Sebuah agensi media tempatan mendedahkan wanita Melayu yang berhijab sukar mendapat tawaran pekerjaaan berbanding mereka yang memilih untuk tidak berhijab.

Kenyataan demikian dikeluarkan Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS) menerusi satu kajian dan mereka dapati diskriminasi tersebut wujud dalam sektor swasta.

Siapa nilai resume

Persoalannya, siapa yang menyemak setiap resume yang dihantar terlebih dahulu dipanggil ke sesi temu duga?

Jika mengikut SOP, setiap resume biasanya akan sampai ke tangan unit sumber manusia (HR). Dari situ, HR bertanggungjawab untuk memanggil calon yang layak.

IKLAN

Lebih-lebih lagi sekiranya bos di sesebuah syarikat itu ‘berkenan’ dengan calon yang menghantar resume yang diinginkan.

Nampak macam lelaki yang pilih

Melihat pada situasi ini, kebanyakan yang membuat pemilihan tersebut dilihat  sepertilebih merujuk kepada perangai lelaki.

Ini kerana lelaki sememangnya suka melihat orang-orang yang muda, cantik dan jika bijak, itu adalah satu kelebihan.

IKLAN

547 tawaran peluang pekerjaan diuji

Menerusi kajian bertajuk ‘Rasisme Dalam Pengambilan Pekerjaan : Kajian Berat Sebelah Berasaskan Kaum Untuk Kerjayaa Permulaan Di Malaysia’, Cent-GPS menghantar resume wanita berhijab dan tidak berhijab kepada 547 tawaran peluang pekerjaan.

Kedua-dua resume itu sebenarnya kepunyaan individu yang memiliki kelayakan serupa, namun dibezakan dengan gambar berhijab dan tidak bertudung.

IKLAN

Ketua penyelidik, Zaidel Baharuddin mendedahkan daripada keseluruhan penghantaran itu, 12.7 peratus atau 70 panggilan temu duga diterima oleh mereka yang tidak bertudung.

Bagi wanita yang berhijab, hanya 9.14 peratus atau 50 orang sahaja yang menerima panggilan temu duga.

Sumber : Berita Harian

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI