja dengan penerimaan peminat.

‘One Million Dollar Voice’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 28 Ogos 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI