
Aktviti ekstrem yang mampu meningkatkan adrenalin kini menjadi satu kegilaan buat wargamuda di Malaysia. Saban tahun ada sahaja aktiviti ekstrem yang menjadi trend dan ikutan ramai. Apatah lagi ia melibatkan aksi ‘seteru’di antara lelaki da wanita yang masing-masing ingin menonjolkan keberanian masing-masing.
Itulah yang dapat disaksikan menerusi cabaran Cer Try yang dibawakan majalah Remaja pabila menghitungkan pertemuan tiga orang finalis Hero dan Dewi Remaja. Mereka yang terdiri daripada Azim, Imran, Haziq, Nina, Ash dan Myra dicabar untuk melaksanakan beberapa cabaran ekstrem di Escape Challenge PJ yang terletak di Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Cabaran pertama diberi ‘Banana Flip’ menyaksikan mereka bertiga menuruni slide curam. Peserta melakukan luncuran dan lonjakan paling jauh memenangi cabaran tersebut. Untuk rekod, slide yang mereka lakukan cabaran ini sangat curam dengan kedudukan curam hampir 90 darjah.

Cabaran kedua pula menyaksikan mereka perlua melalui laluan berhalangan pada di platform cuku tinggi dikenali sebagai ‘Monkey Business’. Nampak macam senang tapi siapa yang ada fobia kepada ketinggian pasti sukar untuk melaksanakan cabaran ini.
Manakala cabaran terakhir Hero dan Dewi Remaja ini pula perlu melakukan terjunan daripada sebuah platform pada ketinggian 20 minit. Namun terjunan itu dilakukan dengan selamat dengan ikatan harness. Lebih unik mereka dikehendaki menari sebelum melakukan terjunan.
Baik Hero atau Dewi, masing-masing tak nak kalah. Buat anda yang mungkin ingin merasai sendiri pengalaman cabaran ini mungki boleh mendapat sedikit sebanyak idea betapa sukarnya ia untuk dilakukan.
Saksikan sejauh mana keberanian mereka melaksanakan setiap cabaran yang diberikan menerusi video di bawah.
https://www.youtube.com/watch?v=KI-JyBpo2gU&feature=youtu.be
Masalah Berdengkur? Jangan Buat Orang Sebelah Tak Boleh Tidur!

Dengkur terjadi apabila pengaliran udara tidak boleh bergerak secara bebas melalui hidung dan tekak ketika tidur.
Keadaan ini menyebabkan tisu di sekeliling hidung dan tekak akan bergetar lalu ia menghasilkan bunyi dengkuran.
Ia bukanlah sesuatu yang merisaukan tetapi jika terlalu kerap, ia akan mengganggu kualiti tidur dan kelesuan. Malah lebih parah, apabila dengkuran anda itu mengganggu kualiti tidur orang lain.
Oleh itu, MASKULIN sediakan beberapa tip yang boleh diguna pakai buat anda yang sering mengalami masalah dengkur.
1) Pastikan Posisi Kepala & Gunakan Bantal Yang Betul
Jangan terkejut ya, sebenarnya ada bantal yang dicipta khas untuk individu yang berdengkur. Ia diciptakan untuk membantu pasangan yang mempunyai masalah sedemikian. Jika anda kurang berkemampuan, pastikan bantal anda setinggi 4 inci untuk membantu pernafasan yang lancar dan menggalakkan lidah serta rahang bergerak ke hadapan seedikit sewaktu anda baring.
2) Guna Alat Anti Dengkur Sebelum Tidur
Sebelum anda melelapkan mata, pastikan anda memakai alatan yang akan membantu membuka laluan pernafasan dengan membuka sedikit ruang pada saluran pernafasan anda seperti pelekat jalur hidung dan alat anti dengkur SD Magnetics. Alat ini berkemungkinan agak mahal dan susah untuk didapati tetapi percayalah, ia sangat membantu!
3) Tidur Mengiring
Tidur mengiring memudahkan proses penafasan anda. Hal ini terjadi kerana apabila anda tidur menegak, lemak tisu di bawah dagu dan lidah anda akan menutupi saluran pernafasan hingga mengakibatkan dengkuran.
4) Pastikan Sitem Pengudaraan Dalam Bilik Dalam Keadaan Baik
Sistem pengudaraan yang baik di dalam bilik tidur juga memainkan peranan penting dalam memastikan seseorang itu berdengkur atau tidak. Jika pengudaraan yang tidak sihat, kebarangkalian tisu hidung akan membengkak dan menyebabkan seseorang individu itu berdengkur. Jadi, pastikan sistem pengudaraan di bilik tidur dalam keadaan yang baik. Sekiranya tidak, anda boleh dapatkan air purifier di kedai mahupun secara online.
5) Bersenamlah Untuk Kurangkan Dengkuran
Mungkin agak klise dan sering kita dengar, tetapi ia memang membantu mengurangkan sedikit dengkuran. Ini kerana ia akan mengurangkan lemak tisu di belakang tekak dan memberi sedikit ruang pada saluran pernafasan anda.
6) Behenti Merokok
Perokok selalunya mengalami masalah dengkur yang kronik. Ini kerana merokok akan membuatkan saluran penafasan seseorang itu menjadi sempit, jadi kurangkan merokok untuk anda mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik, malah ia juga dapat mencegah anda daripada terkena sebarang penyakit kronik seperti kanser.
Review Samsung Galaxy Z Flip4 – Tampil Dengan Persona Lebih Prestasi, Lebih Trendy

Mungkin dalam tempoh beberapa tahun lalu ramai di antara kita mungkin agak janggal membayangkan penggunaan telefon pintar yang mempunyai fungsi boleh lipat atau foldable. Mungkin pada ketika itu kita tidak dapat membayangkan bagaimanakah skrin sesentuh yang boleh lipat boleh digunakan.
Perkembangan teknologi dan inovasi terkini telah menjadikan telefon boleh lipat kini menjadi satu perkara yang sudah diterima ramai dan kembali normal.
Jika era telefon bimbit boleh lipat dahulu ia cukup popular, ramai pemerhati berpendapat trend tersebut telah meresap kembali di kalangan pengguna.
Sebagai salah satu pemain utama dalam pembuatan dan penciptaan inovasi telefon boleh lipat, Samsung dilihat memainkan peranannya dengan cukup signifikan. Dan baru-baru ini mereka melancarkan dua telefon pintar boleh lipat terbaru iaitu Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4.
Dalam review kali ini, MASKULIN ingin memberikan tumpuan khusus buat Galaxy Z Flip4. Selepas beberapa minggu menggunakan telefon pintar hebat ini dalam urusan harian terdapat beberapa perkara yang cukup menyerlah pada Galaxy Z Flip4.
REKAAN
Bercakap tentang perihal telefon boleh lipat kita pasti akan terarah kepada skrin. Ini kerana skrin telefon kategori ini sering mendapat kritikan sama ada baik atau buruk. Bagaimana pula dengan Galaxy Z Flip4?
Sejujurnya skrin pada edisi terbaru ini tidak jauh berbeza dengan edisi terdahulu. Namun terdapat beberapa panambahan dan kelebihan yang cukup ketara.
Sebagai contoh bezel di sekeliling skrin yang ditonjolkan kali ini sedikit lebih kecil atau nipis. Ia satu penambah baikan yang tidaklah ketara namun sangat baik dan boleh dipuji.
Pada bahagian hadapan dan belakang ia dilihat lengkap dengan kemasan Bahagian belakang dan hadapan kini mempunyai kemasan satin. Secara tidak langsung bukan sahaja tampil dengan gaya lebih berkilat tetapi tetapi juga membuatkan Galaxy Z Flip 4 tidak mudah berasa licin di permukaan rata.
Dari segi dimensi keseluruhannya juga nampak lebih kecil walaupun ia hadir dengan timbangan sedikit berat berbanding sebelumnya. Samsung juga dilihat memperbaiki engsel dengan menjadikannya lebih kecil sedikit.
PAPARAN SKRIN
Galaxy Z Flip4 hadir bersama skrin utama 6.7 inci OLED dengan resolusi 2460 x 1080 dan hadir bersama refresh rate yang sangat memberangsangkan iaitu 120Hz. Kebimbangan ramai orang tentang ‘crease’ pada bahagian lipatannya juga seakan dijawab dengan baik oleh Samsung.
Apabila skrin terpasang ia tidaklah terlalu jelas kelihatan namun bila disentuh masih ada rasa lipatan itu. Tapi bagi MASKUIN ia bukanlah satu masalah yang besar pun. Manakala salah satu tarikan utama Galaxy Z Flip4 ialah skrin luarnya atau Cover Screen yang kini dipertingkatkan fungsinya.
Antaranya ialah tetapan tema pada paparan utama kini boleh diselaraskan sama bersama Cover Screen. Menerusi skrin ini kita boleh mengakses dan mengubah tetapan dengan pantas seperti Wi-Fi atau Airplane Mode. Malah ia kini juga lebih bijak berinteraksi dengan pelbagai aplikasi yang menyokong penggunaannya.
Galaxy Z Flip 4 mengekalkan penarafan kalis air IPX8 yang sama seperti Z Flip 3. Ia juga dilengkapi dengan Gorilla Glass Victus Plus yang menutupi Skrin Penutup, lapisan kaca ultra nipis (UTG) di bahagian dalam dan apa yang Samsung panggil Armor Aluminium di bahagian luar.
KAMERA
Di antara keterujaan utama ketika menggunakan telefon ini ialah kemampuan kameranya. Ia adalah satu nilai tambah yang baik buat Galaxy Z Flip4 berbanding telefon pintar lain di pasaran.
Ia bukanlah menawarkan kamera terbaik di pasaran namun versataliti yang dibawa dengan pengalaman menyeronokkan memberikan sesuatu yang berbeza. Teknologi invasi kreatif Samsung pada produk foldable mereka menjadikan ia sebagai inovasi yang dijangka menjadi ikutan ramai.
Dan pastinya ia bukan gimik semata. Kita boleh menggunakan kamera dengan memegangnya seakan camcoder. Atau juga boleh melipatnya separuh dan meletakkan di atas permukaan rata. Tidak perlu lagi bersusah payah bawak monopod atau tripod ke mana-mana.
Pada bahagian belakang ia hadir bersama dua kamera 12 megapiksel dengan satunya adalah kamera utama manakala yang kedua pula adalah ultra-wide. Pada bahagian hadapan pula turut dilengkapi dengan kamera dengan 12 megapiksel.
BERIKUT SAMPEL FOTO GALAXY Z FLIP4:
Kamera Utama
Ultra-Wide
Potrait
Foto yang diambil pada kondisi luar yang cerah memberikan hasil cukup cantik. Warna terhasil lebih menyerlah dan terpancar.
Dalam situasi cahaya rendah juga ia memberikan hasil kualiti yang tidak mengecewakan. Manakala kamera ultra-wide pula memberikan dimensi yang lebih besar dengan kualiti yang baik.
PRESTASI MANTAP
Bagaimana pula dengan prestasi yang dibawa oleh Galaxy Z Flip4? Perlu diakui bahawa spesifikasi Flip4 adalah lebih rendah berbanding Fold4 namun ia masih menawarkan prestasi yang sangat baik.
Dikuasakan dengan pemprose Snapdragon 8 Plus Gen 1 Chip, ia merupakan yang terpantas untuk telefon Android di pasaran sekarang. Ia juga hadir dengan 8GB RAM dengan pilihan storan dalaman di antara 28GB dan 512GB.
Satu perkara perlu ingat, Galaxy Z Flip4 tidak menawarkan sebarang tambahan storan lain. Jadi buatlah pilihan storan dalaman sesuai dengan penggunaan anda. Dari segi penggunaan gaming pula ia turut memberikan pengalaman yang baik.
Dari segi perisian pula, Galaxy Z Flip4 dilengkapkan dengan tambahan baharu dengan paparan user interface One UI yang cukup senang digunakan.
KETAHANAN BATERI
Tahun lalu terdapat sedikit rungutan mengatakan katahanan bateri Galaxy Z Flip3 yang sedikit mengecewakan. Namun untuk Galaxy Z Flip4 nampaknya Samsung telah mengambil cakna akan hal tersebut.
Bukan sahaja peningkatan dari 3300mAh kepada 3700mAh, ia juga mempunyai chipset 8 Plus Gen 1 yang jauh lebih efisien dari sebelumnya. Untuk pengecasan penuh, ia bolehlah dikatakan mampu digunakan untuk sepanjang hari.
Selama beberapa minggu ini setiap malam sebelum tidur bateri pasti berada pada paras 10 hingga 15 peratus – menjadikan ia satu pencapaian ketahanan bateri yang sangat baik. Untuk penggunaan lebih berat contohnya ia sedikit berbeza namun masih lagi boleh dianggap baik.
Menonton video penstriman selama satu jam mengambil kira-kira hanya 11 peratus bateri sahaja. Dari aspek pengecasan pantas juga Samsung menyediakan penambah baikan yang positif. Galaxy Z Flip4 mengecas pada kadar 25w. Dalam masa sejam lebih sahaja ia boleh lengkap pengecasan penuh.
TRENDY BERPRETASI
Secara keseluruhannya menggunakan Galaxy Z Flip4 selama beberapa minggu ini memberikan pengalaman penggunaan peranti yang cukup menyeronokkan. Ia menawarkan satu dimensi yang tidak terdapat pada telefon lain. Bagi anda yang mahukan telefon trendy yang hadir bersama prestasi memberangsangkan, Galaxy Z Flip4 adalah jawapan terbaik. Paling penting anda akan menjadi tumpuan ramai bila berada di tangan anda!
Untuk maklumat lanjut dan tawaran menarik Galaxy Z Flip4 anda boleh layari laman sesawang rasmi Samsung di sini.
RATING MASKULIN – 4.5/5
10 Jenis Makanan Yang Perlu Dielak Simpan Dalam Peti Sejuk

Cuba buka peti sejuk anda sekarang. Perhatikan apakah jenis barang atau produk makanan yang anda simpan. MASKULIN pasti ada sesetengah barang itu sebenarnya tak perlu pun disimpan dalam peti sejuk.
Ramai orang yang sentiasa menjadikan peti sejuk mereka sebagai tempat untuk dipenuhi dengan segala jenis makanan yang tak habis dimakan. Walhal peti sejuk mempunyai fungsi untuk mengekalkan ketahanan dan memanjangkan hayat sesetengah barang segar.
Usah jadi orang yang menyumbat segala jenis barang makanan ke dalam peti sejuk. Oleh itu anda perlu tahu pakah jenis makanan yang anda perlu elak simpan dalam peti sejuk.
BACA: 12 Idea Jimat Pilih Makanan Untuk Anda Yang Serius Nak Diet
MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad di Facebook tentang 10 jenis makanan yang tak perlu disimpan dalam peti sejuk. Perkongsian menarik tersebut telah mendapat lebih 4 ribu share tersebut.
Jom ikuti perkongsian beliau dibawah;
Kita selalu meletak hampir semua barang dan makanan yang kita beli ke dalam peti sejuk. Kadang kala ia boleh merosakkan kualiti bahan makanan itu.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan petisejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Bahan bukan makanan
Keluarkan bahan bukan makanan seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.
Rujukan : News Australia
#HealthDrZubaidi
Perkongsian asal Dr Zubaidi di Facebook;
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat buat anda. Sebenarnya MASKULIN sendiri tak sangka selama ini banyak rupannya barang tak sepatutnya di sumbat dalam peti sejuk.