Takrifan kacak atau ‘paling handsome’ tidak dinafikan cukup subjektif bagi setiap orang. Namun salah satu perkara kita harus setujui ia kebanyakan secara konsensusnya tidaklah terlalu berbeza.
Saban tahun pasti akan ada sahaja carta artis atau selebriti paling cantik dan juga kacak. Dan setiap kali itulah ia akan dapat mencuri perhatian para peminat dengan penuh minat.
Salah satu carta yang dikeluarkan oleh TechnoSports tidak kurang popularnya. Menerusi laman sesawangnya, mereka membariskan 10 orang artis atau figura yang dianggap paling kacak di dunia.
Difahamkan carta ini disusun berdasarkan oleh pelbagai laporan dan berita sebelum ia dihimpunkan serta dirangkumkan kepada carta kedudukan paling tinggi.
Ads
Untuk carta lelaki paling kacak 2023 mereka mendapati Kim Tahyung atau popular dengan gelaran V dari grup K-pop, BTS berada di carta pertama. Populariti BTS sememangnya tidak dapat disangkal dengan pelbagai rekod industri muzik telah berjaya dipecahkan mereka.
V yang merupakan salah seorang ahli BTS paling popular telah berjaya mengalahkan nama-nama besar seperti bintang Hollywood iaitu Robert Pattinson, bintang Bollywood, Hritik Roshan dan juga aktor memainkan peranan Spider-Man, Tom Holland.
Ads
Manakala di tempat kelima pula diduduki oleh David Beckham yang kini berusia 48 tahun namun penampilannya masih dikagumi ramai.
Carta ini juga turut menempatkan Idris Elba di tempat keenam. Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pula menjadi satu-satunya figura bukan artis yang berjaya menembusi top 10 dengan kedudukan di tempat Kanada.
Ads
Top 10 carta tersebut dilengkapkan dengan membariskan nama-nama besar Hollywood iaitu Bradley Cooper, Chris Evans dan juga Zac Efron.
Adakah anda bersetuju dengan senarai ini?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sukan dan hiburan merupakan dua industri yang kini tidak dapat dipisahkan. Jurang yang mungkin wujud suatu ketika dahulu terutamanya dalam industri permainan video kini telah wujud selari dengan sukan seperti bole sepak.
Seperti mana yang kita tahu, permainan video melibatkan genre bola sepak merupakan antara yang paling popular di dunia. Tapi berbeza pula pendekatan yang diambil oleh judul permainan video popular masa kini, ‘Fortnite’.
Terbaru dilaporkan bintang Paris Saint Germain dan Brazil iaitu Neymar bakal melakukan kemunculan di dalam permainan video tersebut.
Menerusi beberapa siri ciapan di Twitter, Epic Games dan Neymar dilihat memberikan ‘hint’akan potensi kerjasama mereka. Walaupuin tidak banyak info lanjut dikongsi kedua pihak, namun dijangkakan skin Neymar bakal dimanifestasikan di dalam game tersebut.
Peminat Fortnite sendiri membuat spekulasi bahawa jersi ikonik Neymar dengan nombor 10 bakal menjadi tumpuan utama selepas Neymar sendiri memberikan reaksi menerusi Twitter.
Pada masa yang sama juga, DC heroes juga dilaporkan akan menerima perubahan sama berikutan sambutan luar biasa komik ‘Fortnite/Batman: Zero Point’.
Sehingga kini teaser Neymar Jr. x Fortnite bukan hanya berkongsi versi skin pemain bintang tersebut malah dalam versi atlet superhero. Berdasarkan beberapa imej, tapak kasut boleh Neymar mempunyai cakar dan juga gigi serigala.
Neymar merpuakan pemain bola sepak pertama yang mendapat skin eksklusif untuk game Fortnite dan ua dijangka mendapat sambutan luar biasa di kalangan peminat Fortnite.
Jangan lupa follow IG MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk menghilangkan jerawat, anda tidak memerlukan bahan kimia yang kuat. Soda penaik melakukan kerja dengan mudah. Ciri antiseptik dan antiradang bahan ruji dapur ini membantu merawat penyebab serta mengurangkan gejala jerawat dan masalah lain. Di samping itu, ia membantu mengimbangi pH kulit yang membantu mengurangkan masalah kulit.
Caranya, campurkan satu sudu teh soda penaik dengan sedikit air untuk membuat pes. Sapukan pada kulit yang terjejas selama satu hingga dua minit sebelum dibilas dengan air sejuk. Ulang sekali setiap hari selama dua atau tiga hari, kemudian kurangkan kekerapan hingga satu atau dua kali seminggu.
2. Memutihkan gigi kuning
Soda penaik sangat baik untuk menjadikan gigi anda bersinar. Ia berfungsi sebagai pelelas ringan untuk menghilangkan noda kuning dari gigi di samping membantu mengeluarkan plak dengan meneutralkan asid yang dihasilkan bakteria.
Anda boleh meletakkan sedikit soda penaik pada berus gigi bersama ubat gigi biasa anda. Berus gigi seperti biasa selama dua minit. Lakukan sekali sehari selama beberapa hari.
Sebagai alternatif, sediakan pemutih gigi buatan sendiri dengan empat sudu serbuk akar kunyit, dua sudu soda penaik dan tiga sudu minyak kelapa dara. Campurkan semua bahan dengan teliti. Gunakan pes ini untuk memberus gigi anda sekali sehari selama beberapa hari.
Elakkan daripada menggunakan soda penaik berlebihan kerana ia boleh mengikis enamel gigi semula jadi anda.
3. Meredakan kesan selaran matahari
Oleh kerana sifat alkalinya, soda penaik mempunyai kesan menenangkan pada kulit yang terbakar akibat selaran matahari, membantu melegakan gatal dan sensasi terbakar. Ia juga mempunyai ciri antiseptik ringan dan pengeringan yang membantu mengeringkan lepuh selaran matahari dengan cepat.
Campurkan satu hingga dua sudu soda penaik dalam secawan air sejuk. Rendam tuala kecil yang bersih dalam larutan ini, perah tuala dan tekapkan pada kawasan terjejas selama lima hingga 10 minit. Ulang dua atau tiga kali sehari sehingga anda mendapat kelegaan.
Sebagai alternatif, tambahkan setengah cawan soda penaik dalam tab mandi yang penuh dengan air. Kacau rata dan berendam dalam air ini selama 10 hingga 15 minit. Selepas keluar dari tab mandi, tekap kering atau biarkan badan anda kering sendiri. Lakukan ini sekali sehari selama beberapa hari.
4. Memperbaiki ton kulit
Warna kulit tidak sekata adalah masalah utama bagi ramai orang. Jika menginginkan warna kulit lebih cerah dan sekata, soda penaik adalah penyelesaian yang mudah dan murah.
Ia adalah agen pengelupasan yang baik membantu menghilangkan sel mati, menyeimbangkan paras pH kulit yang sangat penting untuk menjaga kulit sekata dan bersih.
Campur satu hingga dua sudu teh soda penaik dengan air atau air mawar untuk dijadikan pes sebelum dioles pada wajah. Biarkan seminit dan gosok perlahan dengan hujung jari. Cuci dengan air suam. Lakukan sekali atau dua kali seminggu saja selain pastikan lembapkan kulit selepas menggunakan soda penaik.
Sebagai alternatif, campurkan satu sudu soda penaik dan jus lemon bersama empat ke lima titis minyak zaitun. Tekapkan campuran ini pada wajah dan biarkan selama lima minit sebelum dibilas dengan air sejuk. Ulang dua atau tiga kali seminggu.
5. Menghilangkan kelemumur
Kelemumur sukar dihilangkan, terutama ketika musim sejuk, tetapi ia tidak mustahil. Pelajari kaedah penjagaan rambut yang betul dan tetap, anda boleh menghapuskan kelemumur dengan mudah.
Soda penaik boleh membantu menghilangkan serpihan putih yang mengganggu kulit kepala dan rambut anda. Ia membersihkan kulit kepala dan membantu membuang serpihan.
Oleh kerana soda penaik bersifat alkali, ia membantu membawa keseimbangan pH kulit kepala ke keseimbangan yang sihat. Gosokkan satu sudu soda penaik pada rambut dan kulit kepala. Biarkan seketika, kemudian bilas bersih dengan air. Lakukan ini seminggu sekali sahaja.
Sebagai alternatif, campurkan jus segar sebiji lemon dengan satu sudu teh soda penaik.
Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama dua hingga tiga minit dan kemudian bilas rambut hingga bersih.. Lakukan perawatan ini seminggu sekali untuk mengekalkan kulit kepala bebas daripada kelemumur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Suasana Aidilfitri mungkin telah berlalu, namun realiti kehidupan kembali menjelma, seringkali membawa bersamanya persoalan yang lebih mendalam. Ketika kos sara hidup meningkat yang kian terasa, satu persoalan kritikal timbul terutamanya bagi lelaki. Adakah kita benar-benar bersedia untuk mengubah trajektori hidup kita?
Ramai di antara kita mungkin dapat rasa tekanan yang tidak kelihatan. Cabaran kewangan pasca perayaan, ketidakstabilan emosi, atau perasaan ‘tersekat’ tanpa arah tuju yang jelas.
Ini merupakan realiti senyap yang dihadapi ramai individu hari ini. Jika anda bergelut dengan isu-isu ini, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian.
Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks Academy Sdn. Bhd., Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman, ramai yang tersilap anggap bahawa mereka perlu menunggu ‘masa sesuai’ untuk melakukan perubahan.
Tegas beliau, “Hakikatnya, masa sesuai tidak akan datang kecuali mereka yang ciptakan.” Ini adalah satu peringatan penting bahawa perubahan proaktif adalah kunci, bukan penantian pasif.
Tambahnya lagi, ramai yang menghubungi pihaknya, sama ada usahawan atau golongan bekerja, yang berdepan pelbagai cabaran getir.
“Rasa penat mencuba tetapi tetap gagal, mungkin bukan usaha mereka yang salah, tetapi hala tuju dan cara fikir yang belum betul,” jelasnya.
Kegagalan seringkali bukan disebabkan kurangnya usaha, tetapi lebih kepada strategi dan kerangka minda yang tidak selari dengan matlamat.
Menyedari keperluan ini, RichWorks memperkenalkan Transformasi360, sebuah program yang direka bentuk semula dan ditambah baik daripada program popular sebelumnya seperti Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Nak Ubah Hidup.
Program ini dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 12 Mei 2025 dengan objektif jelas – membantu individu membetulkan asas dalaman diri mereka.
“Transformasi360 hadir untuk bantu mereka betulkan asas ini dari dalam. Ramai orang ada ilmu, ada kemahiran, tapi gagal kerana tidak menguasai sikap dan cara berfikir yang betul. Tanpa sikap positif, tindakan akan salah. Tanpa disiplin dan kejelasan, kejayaan hanya akan jadi angan-angan,” jelas Dr. Azizan.
Program ini dirangka untuk membimbing peserta membina keyakinan diri yang kukuh dari dalam, menguasai pengurusan emosi, memecahkan belenggu kepercayaan lama yang membataskan potensi dan menggantikannya dengan satu set minda (mindset) baharu yang lebih berdaya tahan, realistik, serta konstruktif.
Menariknya, Transformasi360 turut mengintegrasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk membantu peserta mengenal pasti kekuatan dan potensi diri mereka secara lebih mendalam.
Dr. Azizan menjelaskan, “Ramai tidak sedar bahawa mereka sebenarnya memiliki kelebihan tersendiri, tetapi tidak pernah tahu cara untuk manfaatkan sepenuhnya.”
Ini membuka dimensi baharu dalam pembangunan kendiri, membolehkan pendekatan yang lebih terperinci dan peribadi.
Bagi lelaki yang merasakan sudah tiba masanya untuk menilai semula kedudukan semasa, program ini menawarkan platform untuk menyelami diri, mengkaji semula matlamat hidup, dan yang paling penting, melengkapkan diri dengan pelan tindakan yang strategik dan jelas untuk masa depan.
“Jangan tunggu sehingga hidup memaksa anda berubah. Bertindak sebelum semuanya terlambat. Masa depan anda tidak ditentukan oleh semalam, tetapi oleh keputusan yang anda buat hari ini,” nasihat ikhlas dari Dr. Azizan.
Sama ada anda seorang usahawan yang kehilangan momentum, individu yang bergelut dengan kestabilan kewangan atau sesiapa sahaja yang ingin membebaskan diri daripada tekanan hidup yang melampau, mungkin inilah masanya untuk mempertimbangkan pintu perubahan. Transformasi360 diposisikan sebagai pemangkin untuk anjakan tersebut.
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini dan bagaimana ia boleh membantu anda merangka semula masa depan, layari www.transformasi360.com.
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.