Sama ada anda pengguna TikTok atau mana-mana platform laman media sosial popular masa kini, wajah pemuda yang sering tampil dengan video jenaka sinisnya pasti sudah tidak asing lagi.
Khaby Lame yang kini dikenali sebagai antara pempengaruh laman TikTok paling terkenal dunia dikenali bukan sahaja oleh warga massa tetapi selebriti popular dan juga jenama-jenama terkenal.
Jadi tidak hairanlah pemuda dari Senegal ini turut dilamar banyak jenama-jenama fesyen untuk memperkenalkan kolaborasi istimewa. Terbaru, Khaby Lame tampil bersama jenama fesyen berpenharuh BOSS dengan koleksi kapsul edisi terhad bagi Spring/Summer 2022.
Ads
BOSS dilaporkan mengenal pasti Khaby Lame sebagai bakat baharu yang mempunyai potensi cukup hebat. Tahun lalu, BOSS menampilkan Khaby Lame di persembahan fesyen Russel Atletic x BOSS. Malah dia cukup dilantik sebagai spokesmodel untuk jenama tersebut.
Ads
Menerusi koleksi kapsul istimewa kali ini, Khaby Lame menyerlahkan beberapa koleksi pakaian BOSS seperti jaket varsiti, hoodie dan juga kemeje-T. Dengan menggunakan pelet warna hitam, setiap item turut dikelgkapi dengan logo khas dari Khaby Lame.
Ads
Menurutnya, “Koleksi BOSS x Khaby ini datang dari imaginasi saya dan juga pasukan di BOSS yang inginkan sesuatu lebih menyeronokkan. Saya cukup minat dengan streetwear tetapi dengan BOSS saya mempelajari untuk keluar dari zon selesa dan mendakap gaya lebih berbeza.
“Fesyen merupakan sebahagian daripada kehidupan dan juga kerjaya saya pada masa kini. Dan semestinya saya cukup teruja!” jelasnya lagi.
Dari memuat naik video reaksi komedi hingga dilamar oleh jenama berprestij. Cukup luar biasa!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dunia Formula 1 kini bukan sekadar perlumbaan siapa paling laju di litar. Ia turut mencerminkan budaya, fesyen dan komuniti peminat yang semakin besar setiap tahun. Seiring perkembangan ini, PUMA x McLaren Racing mengumumkan kerjasama global baharu bermula 2026, yang bakal menyaksikan PUMA menghasilkan team kit serta koleksi apparel rasmi untuk McLaren.
Menurut kenyataan rasmi, kerjasama ini menyatukan dua jenama berprestasi tinggi yang berkongsi nilai inovasi, teknologi dan komuniti global. Ia juga memberi peluang kepada peminat untuk menikmati pengalaman perlumbaan yang lebih dekat dan penuh gaya.
Menerusi kerjasama ini, PUMA akan menghasilkan team kit untuk keseluruhan portfolio McLaren Racing termasuk:
Ini menjadikan PUMA x McLaren Racing bukan sekadar kolaborasi dalam F1, tetapi turut meliputi pelbagai cabang sukan permotoran global yang sedang berkembang pesat.
Ketua Pegawai Eksekutif PUMA, Arthur Hoeld, menyifatkan kerjasama ini sebagai satu penghormatan besar, apatah lagi McLaren hadir sebagai juara berganda musim 2025.
“Di PUMA, kami amat berbangga dengan sejarah panjang dan kejayaan kami dalam dunia permotoran. Ia satu penghormatan untuk menulis bab baharu bersama McLaren Racing, juara Pembina dan Pemandu 2025, sebagai rakan baharu kami,” katanya.
Beliau menambah bahawa PUMA x McLaren Racing akan menghasilkan koleksi yang menggabungkan kekuatan kedua-dua jenama, direka khusus untuk peminat McLaren di seluruh dunia.
Bagi peminat, kerjasama ini hadir dengan dua fokus utama iaitu Replica Collection dan Lifestyle Collection.
Replica Collection direka berasaskan warna ikonik McLaren, papaya, yang mencerminkan pakaian rasmi dipakai oleh pemandu dan ahli pasukan ketika hujung minggu perlumbaan. Koleksi ini sesuai untuk peminat yang mahu tampil lebih race ready sama ada di litar atau di mana-mana sahaja.
Lifestyle Collection pula membawa elemen PUMA x McLaren Racing ke dalam gaya harian. Ia diinspirasikan daripada sejarah perlumbaan McLaren yang panjang tetapi dengan sentuhan streetwear moden – gabungan siluet klasik dan rekaan kontemporari.
Selain pakaian, kerjasama ini turut menjanjikan pengalaman menarik untuk peminat. PUMA dan McLaren bakal memperkenalkan aktiviti immersive termasuk acara khas dan unique drops yang membawa peminat lebih dekat dengan semangat McLaren.
Pengalaman pertama dijangka debut pada perlumbaan pembukaan musim Formula 1 di Australia, dengan butiran lanjut akan diumumkan kemudian.
Ketua Pegawai Eksekutif McLaren Racing, Zak Brown, berkata Formula 1 kini berada pada tahap terbaiknya, dengan semakin banyak jenama fesyen dan gaya hidup memasuki dunia ini.
“Formula 1 kini berada pada tahap yang sangat kuat, dan kami gembira menyambut kemasukan jenama seperti PUMA yang mahu berhubung dengan komuniti peminat global. Tiada rakan yang lebih sesuai untuk memperkukuh portfolio pakaian peminat kami selain PUMA,” katanya.
Menurut Brown, peminat kini mahu menzahirkan minat mereka terhadap sukan ini bukan hanya di litar, tetapi juga dalam kehidupan seharian. “Kami tahu peminat mahu menunjukkan semangat mereka, dan pendekatan inovatif PUMA x McLaren Racing akan membawa koleksi serta pengalaman yang lebih menarik di seluruh dunia,” tambahnya.
Koleksi PUMA x McLaren Racing Lifestyle kini boleh didapati pada harga antara RM129 hingga RM529. Sementara itu, Replica Collection akan mula dijual pada 2 Februari di butik PUMA terpilih, JD Sports, Foot Locker, serta platform dalam talian.
Kerjasama PUMA x McLaren Racing bukan sekadar logo di atas baju, tetapi simbol era baharu dalam dunia Formula 1 – gabungan prestasi, gaya dan komuniti. Untuk peminat McLaren, inilah peluang untuk membawa identiti papaya mereka ke jalan raya, bukan hanya di litar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kalau dahulu jenama fesyen antarabangsa Moschino keluar dengan seleksi kolaborasinya bersama menu makanan ringan Mc Donald, kini jenama dari mee segera IndoMie dari Indonesia pula menjadi kegilaan. Sempat juga ada di kalangan mereka yang membuat parodi mengenai gaya fesyen yang diterjemahkan.
Kalau di Malaysia, rasa-rasa makanan ringan apa paling sesuai kita jadikan aksesori seperti bag, kasut dan macam-macam lagi?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tengok perlawanan pagi tadi? Mesti semua berdebar-debar kan menantikan siapa yang akan mara ke separuh akhir Piala Dunia. Tahniah kepada Croatia kerana berjaya mengalahkan England 2-1 dan sekaligus melakar sejarah buat kali pertama dalam Piala Dunia FIFA.
Piala Dunia FIFA adalah pertandingan bola sepak persatuan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1930. Ia dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan lelaki anggota Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Kejohanan ini telah berlangsung setiap empat tahun, kecuali pada tahun 1942 dan 1946, apabila pertandingan dibatalkan akibat Perang Dunia II. Piala Dunia yang paling baru, yang dihoskan oleh Brazil pada 2014, dimenangi oleh Jerman, yang mengalahkan Argentina 1-0 selepas masa tambahan.
Brazil
Brazil adalah pasukan kebangsaan yang paling berjaya dalam Piala Dunia FIFA, pertandingan antarabangsa bola sepak utama, yang telah memegang tahta sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002.
Brazil juga mempunyai prestasi terbaik secara keseluruhan dengan catatan 73 kemenangan dalam 109 perlawanan yang dimainkan, 124 jaringan gol, 237 mata, dan 18 kekalahan.
Jerman
Jerman juga tidak kurang hebatnya, pasukan ini telah memenangi bukan saja di peringkat FIFA, malah juara dunia keseluruhan dengan memenangi empat Piala Dunia (1954, 1974, 1990, 2014), tiga Kejohanan Eropah (1972, 1980, 1996), dan satu Piala Konfederasi (2017). Mereka juga telah menjadi juara tiga kali dalam Kejohanan Eropah, empat kali di Piala Dunia, dan empat lagi tempat ketiga di Piala Dunia. Jerman Timur memenangi Olimpik Emas pada tahun 1976.
Itali
Itali pernah mengungguli Piala Dunia, setelah memenangi empat gelaran (1934, 1938, 1982, 2006) dan muncul dalam dua final lain (1970, 1994), mencapai tempat ketiga (1990) tempat keempat (1978). Pada tahun 1938, mereka menjadi pasukan pertama untuk mempertahankan kejayaan kejohanan Piala Dunia sebelum tercetusnya Perang Dunia ke II. Itali juga memenangi Kejohanan Eropah (1968), serta muncul dalam dua kejohanan lain (2000, 2012), satu kejohanan bola sepak Olimpik (1936) dan dua Piala Antarabangsa Eropah Tengah. Kemuncak tertinggi Itali di Piala Konfederasi FIFA pada 2013, apabila skuad mencapai tempat ketiga.
Agentina
Bercakap mengenai pasukan ini, pasti anda akan teruja kerana Lionel Messi merupakan pemain berbakat menerajui pasukan ini. La Selección (pasukan kebangsaan), juga dikenali sebagai Albicelestes, telah muncul dalam lima perlawanan akhir Piala Dunia, termasuk perlawanan pertama pada 1930, yang mereka kalah 4-2 ke Uruguay. Argentina memenangi penampilan terakhir mereka pada 1978, mengalahkan Belanda pada masa tambahan, 3-1. Argentina, yang diketuai oleh Diego Maradona memenangi semula pada 1986, kemenangan 3-2 ke atas Jerman Barat. Mereka sekali lagi mara ke final Piala Dunia pada 1990, dan kalah 1-0 kepada Jerman Barat. Argentina, yang diketuai oleh Lionel Messi membuat penampilan kelima mereka di final Piala Dunia pada 2014, sekali lagi kalah kepada Jerman, 1-0 dalam masa tambahan. Biarpun tahun ini kita tidak dapat menyaksikan Agentina berentap di padang final, namun peminat pasukan ini akan sentiasa menyokong.
Uruguay
Pasukan itu telah memenangi Piala Dunia FIFA dua kali, termasuk Piala Dunia pertama pada 1930 sebagai tuan rumah, mengalahkan Argentina 4-2 di final. Mereka memenangi kejuaraan kedua mereka pada tahun 1950, menjaringkan tuan rumah Brazil 2-1 dalam perlawanan akhir, yang menerima kehadiran lebih tinggi daripada perlawanan bola sepak yang pernah ada.
Mereka telah memenangi Pingat Emas dalam bola sepak di Sukan Olimpik Musim Panas dua kali, pada tahun 1924 dan 1928 diiktiraf oleh FIFA sebagai Kejohanan Dunia, sebelum kewujudan Piala Dunia. Uruguay juga memenangi 1980 Mundialito, satu kejohanan di kalangan bekas juara Piala Dunia. Secara keseluruhan, Uruguay telah memenangi 20 gelaran rasmi, rekod dunia untuk gelaran paling antarabangsa yang dimiliki oleh mana-mana negara.
Tak sabar rasanya kan nak tengok Croatia akan bertemu Perancis di perlawanan akhir pada 15 Julai di Stadium Luzhniki Moscow. kita tengok apa siapa pula bakal menjuarai Piala Dunia 2018!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang