Bagi seorang lelaki, nama kadangkala ibarat jaket kulit. Tak semua orang boleh nampak menarik menggayakannya, tapi bila kena gaya, memang nampak solid. Tapi bagi Terauchi Happy, seorang lelaki Jepun berusia 27 tahun, nama itu bukan sekadar sebutan, tapi satu ujian emosi dan sosial yang berpanjangan.
Ya, anda tak salah baca. Lelaki ini memang namanya Happy. Sekali imbas kedengaran seperti nama karakter di dalam animasi kartun, bukan? Tapi realitinya, hidup Terauchi jauh daripada gembira.
“Kamu ‘Happy’, tapi tak nampak macam orang yang gembira pun.”
Itu antara ayat yang sering dilemparkan kepadanya sejak di bangku sekolah. Bayangkan budak lelaki yang cuba cari tempat dalam dunia yang keras ini, tapi sentiasa dijadikan bahan lawak hanya kerana namanya.
Bukan sebab perangai pelik, bukan sebab gagal akademik tetapi hanya sebab satu nama yang dipilih oleh ibunya dengan penuh rasa syukur dan kasih sayang ketika melahirkannya.
Memetik laporan Oddity Central, Terauchi Happy berkata, ibunya menamakan beliau sedemikian kerana kegembiraan luar biasa yang dirasai ketika kelahirannya.
Tapi siapa sangka nama ini jugalah yang menjadi satu bebanan besar buat dirinya.
Ads
Masa mohon kerja? Majikan atau syarikat yang ingin dipohon ingat dia buat lawak. Malah beberapa kali dia terpaksa buktikan yang ‘Happy’ memang nama betul dalam kad pengenalan, bukannya sekadar nama main-main.
Ironinya, dalam dunia profesional yang katanya terbuka dan moden, ada juga yang tersangkut pada stereotaip nama.
TAK SALAHKAN IBU
Bagaimana pula dengan hubungan romantis atau cinta? Tak kurang peritnya. Salah satu hubungan yang dia harap jadi serius, akhirnya putus sebab keluarga si gadis tak boleh ‘hadam’ nama dia.
Mungkin rasa tak sesuai menantu bernama Happy masuk dalam keluarga yang serius dan konservatif?
Namun begitu Terauchi Happy tidak pernah menyalahkan ibunya. Dia tak pernah rasa benci dengan nama itu walau pun ia sering jadi punca dia tidak bahagia.
Malah dia enggan tukar nama, kerana baginya, itu sebahagian daripada identiti dan sejarah hidupnya. Muncul dalam satu segmen program TV popular Jepun, ABEMA Prime, Terauchi tampil dengan berani berkongsi kisahnya.
Dan daripada situ, ribuan warganet mula sedar bahawa di sebalik nama yang kelakar atau pelik bagi sesetengah orang, tersembunyi kisah yang sangat manusiawi.
Ads
PENERIMAAN DIRI
Bagi kita lelaki, yang hidup dalam budaya “keras kepala itu maskulin”, kadang-kadang kisah seperti ini mengajar tentang empati dan penerimaan diri. Nama bukan penentu karakter.
Nama tak harus jadi halangan untuk dihormati. Dan yang paling penting—tak semua orang yang namanya Happy, hidupnya sentiasa ceria.
Tidak dinafikan sebagai lelaki kita seringkali dirujuk oleh pasangan untuk menentukan apakah menu makanan setiap hari. Begitu juga dengan aktiviti di hujung minggu yang kadangkala boleh buat kita berasa tiada idea. Usah risau, MASKULIN ada di sini untuk kongsikan 5 aktiviti menarik anda boleh lakukan bersama pasangan di hujung minggu.
Selepas sibuk selama dari Isnin hingga Jumaat bekerja, menghabiskan masa bersama pasangan di hujung minggu adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan. dan mencipta memori indah bersama.
Lebih menarik lagi jika 5 aktiviti yang MASKULIN kongsikan dibawah ini tidak memerlukan anda tidak perlu berbelanja besar pun. Paling penting ia menyeronokkan bukan sahaja untuk anda tetapi paling penting untuk pasangan!
Dari perut turun ke hati! Itulah satu perkara magikal tentang makanan kerana ia mampu menghadirkan mood yang baik untuk seseorang. Mendaftar ke kelas memasak merupakan salah satu cara menyeronokkan untuk belajar sesuatu yang baru bersama pasangan.
Pilih kelas yang menawarkan resipi yang anda berdua minati. Sebagai contoh mungkin masakan Italia atau sushi, dan nikmati proses memasak bersama.
Aktiviti ini bukan hanya tentang memasak, tetapi juga tentang bekerja sebagai satu pasukan dan menikmati hasil masakan anda bersama-sama.
Ini juga anda jadikan aktiviti tetap sekali setiap bulan. Salah satu contohnya ialah Asian Cooking Class yang bakal diadakan 18 Mei 2024!
Berdua di kawasan lapang sambil menikmati pemandangan tasik bersama air teh dan kek melazatkan memang satu aktiviti digemari oleh wanita. Sesekali anda sebagai lelaki tunjukkan usaha sedikit dengan mengatur aktiviti piknik. Berikan pasangan kejutan yang dia sendiri tak sangka.
Pilih taman yang tenang dengan pemandangan yang indah, bawa beberapa makanan kegemaran anda, selimut untuk duduk, dan beberapa permainan ringkas seperti frisbee atau kartu.
Piknik bukan sahaja memberi anda kesempatan untuk menikmati makanan bersama tetapi juga membolehkan anda berbual dan menikmati kebersamaan tanpa gangguan teknologi dan kesibukan harian.
Anime kini bukan hanya menjadi kegilaan lelaki sahaja. Siapa sangka pasangan anda mungkin lebih ‘hardcore’ minatnya kepada anime berbanding anda.
Konsert yang memainkan lagu-lagu anime merupakan salah satu acara yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi memberikan memori yang luar biasa buat anda dan pasangan yang sama-sama turut menyanyi bersama penonton yang lain.
Salah satu acara konsert anime yang bakal diadakan ialah ‘Musical World of Anime Charity Concert’ yang bakal diadakan pada Sabtu, 18 Mei 2024 bertempat di The Gardens Theatre, Midvalley.
Aktiviti melibatkan fesyen juga boleh menjadi perkara cukup menyeronokkan untuk anda dan pasangan. Sebagai contoh pada 11 Mei 2024, Levi’s Malaysia menganjurkan ‘Pit Stop Paradise’ di mana pelbagai aktiviti boleh anda sertai.
Jenama denim terkenal seantero dunia ini bakal menganjurkan program ini di butik Levi’s terbaru di The Exchange TRX, Kuala Lumpur. Di antara aktiviti yang boleh anda dan pasangan sertai adalah Levi’s Runaway & Style Workshop bersama jurugaya terkenal, Azrul Samzard.
Menerusi bengkel ini, Azrul akan berkongsi tentang tip bagaimana untuk memastikan penampilkan anda dengan seleksi pakaian Levi’s.
Selain itu, aktiviti ‘Make it Your Own’ bersama artis graffiti Cloakwork pula membolehkan anda sama-sama mengekspresikan diri dengan seni graffiti pada denim mengikut daya kreatif masing-masing.
Levi’s Malaysia turut menawarkan servis percuma untuk anda melakukan kustom di Levi’s Tailor Shop pada seluar jean yang dibeli.
Sepanjang aktviti berlangsung juga anda dihiburkan oleh dua orang DJ secara langsung iaitu DJ Megan dan DJ Kingston.
MASKULIN difahamkan aktiviti ini terbuka buat semua pengunjung Levi’s di The Exhange TRX dengan ahli Levi’s Red Tab boleh menikmati lima peratus diskun untuk semua barangannya pada 11 Mei 2024 sahaja.
Seorang lelaki menarik perhatian ramai apabila mendakwa berjaya menjual koleksi kad Pokemon miliknya pada harga RM1.87 juta pada Isnin.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh lelaki yang dikenali sebagai Damiral Imran menerusi hantaran di Facebook Pokemon Trading Cards & Collectibles Malaysia (PTTC Malaysia).
Damiral menyatakan rasa syukur atas kejayaan jualan berkenaan, iaitu kurang 10 hari selepas dia menyatakan hasrat untuk menjual koleksi tersebut pada 18 Oktober lalu.
Menurutnya, koleksi itu bukan sekadar barangan hobi, tetapi simbol semangat dan usaha selama bertahun-tahun.
“Koleksi kad Pokémon saya dengan rasmi terjual RM1,870,000! Dari bilik kecil di Shah Alam hingga mencipta sejarah dalam dunia Pokémon. Ini bukan sekadar jualan, ini kisah tentang semangat, usaha dan legasi,” katanya.
Koleksi milik Damiral dianggarkan bernilai lebih RM2 juta dan terdiri daripada ratusan kad serta kotak yang disusun rapi di dalam sebuah bilik khas.
Setiap kad mempunyai nilai sentimental dan pasaran yang tinggi dalam komuniti pengumpul kad Pokemon.
Sebelum koleksi itu dijual, Damiral mendedahkan beliau telah menerima tiga tawaran pembeli dengan bidaan tertinggi mencecah RM1.68 juta.
Selain itu, beliau turut membuka pilihan trade-in dengan Porsche 911 Carrera 4S berserta wang tunai RM1 juta.
Menariknya, Damiral turut menawarkan komisen RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya membantunya mencari pembeli sebenar.
Tawaran ini menjadi tular di kalangan peminat kad Pokemon seluruh Malaysia.
Antara tarikan utama dalam transaksi bersejarah ini ialah apabila pembeli bertuah turut menerima kad One Piece bernilai lebih RM50,000 secara percuma sebagai tambahan.
Langkah ini sekaligus menjadikan jualan tersebut antara urus niaga terbesar dalam dunia koleksi kad di Malaysia.
Kisah Damiral Imran bukan sekadar kejayaan jualan semata-mata, tetapi menjadi inspirasi kepada komuniti pengumpul kad di seluruh negara.
Ia membuktikan bahawa minat yang diusahakan dengan sabar dan dedikasi mampu menghasilkan pulangan luar biasa.
Dengan pencapaian ini, nama Damiral kini disebut sebagai antara pengumpul kad Pokemon paling berjaya di Malaysia membuktikan bahawa hobi juga boleh menjadi sumber kejayaan besar.
Bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian dari segala masalah yang dihadapi. Namun kini, pembuatan membunuh diri sendiri sukar untuk dibendung. Bukan hanya berlaku di negara kita, sebaliknya di seluruh dunia. Ketahui beberapa buah lokasi paling popular di dunia yang menjadi tempat membunuh diri.
Pelbagai punca dikenal pasti menjadi penyebab kepada gejala bunuh diri semakin berleluasa. Antaranya adalah konflik keluarga, kegagalan personaliti, kehilangan sesuatu, kesukaran berkomunikasi, gagal dalam percintaan dan masalah kewangan.
Jumlah kes bunuh diri ini kian meningkat setiap tahun dan menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, kes bunuh diri berlaku dalam setiap 40 saat di seluruh dunia. Di Malaysia pula 7 kes bunuh diri dicatatkan pada setiap hari. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati, satu juta orang akan membunuh diri pada setiap tahun di seluruh dunia dengan anggaran purata sebanyak 3,000 kejadian setiap hari.
8 LOKASI KES TERTINGGI DICATATKAN
JAMBATAN SUNGAI YANGTZE
Jambatan ini terletak di Wilayah Nanjing, China. Di negara ini, ramai yang mengalami masalah dan menemui jalan buntu akan datang ke sini untuk membunuh diri. Jambatan ini dibina sepanjang 8.206 meter dan setinggi 306 meter dan telah mengorbankan lebih 2000 mangsa yang membunuh diri.
JAMBATAN GOLDEN GATE
Jambatan Golden Gate terletak di Bandar San Francisco, Amerika Syarikat. Sehingga kini, jambatan ini masih memegang rekod sebagai antara lokasi membunuh diri yang paling popular kerana lebih dari 1500 kes bunuh diri telah dilaporkan di sini. Jambatan sepanjang 2.727 meter dan setinggi 230 meter ini dibina bagi menghubungkan bandar San Francisco dengan Bandar Marin.
BEACHY HEAD
Beachy Head adalah curam kapur laut yang tertinggi di Britain. Berketinggian 162 meter dari paras laut, curam ini telah menjadi lokasi membunuh diri buat lebih 500 orang. Purata bagi kes bunuh diri di sini adalah 20 orang dalam setahun.
PRINCE EDWARD VIADUCT
Jambatan ini terletak di Toronto, Kanada. Sebanyak 400 kes bunuh diri telah dicatatkan sehingga ke hari ini dengan purata 1 kes bagi setiap 22 hari. Bagaimanapun, jambatan ini telah dilabel sebagai suicide magnet kerana merupakan bangunan kedua yang mencatat kematian paling tinggi di dunia.
MENARA EIFFEL
Menara ini terletak di Champ de Mars,Paris dan merupakan mercu tanda bagi negara Perancis. Ia dibina setinggi 325 meter dan siap sepenuhnya pada tahun 1889. Sehingga kini, 369 kes bunuh diri telah dicatatkan berlaku di sini dan hanya 2 orang yang terselamat.
JAMBATAN AURORA
Bertempat di Washington, Amerika Syarikat, Jambatan ini telah mula beroperasi pada 27 Februari 1932. Semenjak itu, ia menjadi lokasi kedua popular sebagi lokasi membunuh diri di Amerika Syarikat. Oleh kerana seramai 230 orang telah membunuh diri di sini, pihak berkuasa telah memasang 6 telefon kecemasan dan 18 papan tanda amaran sebagai langkah mencegah kes ini dari terus berleluasa.
JAMBATAN JACQUES CARTIER
Jambatan ini bertempat di Kanada dan mula beroperasi pada tahun 1930. Hampir 35.4 juta kenderaan yang melintas jambatan ini setiap tahun dan merupakan jambatan nombor dua paling sibuk di Kanada. Sehingga kini 150 kes membunuh diri telah dicatatkan di sini.
TEBING GAP
Terletak berhampiran Bandar Sydney, lokasi ini adalah yang paling popular di Australia sebagai tempat membunuh diri. Kes pembunuhan diri di sini sebenarnya telah bermula sebelum Perang Dunia 1 dan sehingga kini. Setiap tahun, hampir 50 kes bunuh diri dilaporkan di sini.
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.