Lelaki antara manusia yang sangat simple, mudah mesra dan gemar bercakap apabila ada point untuk bersembang.

Ada kalanya sembangnya itu boleh jadi berapi-api jika membabitkan soal politik dan manis tak terkata apabila nak memikat wanita.

Namun begitu ada waktu-waktu tertentu, lelaki secara automatiknya akan jadi pendiam dan lebih suka bersikap diam diri apabila melibatkan perkara ini :

IKLAN

1. Dilanda Masalah

Biasanya lelaki begitu ego dalam hidupnya. Tidak hairanlah dia akan sedaya upaya menyelesaikan setiap masalah yang ada tanpa bantuan orang lain. Tetapi jika tiada jalan penyelesaian, maka dia lebih banyak berdiam diri kerana tertekan dengan masalah tersebut dan ada kalanya, sehingga menangis dalam diam tanpa air mata.

2. Berbicara Soal Perkahwinan

Lucu bukan? Lelaki diam kerana dia seakan tidak percaya akan memikul satu tanggungjawab yang berat dalam hidupnya. Sentiasa memikirkan sama ada dia bersedia atau tidak bergelar ketua keluarga. Maka dalam tempoh bertunang atau beberapa bulan untuk berkahwin, kebanyakan lelaki akan pelik perangainya.

IKLAN

3. Putus Cinta

Itu petanda hatinya sedang terluka. Lelaki kebanyakannya akan diam apabila cintanya didustai ataupun dia menjadi penyebab segala apa yang berlaku. Waktu ini, anda sebagai rakan perlu memberinya ruang untuk berfikir. Dua hari kemudian barulah cuba bercakap dengannya.

4. Balik Rumah Mertua

Cuba perhatikan pasangan anda apabila di rumah mertua. Kurang bercakap dan jika bercakap pula menggunakan nada rendah. Kadang-kadang ada lelaki yang memilih untuk memerap di dalam bilik sahaja daripada bercakap dengan pihak mertua. Jika suami anda begini, lebih baik nasihatkan sedikit agar tidak dianggap kera sumbang.

IKLAN

5. Terjumpa Bekas Kekasih

Apabila dia sedang berjalan dengan isteri ataupun kekasih hati, tiba-tiba terserempak dengan bekas kekasihnya. Oh, lidahnya kelu untuk berbicara. Mungkin waktu itu fikirannya terkenang akan peristiwa yang dahulu. Anda wanita, jangan mudah melenting.

 6. Apabila Rahsia Terbongkar

Semua lelaki mengalaminya. Terdiam jika tembelang sudah pecah. Bagi lelaki yang berdolak-dalih, cuma mendiamkan diri selama beberapa minit sebelum mencipta seribu alasan tetapi bagi yang gentlemen, dia lebih banyak mendiamkan diri daripada bersuara kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih rumit. Jika pasangannya sudah cool, barulah dijelaskan keadaan yang sebenar.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI