Bintang TikTok-ers Terkenal, Khaby Lame Tampil Dengan Kolaborasi Edisi Terhad Bersama BOSS

Share

Sama ada anda pengguna TikTok atau mana-mana platform laman media sosial popular masa kini, wajah pemuda yang sering tampil dengan video jenaka sinisnya pasti sudah tidak asing lagi.

Khaby Lame yang kini dikenali sebagai antara pempengaruh laman TikTok paling terkenal dunia dikenali bukan sahaja oleh warga massa tetapi selebriti popular dan juga jenama-jenama terkenal.

Jadi tidak hairanlah pemuda dari Senegal ini turut dilamar banyak jenama-jenama fesyen untuk memperkenalkan kolaborasi istimewa. Terbaru, Khaby Lame tampil bersama jenama fesyen berpenharuh BOSS dengan koleksi kapsul edisi terhad bagi Spring/Summer 2022.

BOSS dilaporkan mengenal pasti Khaby Lame sebagai bakat baharu yang mempunyai potensi cukup hebat. Tahun lalu, BOSS menampilkan Khaby Lame di persembahan fesyen Russel Atletic x BOSS. Malah dia cukup dilantik sebagai spokesmodel untuk jenama tersebut.

Menerusi koleksi kapsul istimewa kali ini, Khaby Lame menyerlahkan beberapa koleksi pakaian BOSS seperti jaket varsiti, hoodie dan juga kemeje-T. Dengan menggunakan pelet warna hitam, setiap item turut dikelgkapi dengan logo khas dari Khaby Lame.

Menurutnya, “Koleksi BOSS x Khaby ini datang dari imaginasi saya dan juga pasukan di BOSS yang inginkan sesuatu lebih menyeronokkan. Saya cukup minat dengan streetwear tetapi dengan BOSS saya mempelajari untuk keluar dari zon selesa dan mendakap gaya lebih berbeza.

“Fesyen merupakan sebahagian daripada kehidupan dan juga kerjaya saya pada masa kini. Dan semestinya saya cukup teruja!” jelasnya lagi.

Dari memuat naik video reaksi komedi hingga dilamar oleh jenama berprestij. Cukup luar biasa!

IKLAN