Esok 10 Zulhijjah 1442, umat Islam di seluruh dunia akan meraikan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban.

Buat anda yang berkemampuan pastinya sudah tidak sabar untuk melaksanakan ibadah korban yang sudah dinantikan sepanjang tahun. Walaupun sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini agak berbeza kerana pandemik yang masih berpanjangan, namun diharapkan ia tidak mematahkan semangat serta keterujaan untuk melaksanakan ibadah suci tersebut.

Berkorban merupakan salah satu ibadah yang agung sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahin AS kepada anaknya Nabi Ismail AS bagi memenuhi perintah Allah SWT. Rentetan daripada peristiwa inilah disyariatkan untuk kita melaksanakan ibadah korban.

Besarnya Keistimewaan Bagi Sesiapa Melakukan Ibadah Korban, Ikuti Penjelasan Ustaz Nu’Man Jamal
Foto: Astro Awani

“Korban” bermaksud nama bagi sesuatu yang dikorbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Aidiladha. Korban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT pada masa-masa tertentu.

Ads

Sesungguhnya ibadah korban juga merupakan kaedah terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana juga dengan ibadat solat. Ibadah korban juga dapat menjadi salah satu ukuran aspek takwa seorang hamba kepada yang Maha Esa.

MASKULIN sempat menemubual Ustaz Nu’Man Jamal dan bertanyakan tentang apakah keistimewaan serta rahmat kepada sesiapa yang melakukan ibadah korban.

Ads

Ikuti perkongsian daripada beliau menerusi video eksklusif MASKULIN di bawah.

Ads

Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN & follow IG MASKULIN ya!

Selamay menyambut Hari Raya Aidiladha dari kami di team MASKULIN. Teruskan mengikuti SOP dan jaga diri!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI