Kemunculan artis-artis antarabangsa ke negara kita kini bukan lagi satu perkara luar biasa. Apatah lagi jika selebriti itu datang dari negara Korea Selatan yang kini semakin ‘mengganas’ dalam arena muzik global.

Saban tahun deretan artis-artis Korea Selatan mengunjungi negara kita sebagai salah sebuah destinasi singgahan mereka.

Dengan jumlah peminat yang ramai maka tak hairanlah artis lelaki seperti Cha Eun Woo yang lengkap dengan pakej kacak dan berbakat dalam nyanyian mempunyai ramai peminat.

Bertempat di Menara PGRM, Cheras bintang meningkat naik dari Korea itu mengadakan konsert fan meeting pertamanya dikenali dengan nama ‘Just One 10 Minute’.

Cha Eun Woo yang juga merupakan ahli grup Astro tampil cukup yakin walapun secara solo. Menariknya penampilan awal di pentas menyaksikan Cha Eun Woo muncul lengkap dengan pakaian tradisional Korea seperti karakter lakonannya dalam drama ‘Rookie Historian Goo Haeryung’.

IKLAN

Bintang Korea, Cha Eun Woo Gamatkan Peminatnya Dengan Lagu Melayu

Konsert yang berlangsung dengan aura penuh intimasi tersebut menyaksikan Cha Eun Woo sentiasa berinteraksi dengan peminatnya. Kuala Lumpur merupakan destinasi terakhir siri jelajahnya selepas mengunjungi Hong Kong, Taipei, Bangkok dan juga Manila.

IKLAN

Selain mendendangkan deretan lagu-lagu popularnya, Cha Eun Woo turut bermain games dengan peminat bertuah yang memenangi cabutan bertuah. Selain itu apa yang menarik, dia turut cuba berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan ungkapan ‘aku cinta padamu’, ‘sayang’ dan juga ‘terima kasih’.

Bintang Korea, Cha Eun Woo Gamatkan Peminatnya Dengan Lagu Melayu Bintang Korea, Cha Eun Woo Gamatkan Peminatnya Dengan Lagu Melayu

IKLAN

Pujian juga harus diberikan kepadanya kerana menyahut cabaran menyanyikan lagu Melayu. Lagu yang disampaikannya berjudul ‘Sampai Ke Hari Tua’ adalah lagu asal dendangan Aizat Amdan.

Respons yang diberikan oleh penonton ketika dia menyanyikan lagu tersebut juga sangat hebat.

Kunjungan artis-artis Korea ke negara kita perlu dipuji kerana ia secara tidak langsung menjadi jambatan penghubung antara dua negara yang mempunyai dua identiti budaya berbeza.

Sebagai lelaki tidak salah kalau kita mengambil inspirasi kerja keras yang ditunjukkan oleh artis seperti Cha Eun Woo untuk keluar dari zon selesa dan mencuba nasib ke luar negara.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI