Jika orang ramai sekarang sibuk 4 minggu stay at home, Adli Hidayat Iman Kamarulzaman ini sibuk dengan diet program #4MingguStayInShape.
Menurutnya di Facebook melalui sebuah video, melalui kajian saintifik dan penelitiannya daripada apa yang dia telah baca dia merumuskan perlu sebenarnya orang ramai bersenam.
Terlebih dahulu orang ramai perlu tahu apakah itu BMR, DCR, DCI, Defisit dan Net calorie.
BMR bermaskud Basal Metabolic Rate, di mana badan kita memerlukan kalori (minima) untuk meneruskan hidup. Daily Calories Requirement (DCR) dan Daily Calories Intake (DCI), apa yang kita perlu makan dan bekalkan kepada badan kita setiap hari.
Defisit pula adalah DCI lagi rendah daripada DCR. Contoh Jika kita biasa makan 3000 kalori dan hari itu kita makan 2500 kalori, bermakna perbezaan 500 kalori itu di panggil Defisit. Manakala Net Calorie pula DCI dan DCR kita sama jumlah.
Menurutnya lagi, orang ramai perlu bersenam supaya kita boleh makan lebih banyak. Adlli juga ada membuat kajian, menurut British Journal of Nutrition 2004, Resting Metabolic Rate ataupun nama lain BMR akan menurun sebanyak 20% jika individu jika tidak bersenam.
Adli juga ada menekankan, sekiranya tubuh badan sudah tidak turunkan berat badan, kita perlu mengurangkan makanan supaya DCI dan DCR akan mewujudkan Defisit dan kemudian bolehlah anda kurangkan pengambilan kalori.
Persoalaannya, sampai berapa jumlah kalori yang kita boleh ambil? Tonton video ini, dan dengar sendiri penerangan Adli ini…
Dalam pada itu, Adli juga pernah memiliki tubuh badan yang besar, seberat 113kg turun sebanyak 32kg tanpa perlu berlapar dan masih boleh nikmati nasi serta kopi seperti orang lain.
Menurutnya, antara tip turunkan berat badan yang dia boleh kongsikan kepada orang ramai adalah seperti;
– Kurangkan bergantung pada kenderaan.
– Kurangkan bergantung pada orang lain untuk ‘tolong ambil tu jap, tolong ambil ni jap’
– Kurangkan makan antara sarapan, tengahari dan makan malam.
– Kurangkan duduk ‘ngeteh’.
Niatnya untuk turunkan berat badan adalah kerana dirinya tersedar betapa pentingnya gaya hidup yang sihat serta rakan-rakan pembakar semangatnya.
Adli sangat aktif berkongsi tip serta beberapa info tentang diet, malah pelajar medik dan certified coach ini juga tidak lokek dengan imu diet yang sihat.
Sumber: Facebook Adli Hidayat Iman Kamarulzaman
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI