Sudah 31 hari kita berada di tahun 2024 dan kini telah masuk bulan kedua dalam tahun baru ini. Macam mana dengan azam tahun baru anda? Masih lagi bersemangat atau pun dah tergelincir? Relaks, masa ada 11 bulan untuk anda capai segala impian yang masih belum terlaksana.
Apa yang istimewa sangat dengan bulan Februari ni? Seperti yang semua sudah tahu, hanya bulan Februari saja yang mempunyai 28 hari dan bila tahun lompat, ia akan menjadi 29 hari. Unik kan?
Nak tahu macam mana karakter individu yang lahir pada bulan Februari ini? Berikut merupakan kajian yang telah dibuat berdasarkan personaliti bulan kelahiran Februari.
• Berfikiran abstrak
• Sukakan benda yang realiti dan abstrak
• Seorang yang bijak
• Berpesonaliti mudah berubah
• Mudah menawan orang lain
• Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
• Jujur dan setiap pada segalanya
• Keras hati untuk mencapai matlamat
Ads
• Tidak suka dikongkong
• Mudah memberontak apabila dikongkong
• Suka kegiatan yang lasak
• Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
• Mudah menunjukkan perasaan marah
• Tidak suka benda yang remeh-temeh
• Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
Ads
• Sangat berani dan memberontak
• Bercita-cita tinggi dan suka berangan
• Pemerhatian yang tajam
• Suka hiburan dan sukan
• Suka benda yang bersifat seni
• Sangat romantik pada dalam tetapi tidak pada luaran
Ads
• Berkecenderungan pada benda yang tahyul
• Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
• Belajar untuk mempamerkan emosi
Walau bagaimanapun, sifat-sifat ini adalah hanya berdasarkan kajian dan pemerhatian sekeliling. Mungkin tidak 100 peratus sama tetapi ada juga yang seakan sama dengan personaliti individu yang lahir pada bulan Februari.
Antara selebriti yang dilahirkan pada bulan ini adalah seperti Neelofa, Erra Fazira, Henry Golding dan Choi Siwon.
Apa-apapun, happy birthday buat anda yang lahir pada bulan Februari ini.
Artikel ini diambil dan diolah dari REMAJA.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kos kenduri kahwin yang semakin tinggi kini mungkin menjadi punca kenapa banyak pasangan menangguhkan perkahwinan hingga usia lewat 30-an demi mengumpul wang. Yelah harga sebuah perkahwinan bermula daripada majlis pertunangan hingga ke majlis persandingan pasti menelan belanja yang besar lagi-lagi jika majlis berlangsung di bandar. Namun, bagi yang ingin bergelar suami isteri pada usia ideal, mungkin perkongsian daripada Faizal Khalik ini boleh kamu jadikan panduan.
“Mungkin ramai yg bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ni… disini saya cuma nak kongsikan sedikit sebanyak tips untuk jimat mengikut pendapat saya dan pasangan. ia sekadar renungan tentang apa yang kita panggil KEPERLUAN dan KEHENDAK di majlis perkahwinan kita.”
1) PELAMIN
tak perlu la nk yg mahal2 dan grand2… bukan saya kata tak boleh, silakan jika anda mampu… konsep dan tujuan pelamin sebenarnya adalah untuk bergambar, berapa lama kita guna pelamin? sejam? 4 atau 5 jam? berapa kos? 2000? 3000? kos pelamin yang saya gunakan untuk majlis kami RM600, tu pun kami rasa agak membazir… sbb xsempat pun nak guna untuk bergambar… 2000 habis dalam masa 5 jam? Nk kumpul?? Tak rase rugi ke?
2) JURUGAMBAR
untuk majlis kami, saya buat keputusan untuk minta tolong abg ipar je… saya bagitaw… just snap the moment… xperlu nk kelas2… just snap… anda fikir… bila kita nk tgok balik gambar2 tu semua? pendapat saya dalam sebulan dua kawin nak la tgok… then? berhabuk dalam almari… bnyak pakej2 fotografi diluar sana yang menawarkan sampai ke harga 2k ke 3k?? bukan kata tak boleh… silakan jika anda mampu… pendapat saya… mintak tolong saja kawan2 yang pandai ambil gambar, bgla upah seratus dua untuk soft copy… simpan dalam CD dan savekan juga dalam GOOGLE DRIVE… settle… nk tgok balik bukak je laptop… nah… berapa bnyak da jimat…
3) BAJU PENGANTIN
yang ni optional… sama konsep macam pelamin.. berapa lama anda nk pakai??? paling kuat untuk akad nikah 2jam…. pastu untuk bersanding 4 ke 5 jam… kos sewa baju? RM500??? tu pun yg agak murah…hmmm… apa yg kami buat… dgn RM500 tu, boleh beli saja baju yg dah siap… dah cukup cantik da… serius… anda pilih… anda habis RM500 dalam masa 6jam atau anda dapat guna lagi baju tu untuk ke majlis makan malam lepas ni? tapi kalau beli baju jgnla beli yg liplap2… cukup yg bersahaja…
dalam kes saya dan pasangan, baju akad nikah kami guna yang abg ipar dan kakak saya yang dulu… alter sikit2… dah… modal RM50 je… kan nak pakai 2jam je… pastu baju untuk bersanding, kami beli kain dan hantar pada tailor… upah pun tak berapa mahal sbb saya buat baju melayu biasa dan isteri saya buat baju yang simple… done… still habis RM500 tapi baju adalah milik kami… STILL… boleh je nak sewa yang harga 1000 pun kalau anda mampu…
4) KAD KAHWIN
yang ni plak… ape tujuan kad kahwin? nk bg org tahu tarikh, tempat, no telefon dan siapa yg kahwin… betulkan? berapa lama diorang tgok? kejap je… pastu? diorang simpan wat kenangan tak? hampeh… kompem buang punye lepas majlis… jadi tak payah nak kad yang mahal2, wangi2, kaler bling2 bagai… buat yang murah2 je… janji maklumat sampai…
5) HANTARAN
untuk hantaran pulak… letaklah atas par hantaran tu barang2 yang memang kita akan pakai dan… barang2 yang mengikut kemampuan kita… pedulikanlah apa kata orang… eh, murahnye, eh keciknye, eh besarnye, eh tak cantikla… mind set kene kuat.. kalau kita biasa pakai barang harga RM20, letak yg tula, STILL… kalau anda mampu… tak salah pun nk letak hand bag LV kat situ…
ini sekadar pendapat melalui pengalaman… Alhamdulillah.. majlis kami berjalan lancar walaupun sederhana… kalau korang semua mampu… silakan… tapi mampu tu jgnla sampai kene wat LOAN semata2 nk kawin… biarlah kita buatloan untuk harta… macam kereta, rumah… tapi kalau untuk kahwin… hmmm… saya kurang bersetuju…. ini pendapat sahaja… tak ikut takder masalah…
salam pengantin baru kepada yang bakal melangsungkan perkahwinan dari saya dan pasangan
Credit : Faizal Khalik
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kami yakin anda semua pasti pernah mengalami ulser mulut bukan? Tahukah anda petua dan tips cara meredakan sakit ulser mulut dengan cepat dan berkesan? Apa itu ulser mulut?
Ulser mulut ini pada asasnya ialah luka yang terjadi di sekitar rongga mulut dan kelihatan seperti tompokan putih dan mungkin juga ada sedikit darah kalau besar. Ulser mulut atau juga dikenali sebagai mata ikan ini mendatangkan kesakitan apabila disentuh dan juga rasa sakit ketika minum air kosong.
Ulser Mulut memang sering berlaku kepada seseorang dan walaupun tidak berbahaya, tetapi agak mengganggu dan tidak selesa terutama ketika kita bercakap, makan atau minum.
Apa punca dan sebab Ulser Mulut berlaku kepada kita?
Kesilapan apabila memberus gigi, dan menyebabkan luka dalam rongga mulut
Kecederaan di mulut akibat tergigit atau terkena benda tajam seperti tulang
Cuaca panas dan kurang minum air
Kekurangan zat makanan seperti Vitamin B12, Zat Besi dan asid folik
Kesan radioterapi dan juga kimioterapi
Alergik atau alahan
Stress
Jangkitan virus atau bakteria
Perubahan hormon dalam badan
Apa petua dan tips cara meredakan sakit ulser mulut?
Gunakan madu dan letakan di bahagian ulser tersebut. Cara ini memang sangat berkesan dan merupakan petua meredakan ulser mulut yang berkesan sejak dahulu lagi dan sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Anda juga boleh berkumur dengan air garam, memang berkesan tetapi tidak disarankan jika anda tidak tahan sakit.
Jangan sentuh bahagian yang ada ulser tersebut, sebab nanti lambat sembuh
Elakan makan makanan yang pedas dan kari yang boleh mendatangkan kesakitan di bahagian Ulser Mulut
Minum air kosong kadang-kadang mendatangkan kesakitan, oleh itu, mungkin anda boleh minum air yang manis sebab ia tidak merangsang kesakitan. Jangan minum air terlampau manis, sikit saja sudah cukup.
Kalau ulser mulut anda terlalu besar dan tidak sembuh-sembuh dan kesakitannya juga tidak reda dalam masa 2, 3 minggu, silalah berjumpa dengan doktor.
Jika anda ada ulser mulut, anda bolehlah cuba petua cara meredakan sakit ulser mulut di atas.
Biasanya ulser mulut ini akan sembuh dengan sendiri dan tidak sakit lagi dalam masa 2,3 hari sahaja, tetapi bergantung juga kepada bilangan dan juga saiz ulser mulut tersebut.
sumber: sempoimedia.blogspot.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lagu “Sinar Sunyi” nyanyian Hariz Fayahet telah berkumandang sebagai lagu runut kepada drama slot Samarinda “Menanti Senja” pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam bermula 17 Januari 2024.
Lagu ‘Sinar Sunyi’ telah berkumandang di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer sejak 2 Januari lalu. Lirik lagu ini berkisarkan tentang memori percintaan sepasang kekasih yang telah melalui pelbagai cabaran dan tentangan daripada orang sekeliling.
Kehadiran penerbit drama ‘Menanti Senja’ iaitu Hariff Ahamat, di studio rakaman telah memberi semangat kepada Hariz Fayahet untuk menghayati lagu ini. Lirik dan alunan melodi ‘Sinar Sunyi’ hasil karya Omar K, Iqie Hugh dan Shazriq Azeman mengambil masa 3 hari dan diinspirasikan melalui plot drama serta karakter pelakon yang membintangi drama ini.
Penyanyi “Kecil-Kecil Cili Api”
“‘Sinar Sunyi’ sangat serasi dengan Hariz kerana keunikan tona suara yang bukan sahaja berjiwa, malah dapat mengisi ruang lagu dengan feel pop dan ala ala rock balada dalam lagu pop yang lebih bertemakan orkestral,” kata Omar K.
“Hariz juga seorang yang kecil-kecil cili api kerana mempunyai suara epik. Hariz telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan lagu ini dan ramai yang tertunggu-tunggu akan vokal mantap yang dimiliki oleh Hariz,” tambahnya.
Sebagai rekod, Hariz Fayahet telah mula menceburkan diri dalam bidang seni sejak tahun 2015 dan pernah memasuki pelbagai pertandingan. Antaranya menjadi Naib Juara dalam program realiti TV3 iaitu Program Lagu Cinta Kita 3 (LCK 3).
Dengan kemenangan ini secara automatik beliau bernaung di bawah syarikat rakaman Alternate Records. Antara lagu OST yang pernah dibawakan oleh Hariz adalah lagu ‘Pergi’ OST bagi drama ‘Hati Yang Tersakiti’ (2020), ‘Seribu Gundah’ OST drama ‘Risik Pada Hati’ (2021), lagu ‘Ku Cuba OST drama ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ (2022), lagu Gelora OST drama ‘Segenap Takdir’, lagu ‘Buat Ku Setia’ OST drama ‘Aku Yang Kau Sakiti’ (2023) dan yang terbaharu ‘Sinar Sunyi’ OST ‘Menanti Senja’ (2024).
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.