Blancpain dan Swatch, dua nama besar dalam dunia jam tangan mewah, telah membuka tirai 2024 dengan pengenalan model keenam yang memukau dalam siri jam tangan Scuba Fifty Fathoms mereka.
Model terbaru ini, yang dijuluki sebagai Blancpain x Swatch Scuba Fifty Fathoms Ocean of Storms, bukan sekadar penambahan biasa kepada koleksi tersebut; ia adalah sebuah mahakarya yang menggabungkan keanggunan dan misteri.
Uniknya, model ke-6 ini tidak mengambil inspirasi dari lautan di Bumi seperti model-model lain dalam siri ini. Sebaliknya, ia menghormati Oceanus Procellarum – “Lautan Ribut” dalam bahasa Latin – yang merupakan mare (lautan di bulan) terbesar di bulan, meliputi lebih dari dua juta kilometer persegi.
Dengan profil warna hitam gelap yang mendominasi, jam ini membawa pengguna menyelami kedalaman angkasa, membuka jendela ke keindahan langit malam yang tidak berbatas.
Blancpain x Swatch Scuba Fifty Fathoms Ocean of Storms adalah gabungan kreatif dari dunia Swatch dan Blancpain, mengambil reka bentuk ikonik Fifty Fathoms dan menyelitkan elemen warisan Omega yang terkenal dengan tema bulannya.
Lebih menarik lagi, jam ini juga memperkenalkan nudibranch (siput laut) Okenia Luna pada rotor-nya, yang menginspirasikan unsur warna jam ini. Meskipun siput laut ini sebenarnya berasal dari perairan Tenggara Pasifik dekat Peru dan Chile, namanya yang bertema bulan membuatnya sesuai dengan sempurna untuk model ini.
Ads
Dari segi estetika, model Ocean of Storms ini paling mirip dengan Blancpain Fifty Fathoms asli. Ia memancarkan aura keanggunan dengan kombinasi warna hitam dan putih, ditambah dengan sentuhan oren pada penarafan kedalaman dan hujung jarum detik.
Berbeza dengan model Arctic Ocean yang saya ulas sebelum ini, yang terinspirasi oleh reka bentuk vintage Fifty Fathoms, model Ocean of Storms ini berakar pada reka bentuk moden dengan penggunaan Bioceramic hitam untuk kes, bezel, dan mahkota.
Jam tangan ini mempunyai ukuran yang sama dengan model lain dalam siri ini – 42.3mm diameter dan 14.4mm tebal. Bezel akrilik bercahaya, yang kini berwarna hitam dan putih, selaras dengan kes Bioceramic hitamnya.
Ads
Tali NATO bergaris, diperbuat dari jaring ikan terpakai, kini hadir dalam warna hitam, kelabu, dan putih. Dial jam ini juga menawan dengan latar hitam sunburst dan tanda putih yang jelas, hanya diperhiasakan dengan aksen oren untuk penarafan kedalaman dan hujung jarum detik.
Ditenagai oleh pergerakan automatik SISTEM51 jenama tersebut, jam ini beroperasi pada frekuensi 21,600 vph dengan simpanan kuasa sekitar 90 jam.
Dibina dengan 51 komponen dan dirangkai sepenuhnya oleh mesin, pergerakan ini menawarkan kestabilan dan ketahanan, terutama dengan penggunaan pegas rambut Nivachron yang antimagnetik. Uniknya, model Ocean of Storms memaparkan cetakan mare Oceanus Procellarum dengan imej nudibranch Okenia Luna pada rotor plastik telusnya.
Ads
Blancpain x Swatch Scuba Fifty Fathoms Ocean of Storms bukan hanya sebuah jam tangan biasa.
Ia adalah simbol kecanggihan, inovasi, dan penghormatan terhadap keajaiban angkasa. Dengan desainnya yang menarik dan fungsi canggih, ia bukan hanya alat penunjuk waktu, tetapi sebuah pernyataan gaya dan penghargaan terhadap keindahan alam semesta.
Dengan kehadirannya yang elegan dan penuh gaya, jam tangan ini tidak diragukan lagi akan menjadi salah satu bintang paling berkilauan dalam koleksi para pengumpul jam tangan mewah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Bila sentuh bab pakaian ramai lelaki sebenarnya cukup sensitif. Ini kerana pakaian itu merupakan identiti mereka yang dibawa setiap hari.
Dan berfesyen itu juga adalah satu perkara atau hal yang cukup subjektif. Cantik di mata kita tidak semestinya cantik di mata orang lain.
Namun dalam berfesyen juga kita seharusnya berpijak di bumi yang nyata. Ada sesetengah jenis pakaian dan gaya cukup sesuai untuk kita dan begitu juga sebalik. Kesesuaian pula bergantung kepada banyak faktor dan salah satunya ialah faktor usia.
Walaupun tidak selalu, berfesyen harusnya selari dengan peningkatan usia. Bukan sahaja ia menunjukkan kematangan tetapi ia boleh memberi persepsi pandang pertama yang tidak tepat kepada orang lain jika gaya itu tidak sesuai dengan usia.
Jadi apakah jenis pakaian dan gaya yang tidak sesuai untuk lelaki 35 tahun ke atas? Ikuti perkongsian ikhlas dari MASKULIN di bawah.
SKINNY JEANS
Lupakan zaman kegemilangan anda ketika era ‘indie’ dahulu. Zaman itu sudah lama berlalu. Skinny jeans ini biarlah anak muda sahaja yang pakai. Lebih buruk jika perut anda pun sudah semakin maju dan amatlah tidak sesuai untuk pakai seluar seperti ini.
TOPI BESBOL
Tidak salah memakai topi besbol jika anda melakukan aktiviti outdoor di bawah cahaya matahari yang panas. Tapi kalau sepanjang masa hatta berada di dalam panggung wayang pun pakai juga, ia tidak sesuai. Selain itu anda juga akan nampak tidak serius dan ‘try to hard’ nak nampak muda.
ANKLE SOCK
Pakailah stoking normal yang sesuai untuk anda. Sudah tiba masanya untuk tinggalkan ankle sock yang tidak sesuai dengan umur semakin matang. Lebih parah kalau ada yang pakai stoking jenis ini dengan sneakers.
AKSESORI SEPERTI RANTAI MANIK
Mungkin waktu muda dulu anda seorang yang cukup ekspresif dan berjiwa seni. Tapi bila usia sudah makin meningkat mungkin boleh simpan aksesori seperti itu di dalam laci almari sahaja. Aksesori lelaki matang perlu kelihatan lebih ‘classy’ dan tidak terlalu menonjol.
Ingat ya, pakailah pakaian seperti ini untuk fungsi ia dicipta. Sebagai contoh hoodie yang boleh saja anda pakai jika dalam cuaca sejuk atau di dalam bilik berpenghawa dingin. Tapi kalau sepanjang masa hendak dipakai walaupun dalam cuaca panas, itu satu perkara yang pelik.
SINGLET
Nak tonjolkan otot lengan yang padu ke sana-sini dengan memakai singlet? Sebenarnya tidak perlu semua itu untuk paparkan body sasa anda. Cukup hanya dengan pakai t-shirt atau kemeja pun orang boleh tahu. Ingat anda bukan Dominic Toretto.
RANTAI BEG DUIT
Rantai beg duit atau wallet chain ini satu gaya yang tidak pernah ditelan zaman. Akan tetapi buat anda berusia 35 tahun ke atas, ini merupakan antara aksesori yang tidak sesuai.
T-SHIRT KARTUN
Percayalah kebanyakan orang tidak peduli akan t-shirt kartun anda walaupun ia adalah baju vintaj. Mungkin di kalangan penggemar akan mengaguminya namun tidak kepada massa. Simpanlah untuk koleksi peribadi semata bukan untuk tayangan di badan anda.
PAKAIAN ‘OVERSIZE’
Sesetengah jenama memang terkenal dengan seleksi pakaian oversize. Mungkin ia menjadi kegemaran anda ketika waktu kegemilangan pada usia 20-an dahulu. Tapi tidak sekarang!
Pada usia ini, anda seharusnya tahu apakah jenama dan juga jenis cutting yang sesuai untuk diri sendiri. Dan semestinya bukan pakaian dengan gaya ‘oversize’.
SELUAR JEAN LUSUH
Seluar jean merupakan item fesyen yang relevan untuk semua peringkat usia. Tapi tidak seluar jean yang lusuh dan koyak-rabak ya.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video MASKULIN Xtra seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dua nama besar yang tidak perlu lagi diperkenalkan dalam dunia fesyen terutamanya bagi penggemar streetwear. Virgil Abloh yang merupakan pengasas jenama Off-White yang juga merupakan pengarah artistik Louis Vuitton bukanlah calang-calang nama.
Begitu juga dengan Supreme yang kini menjadi jenama memiliki nilai eksklusif tersendiri. Jadi bayangkan bila dua nama besar ini bergabung mengeluarkan koleksi yang tidak dijual di pasaran.
Harganya pasti akan jadi luar biasa tinggi. Itulah yang dapat kita saksikan menerusi nilai pasaran t-shirt Virgil Abdol x Supreme MCA Box Logo yang kini dijual pada harga EUR10,000 (RM49,030)!
T-shirt eksklusif ini merupakan hasil kerjasama dua nama besar ini yang dipertontonkan pada pamera ‘Fgures of Speech’ yang diadakan di Museum of Cotemporary Art Chicago. Dalam erti kata lain ia merupakan t-shirt keluaran sample yang tidak dipasarkan.
Jadi t-shirt ini benar-benar eksklusif dan sangat ‘rare’ terutamanya bagi pengumpul barangan Supreme. Ia telah ditawarkan pada saiz XL menerusi laman sesawang Suke’s Archive.
Baju dengan rekaan boxlogo sememangnya item Supreme cukup popular. Apatah lagi untuk edisi ini yang dikatakan muncul dengan rekaan danw arna palingsukar untuk didapati. Dengan kombinasi warna merah, hitam dan hijau ia mengambil motif yang mewakili bendera Pan-Africa.
Siapa sangka sepasang t-shirt seperti ini mengalah harga sebuah kereta standard MyVi!
Dapatkan pelbagai rekaan t-shirt lelaki trendy pada harga murah di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi peminat pakaian premium streetwear, nama Undefeated bukanlah asing lagi bagi mereka. Bermula daripada menjadi butik sneakers premium yang diasaskan oleh James Bond dan Eddie Cruz, ia kini telah melakukan banyak kolaborasi dengan jenama terkenal seperti A Bathing Ape, Champion, Nike, Vans, adidas dan banyak lagi.
Dan yang paling terbaru Undefeated telah dipilih oleh Starbucks untuk melakukan kolabirasi item istimewa. Kolekasi Starbucks X Undefeated ini turut bakal diperkenalkan di pasaran tempatan oleh Starbucks Malaysia.
Koleksi istimewa ini dijangka menjadi buruan bukan sahaja oleh penggemar streetwear tetapi juga pengumpul item eksklusif aksesori Starbucks.
Starbucks X Undefeated mengambil inspirasi daripada rekaan pakaian sukan dan budaya sneakers dengan penampilan tema warna neon dan rekaan ultra-moden berserta warna hijau trademark jenama kopi tersebut.
Rekaannya juga sebagai simbolik bagi meraikan kreativiti, ketahanan serta semangat kemanusian dua jenama besar ini berkongsi semangat mereka terutamanya pada ketika dunia berdepan krisis wabak yang meruncing.
Koleksi Starbucks X Undefeated meliputi pelbagai aksesori, alat tulis serta bekas minuman yang tampil dengan tema minimalistik. Berikut merupakan koleksi edisi terhad Starbucks X Undefeated yang bakal ditawarkan di pasaran:
Kesemua item kolaborasi eksklusif ini boleh didapati di outlet Starbuck yang terpilih di seluruh negara mulai esok, 8 Julai 2020. Manakala untuk pasaran Sabah & Sarawak pula pada 14 Julai 2020.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.