Itulah permulaan bait lirik lagu yang dianggap antara lagu rock terhebat pernah dicipta. Dan pastinya ia tersemat di hati semua peminat muzik rock terutamanya band QUEEN.
MASKULIN yakin ramai sudah menonton filem biografi band ini yang berjudul ‘Bohemian Rhapsody’.
Sebagai salah sebuah band yang dianggap memberi sumbangan yang sangat besar dalam indsutri muzik global maka tidak hairanlah ramai yang ingin mengetahui sedikit sebanyak kisah belakang tabir tentang band yang diterjaui oleh Freddie Mercury ini.
Ads
Lakonan Rami Malek sebagai Freddie Mercury menerima pujian ramai pihak termasuk pengkritik tegar filem antarabangsa
Sejak ditayangkan di seluruh dunia bermula pada 23 Oktober dan di Malaysia pada 8 November telah mencatatkan jumlah kutipan box-office!
Ads
Kini selepas hampir sebulan sejak ia ditayangkan, ‘Bohemian Rhapsody’ telah berjaya memecah sebuah rekod baru apabila menjadi filem biografi muzik terlaris sepanjang zaman.
Ia kini menjadi filem biopic tentang pemuzik atau penyanyi yang mendapat jumlah kutipan tertinggi menewaskan filem-filem terdahulu seperti ‘Straight Outta Compton’, ‘Walk the Line’ dan ‘8 Mile’.
Selain itu ‘Bohemian Rhapsody’ juga mendapat beberapa pencalonan dalam pelbagai ketegori di Golden Globes dan Screen Actors Guild. Jumlah kutipannya di seluruh dunia kini mencecah lebih USD600 juta (RM2.5 billion) dengan pecahan kira-kira USD175 juta (RM731 juta) di Amerika Utara dan USD433 juta (RM1.81 billion) di pasaran antarabangsa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
SETIAP KEHIDUPAN DI MUKA BUMI INI MEMPUNYAI FUNGSINYA, BEGITU JUGA DENGAN BUAH BETIK, SELAIN MENJADI HIDANGAN BERKHASIAT, IA TURUT MENDATANGKAN BANYAK KELEBIHAN, INI 20 SEBAB MENGAPA LELAKI PERLU MAKAN BUAH BETIK MULAI SAAT INI.
1. Mengubati sembelit dan buasir
Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.
2. Mencegah batu karang
Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.
3. Sebagai tonik tambahan
Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.
4. Mengubati sakit-sakit otot
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
5. Merawat masalah kulit
Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
6. Mengubati tumit pecah-pecah
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
7. Ulam-ulaman
Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin. Buah betik mentah (yang masih hijau) enak jika dibuat kerabu.
8. Merawat Hemoroid
Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
9. Kaya dengan vitamin C
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.
10. Kaya dengan vitamin A
Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.
11. Melembutkan daging
Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
12. Mengubati ketumbuhan dan hipertensi
Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.
13. Kurangkan berat badan
Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.
14. Merawat denggi
Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.
15. Menyingkirkan cacing kerawit
Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
16. Legakan sakit gigi
Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.
17. Menghentikan pendarahan
Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.
18. Mencegah penyakit kandung hempedu
Selain mengandungi vitamin C yang tinggi, iaitu dua kali ganda kandungan vitamin C di dalam buah limau, betik juga boleh mencegah penyakit yang mendera kandung hempedu. Ini merupakan hasil kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih daripada 13 ribu orang. Setelah menganalisis kadar darah sukarelawan, para pengkaji mendapati bahawa mereka yang mempunyai kadar vitamin C yang rendah, akan mengalami risiko menderita penyakit kandung hempedu yang tinggi. Walaupun sumber vitamin C boleh didapati daripada pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (±280 gram) mengandungi 88 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini ialah jumlah yang amat besar. Penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki, oleh itu amalan makan betik amat baik untuk kaum wanita.
19. Mengurangkan keradangan
Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan unik termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar. Sebagai tambahan, khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan. Papain di dalam betik muda juga dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastric, mucus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus. Buah yang masak pula jika dimakan selalu, mampu mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik. Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.
20. Merawat penyakit tekak Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain. Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.
Sumber : Diarikurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tiap-tiap manusia pasti pernah dan memiliki stress masing-masing. Ada banyak hal dalam kehidupan ini yang bisa menyebabkan manusia menjadi stres, misal; kehilangan benda kesayangan, ditinggal pergi sanak saudara, mendapat dugaan yang berat, memiliki hutang, bebanan pekerjaan,dan macam-macam masalah lagi. Nah cuba 8 keadah tangani stress yang boleh kita cuba sebagai umat islam.
Tarik nafas dalam dan lepas perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali. Ketika ini kita akan mula rasa fokus apa next step. Bayangkan dapat pihak hospital call anak tidak dapat diselamatkan. Anak meninggal bukan dipangkuan kita. Ketika ini saya perlu tenang,deep breathing bagi emosi stabil.
Dapat perkabaran tidak baik ucap Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) Zikir sebanyakkan mungkin terutama Istiqfar dan baca
حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Sebanyak mungkin sehinggakan kita rasa الله segalanya dan الله sangat hampir dengan kita saat ini.
Redha diatas kehilangan anak. Redha bukan bermakna kita tidak berusaha untuk memperbetulkan keadaan. Redha sini bermakna kita menerima Qada dan Qadar dari Allah s.w.t. Kita perlu yakin ini ujian dan kasih sayang Allah kepada kita. Perniagaan rugi,anak meninggal,rumahtangga bermasalah,suami meninggal,isteri sakit ini semua kita kena REDHA.
Marah,dendam buatkan kita stress berpanjangan,hormon cortisol meningkat,apabila hormon cortisol secara tidak teratur dalam badan akan ‘membakar’ gula dengan banyak dan menyebabkan seseorang letih,pening,mual dan lapar sehingga makan tanpa henti atau ketagihan gula. Rentak jantung tidak teratur.stres mengundang pelbagai penyakit.
Muka mula berjerawat,haid tidak teratur. So jangan marah,jangan dendam kepada sesiapa yang aniaya kita. Maafkan mereka kerana kita mahu redha Allah. Sekarang kita mulai faham hanya kita ada Allah.
Bila stress menyerang kita tidak boleh tidur. Ganggu melatonin hormon. bangun ambil wuduk dan solat. Rukuk dan sujud lama-lama. Ketika rukuk rasakan dalam hati yang kita sedang berhadapan dengan Raja segala raja,Rob yang mencipta Alam ini,Rob yang mencipta kita,Rob yang dapat menyelesaikan masalah kita. Tidak perlu cerita kepada sesiapa sebelum Allah. cerita,luahkan,mengadu kepada Allah.
Saya angkat tangan doa kuat-kuat. Doa kepada sang pencipta laut ini. Saya sebut nama الله sekuat hati. Saya lepaskan segalanya.
Dan terakhir. Berdampinglah dengan orang yang soleh. Dengan isteri/suami,dengan ahli keluarga,minta nasihat,semangat dari isteri,dengar dengan teliti apa isteri cakap. Hadir majlis ilmu,bersama jemaah yang baik.
Apabila bersama jemaah mereka tidak ada masa nak cerita tentang duit,harta,wanita,pekerjaan. Mereka akan banyak cerita tentang Allah. Allah tuhan kita,Allah rob kita. Mudhorat,manfaat semuanya dari Allah. Jika kita bersama jemaah atau berkumpulan sukar untuk syaitan merosakkan kita. Jadi kepada yang stress,depression jangan berseorangan anda perlu bersama jemaah jumpa kawan atau keluarga.
Perasan tak ramai pemain Piala Dunia 2026 pakai but merah jambu? Rupanya ada sebab saintifik dan strategi pemasaran bernilai jutaan dolar di sebalik trend paling mencuri perhatian tahun ini!