Mungkin kadang-kadang anda rasa pelik dan merungut bil elektrik masih melambung tinggi sedanglkan anda jarang ada di rumah dan menggunakan peralatan elektrik secara minimum.

Lagi-lagi ketika musim COVID-19 ini, kita perlu berjimat dan menyimpan duit. Jika anda boleh mengurangkan penggunaan alatan elektrik, kan lebih baik. Dapat juga mengurangkan pembayaran bil setiap bulan.

Cuma fikir balik, ada tak anda membiarkan peralatan eletrik masih bersambung dengan soket? Jika ya, pastikan anda cabut segera kerana elektrik masih berjalan walaupun anda tidak menggunakannya.

Di sini, MASKULIN kongsikan beberapa peralatan eletrik yang boleh ‘menelan’ tenaga walaupun tidak digunakan selagi mana plug masih bersambung dengan soket.

Oleh itu, pastikan anda beringat untuk mencabut mana-mana plug elektrik yang tidak digunakan terutamanya jika anda ingin meninggalkan rumah untuk tempoh tertentu.

1. Peralatan Elektrik Dengan Fungsi Pemasa

Bil Elektrik Melambung Tinggi? Cuba Check 5 Alatan Ini

108 W sehari. Mungkin tidak setiap rumah mempunyai peralatan secanggih ini, tetapi bayangkanlah jumlah tenaga yang dibazirkan setiap hari yang mungkin boleh disalurkan untuk penggunaan yang lebih berfaedah. Itu jika hanya ada satu peralatan elektrik dengan fungsi pemasa. Cuba bayangkan jika hampir kesemua peralatan elektrik anda mempunyai fungsi pemasa dan anda membiarkan ia tidak ditutup, jadi berapa banyak jumlah yang telah anda bazirkan?

IKLAN

2. Komputer

Bil Elektrik Melambung Tinggi? Cuba Check 5 Alatan Ini

Tidak kiralah sama ada PC mahupun laptop, kedua-duanya menggunakan tenaga yang sangat banyak. Misalnya PC, penulis yakin plugnya tidak pernah diusik daripada soket eletrik. Tak percaya? Tengoklah PC masing-masing jika anda memilkinya. Kedua-dua peralatan tersebut menelan tenaga sebanyak 96 W sehari. Banyaknya!

Memang membazir sangat-sangat. Malah, jumlah tenaga yang dibazirkan bertambah sebanyak 1.5 kali jika anda meninggalkan komputer dalam keadaan Mod Sedia. Jadi lepas ni, kalau dah tak guna PC atau laptop, ringankan tangan anda untuk menanggalkan plug dari soket ye.

3. Televisyen

Bil Elektrik Melambung Tinggi? Cuba Check 5 Alatan Ini

IKLAN

Kalau di atas tadi adalah dekorder, yang ini adalah tv itu sendiri sebab kalau anda mempunyai dekorder sudah tentulah anda juga mempunyai tv. Jumlah elektrik yang dibazirkan setiap hari jika anda tidak menanggalkan plug tv daripada soket adalah sebanyak 24 W sehari. Cuba campur dengan jumlah tenaga yang dibazirkan oleh dekorder tadi? Renung-renungkanlah bila kali terakhir anda menanggalkan plug pada kedua-dua peralatan tersebut.

4. Dekorder Televisyen (TV) Digital

Bil Elektrik Melambung Tinggi? Cuba Check 5 Alatan Ini

Bagi mereka yang melanggan perkhidmatan TV berbayar, pasti tahu apa itu dekorder tv. TV dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana dari dahulu lagi, ia menjadi medium utama untuk manusia berhibur. Jadi, sudah tentu ada yang malas menutup plug dekorder, atas alasan senang untuk membuka tv kerana anda hanya perlu capai alat kawalan jauh sahaja.

Tapi tahukah anda, dekorder yang tidak ditutup walaupun tv tidak dibuka menggunakan tenaga sebanyak 22 W sehari? Jumlah yang agak tinggi sebenarnya, maka tidak hairanlah jika bil elektrik anda masih ‘meroket’ walaupun anda jarang menonton televisyen.

IKLAN

5. Pengecas Telefon

Bil Elektrik Melambung Tinggi? Cuba Check 5 Alatan Ini

Ini adalah antara peralatan yang sering digunakan oleh manusia pada hari ini kerana hampir sukar mencari manusia yang boleh ‘hidup’ tanpa telefon di tangan. Jadi sudah tentulah ia menjadi peralatan yang paling banyak dibiarkan ‘melekat’ pada soket elektrik di rumah masing-masing.

Pengecas telefon menelan tenaga sebanyak 1.2 W sehari walaupun ia tidak digunakan. Kecil nilainya bukan? Cuba darabkan dengan 365 hari dan darabkan dengan jumlah berapa tahun anda telah menggunakan telefon bimbit. Terkejut bukan?

Mungkin ada yang berfikir bahawa jumlah-jumlah ini adalah kecil tetapi dengan pembaziran yang dibuat secara kerap, ia bukanlah jumlah yang kecil. Satu lagi, ia bukanlah kerja yang sukar untuk anda menanggalkan plug peralatan-peralatan yang dinyatakan tadi, dan pada masa sama, ia juga salah satu cara untuk anda berjimat cermat.

Jadilah pengguna yang bijak!

Subscribe dan tonton pelbagai video di Youtube MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI