Malang tidak berbau.

Disengat serangga berbisa seperti tebuan boleh membawa bahaya kepada individu. Hal ini kerana tebuan mempunyai sengat yang menyebabkan rasa sakit dan mungkin membawa kepada reaksi alergi pada sesetengah orang. Selain itu, beberapa spesies tebuan juga boleh menghasilkan racun yang boleh menyebabkan kesan yang lebih serius.

Boleh Bawa Maut, Ini Perlu Buat Segera Jika Disengat Tebuan!

Dr. Samhan berkongsi beberapa panduan yang boleh dilakukan jika ada ahli keluarga terkena sengatan tebuan. Maklumlah sarang tebuan ini boleh jadi ada berhampiran kawasan rumah tanpa kita sedar.

Tebuan beza dengan lebah

Sengatan tebuan berbeza dengan sengatan lebah. Sengatan tebuan boleh menyebabkan rabdomiolisis dan kegagalan buah pinggang sehingga membawa kepada kematian tetapi sengatan lebah tidak begitu.

Menurut Senior Agronomist, Dato Mohd Anim Hosnan, ada kajian saintifik mendapati venom tebuan mengandungi bahan iaitu acetylcholine (5%) iaitu jatuh pada Tahap 3.0 daripada Tahap Maksimum 4.0 dalam ‘Shcmidt Sting Pain Index’. Memang sakit!

IKLAN

Antara komponen yang terdapat dalam sengatan tebuan adalah histamine yang menyebabkan anafilaksis.

Anafilaksis ialah reaksi alahan pada alergen yang teruk yang boleh membawa maut. Ia boleh berlaku dalam masa beberapa minit atau saat selepas pesakit tu terdedah kepada alahan yang tertentu.

Boleh Bawa Maut, Ini Perlu Buat Segera Jika Disengat Tebuan!

IKLAN

Bila kena sengat tebuan ini yang berlaku

Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan, boleh menyebabkan sistem imunisasi badan memberikan reaksi yang melampau.

  •  Tekanan darah turun dengan mendadak
  • Saluran pernafasan menjadi sempit dan tekak dan lidah bengkak maka pesakit susah bernafas
  • Denyutan nadi yang lemah dan laju, lebih dari biasa
  • Ruam yang gatal dan bengkak di bahagian tertentu seperti muka dan bibir.
  • Loya dan muntah atau cirit birit
  • Pening atau pengsan

Sengatan pada kanak-kanak berisiko kematian

Dos sengatan yang boleh membawa maut adalah 4.6mg/kg. Maka,kanak-kanak mempunyai risiko kematian lebih tinggi berbanding orang dewasa kerana saiz badan yang lebih kecil.

Lebih teruk, tebuan menyengat mangsanya berkali-kali berbanding lebah yang hanya menyengat hanya sekali.

IKLAN

Jika sengatan itu pada sistem saraf atau saluran darah seperti di bahagian muka, ia memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jika terlambat risiko kematian lebih tinggi.

Boleh Bawa Maut, Ini Perlu Buat Segera Jika Disengat Tebuan!

LANGKAH PENCEGAHAN

  1. Elakkan anak bermain dalam hutan
  2. Jika perlu bawa anak masuk hutan, pastikan anak pakai baju lengan panjang,seluar panjang dan bertopi.
  3. Elakkan menggunakan pakaian bewarna-warni yang boleh menarik perhatian serangga.
  4. Elakkan memakai bau-bauan atau minyak wangi.
  5. Jika diserang, jangan berlari secara mengejut sebaliknya berjalan perlahan-lahan kerana akan menarik perhatian lebah/tebuan mengejar mangsa.
  6. Jangan mengibas baju dan kain untuk menghalang serangan,ini akan lebih menarik perhatian tebuan/lebah.

LANGKAH KECEMASAN

  1. Tanggalkan pundi sengat dengan menggunakan pengumpil atau penyepit.
  2. Basuh dengan air dan sabun.
  3. Letakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan.
  4. Bawa mangsa ke Kecemasan dengan segera.

#SHARE info penting pada ahli keluarga sebab kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa dan tak diduga. Sudah banyak kes kematian disebabkan sengatan tebuan berlaku di negara kita. Berwaspadalah.

Sumber: Ahmad Samhan

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI