Gaya Hidup

Bintang All Blacks, Sonny Bill Williams Kecewa Gambarnya Sedang Berdoa Dipadam IG

Share

Pada ketika ini sedang berlangsungnya kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 di negara matahari terbit, Jepun.

Inilah masanya negara-negara terbaik dalam sukan ini berentap bagi merebut piala paling berprestij dalam sukan ragbi.

MASKULIN sendiri dapat rasakan demam piala dunia ragbi ini turut dirasakan di negara kita. Dan pastinya antara pasukan yang paling mendapat perhatian ramai ialah New Zealand yang turut dikenali dengan nama gelaran All Blacks.

Sonny Bill William merupakan ikon ragbi beragama Islam paling popular di dunia.

Sama seperti ahli sukan yang lain pemain-pemain ragbi New Zealand turut berkongsi momen-momen mereka bersama peminat di laman media sosial. Antara yang sering aktif ialah Sonny Bill Williams yang merupakan ikon ragbi beragama Islam paling terkenal di dunia.

Namun hari ini ada satu perkara kurang menyenangkan telah berlaku apabila beliau mempersoalkan kenapa foto dirinya bersama rakan sepasukan yang juga beragama Islam iaitu Ofa Tuungafasi dipadamkan oleh Instagram.

Menerusi foto yang dipadamkan itu, Sonny bersama rakannya dirakamkan sedang menadah tangan berdoa sebelum bermulanya perlawanan menentang Afrika Selatan.

Keluhan Sonny telah disuarakan menerusi akaun Instagram dan Twitter kendaliannya.

Menurutnya, dia hairan mengapa foto tersebut dipadamkan daripada akaun dia dan Ofa Tuungafasi.

BACA: Wanita Bantu Ronaldo Semasa Dia Kelaparan Ketika Kecil Kini Tampil

Inilah foto yang telah dipadamkan.

Difahamkan foto itu telah dipadamkan kerana ada pihak ketiga yang melaporkan kononnya foto tersebut telah melanggar hak orang lain. Ia berbunyi, “a third party reported that the content infringes or otherwise violates their rights.”

Sebab mengapa fotonya sedang berdoa dipadamkan?

Perkara ini jelas tidak dapat diterima dengan akal kerana tiada apa yang negatif tentang foto tersebut!

Ia turut dikesali oleh pengikut Sonny di laman media sosialnya. Adakah ia berpunca daripada sikap Islamofobia yang kini semakin menjadi-jadi terutamanya di negara Barat atau ada agenda lain.

Sehingga artikel ini ditulis masih belum ada sebarang penjelasan yang diberikan oleh pihak Instagram. MASKULIN berpendapat foto ini mungkin telah dilaporkan oleh pihak yang tidak senang dengan Sonny dan Instagram hanya bertindak di atas jumlah laporan yang dilakukan.

Walau apapun diharap agar perkara ini tidak menjejaskan prestasi Sonny sepanjang kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 pada kali ini.

IKLAN