Dalam dunia moden yang serba sibuk, ramai lelaki alpa bahawa tubuh yang sihat bukan sekadar untuk kelihatan sasa di hadapan cermin, tetapi merupakan satu amanah daripada Allah SWT. Dalam Islam, menjaga kesihatan bukan pilihan, tetapi kewajipan. Salah satu bentuk senaman mudah namun sangat berkesan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan lelaki urban ialah brisk walk — atau berjalan laju.
BRISK WALK: MUDAH, MAMPU & MASKULIN
Berjalan laju bukan sekadar aktiviti untuk warga emas. Ia adalah satu bentuk senaman kardiovaskular yang sangat efektif — meningkatkan kadar degupan jantung, membakar lemak, dan membina stamina tanpa tekanan ekstrem kepada sendi.
Bagi lelaki moden yang sibuk dengan kerjaya dan komitmen keluarga, brisk walk adalah solusi ringkas tetapi konsisten. 30 minit sehari, 5 kali seminggu sudah cukup untuk membantu menurunkan berat badan, mengawal tekanan darah, dan meningkatkan kesihatan jantung.
PANDANGAN ISLAM: SIHAT ITU TANGGUNGJAWAB
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesungguhnya badanmu mempunyai hak ke atasmu.” (Riwayat al-Bukhari)
Islam tidak pernah mengabaikan soal kesihatan fizikal. Malah, kesihatan dianggap sebagai nikmat dan amanah. Lelaki yang kuat bukan hanya dinilai daripada kekuatan fizikal semata-mata, tetapi juga pada keupayaannya menjaga nikmat tubuh yang diberikan.
Nabi Muhammad SAW sendiri adalah seorang yang sangat aktif. Baginda berjalan kaki dalam banyak urusan — menziarahi sahabat, mengimamkan solat, bahkan dalam medan peperangan. Ini menunjukkan bahawa aktiviti fizikal adalah rutin dalam kehidupan Baginda.
Ads
FADHILAT BERJALAN KAKI DALAM ISLAM
Tahukah anda, dalam Islam berjalan kaki ke masjid adalah satu amalan yang sangat digalakkan?
“Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian berjalan ke salah satu daripada rumah Allah untuk menunaikan fardu Allah, maka setiap langkahnya menghapuskan satu dosa dan mengangkat satu darjat.” (Riwayat Muslim)
Walaupun konteks hadis ini merujuk kepada pahala ke masjid, ia juga memberi isyarat bahawa berjalan kaki adalah satu amalan yang diberkati. Dalam kata lain, brisk walk bukan hanya menyihatkan tubuh, malah boleh mendekatkan kita kepada Allah jika diniatkan kerana-Nya.
TIP MASKULIN UNTUK MULAKAN BRISK WALK
1. Tetapkan niat. Mulakan setiap langkah dengan niat yang betul — jaga kesihatan kerana Allah.
2. Pilih waktu yang sesuai. Subuh atau selepas Maghrib adalah waktu yang ideal, suhu nyaman dan trafik tenang.
Ads
3. Gunakan kasut yang sesuai. Pelaburan kecil untuk keselesaan besar.
4. Bawa zikir bersama. Gunakan masa berjalan untuk berzikir atau dengar ceramah motivasi. Sihat fizikal, sihat rohani.
5. Konsisten. Seperti solat lima waktu, keberkesanan brisk walk datang daripada rutin, bukan sekali-sekala.
Ads
LELAKI, TUBUHMU ITU AMANAH
Maskulin sejati bukan hanya dinilai pada otot, tetapi pada disiplin menjaga diri. Dalam Islam, setiap nikmat akan ditanya. Jadi, mengapa tidak bermula dengan langkah paling mudah — berjalan kaki, dan ubah gaya hidup anda ke arah lebih sihat dan diredai Allah.
Ingat, lelaki hebat bukan sekadar yang mampu mengangkat beban, tetapi yang mampu memikul amanah kesihatan dengan istiqamah.
Sihat itu bukan trend, ia tanggungjawab. Brisk walk hari ini, lebih dekat dengan kesihatan dan keimanan.
MASKULIN yakin ramai di antara anda yang merupakan pelari aktif mengambil masa untuk ‘cuti’ selama sebulan sepanjang bulan puasa daripada melakukan aktiviti larian.
Sepanjang Ramadan mungkin anda luangkan masa untuk lebih banyak menyimpan tenaga untuk melakukan ibadah dan juga aktiviti membantu mereka yang dalam kesusahan. Kini bulan puasa pun sudah berakhir. Begitu juga dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang mungkin diisi dengan pelbagai juadah dan hidangan.
Walaupun kita tidak dapat berhari Raya seperti biasa namun ramai yang makan bagaikan tak ingat dunia.
Jadi sekarang masa sesuai untuk anda mulakan semula larian. Dan sasaran terbaik buat anda ialah mencapai semula larian sejauh 10 kilometer atau 10K.
Seperti mana yang kita tahu, larian 10K ini cukup unik kerana ia berada di tengah-tengah antara larian 5K dan juga half marathon iaitu 21K. Jadi ia dianggap oleh pelari baru sebagai cabaran yang boleh diambil dan bagi pelari berpengalaman pula sebagai larian rekreasi.
Ada yang melakukan larian 10K sebagai sasaran peribadi dan ada juga yang melakukan lariannya untuk membina kepantasan, kekuatan dan juga ketahanan.
Tapi apakah tip terbaik untuk berlari 10K agar anda dapat catatan masa yang baik dan berkualiti? Ikuti beberapa tip dari MASKULIN di bawah!
FIRST BERGINNER: MULAKAN PERTAMBAHAN JARAK DENGAN PERLAHAN
Anda sudah beberapa kali melakukan larian 5K dengan baik dan merasakan sudah tiba masa untuk ke jarak seterusnya, 10K. Ingat anda menggandakan jarak larian dan pastinya tidak mudah. Nasihat MASKULIN, usahlah terus berlari pada jarak 10K. Tapi tambahlah jarak beberapa kilometer untuk setiap sesi.
Bagi anda larian 10K adalah perkara yang rutin. Sekarang sudah tiba masanya untuk cabar diri ke jarak lebih jauh seperti half dan full marathon. Lakukan larian dengan kadar pecutan berkala dan latih ketahanan diri untuk dapatkan pacing yang sekata.
Bahagikan beberapa larian dalam tiga atau empat minggu untuk dapatkan prestasi dan kenalipotensi sendiri. Jika lakukannya dengan rutin yang baik, hasilkan mampu mengejutkan anda.
PELBAGAIKAN WORK OUT
Melakukan larian 10K menuntut fizikal yang kuat, tahan lasak, pantas dan ada kemampuan melakukan pecutan finishing. Itulah yang dikatakan oleh jaguh Olimpik, Galen Rupp yang juga memegang rekod 10K Amerika Syarikat.
Bagi mendapatkan fizikal yang mampu menyediakan diri anda perlu melakukan senaman dan membina kepantasan. Lakukan larian sebanyak 3 kali pada jarak 2K dengan sasaran mendapatkan pace terbaik. Ia juga boleh dilakukan kira-kira seminggu sebelum anda sertai larian kompetitif.
Badan dan mental anda perlu bersedia untuk harungi larian 10K. Untuk itu lakukan senaman pemanas badan dengan baik. Lakukan larian kecil atau jogging sejauh 1K dan lakukan senaman sebanyak 5 reps untuk skips, high knees dan bum kicks.
JARAK PENDEK
Bagi melatih stamina diri untuk larian pecutan, anda boleh lakukan larian jarak dekat. Contoh, lakukan larian pecutan 200 hingga 400 meter secara berselang seli. Ulang sebanyak beberapa kali untuk sesuaikan kadar pernafasan yang baik. Apabila anda sudah kuasai, percayalah anda boleh memecut dengan steady pada jarak lebih jauh.
SENAMAN KEKUATAN DALAMAN
Seperti MASKULIN katakan, kemampuan mendapatkana catatan masa terbaik untuk larian 10K bukan bergantung kepada fizikal sehaja. Kekuatan mental sangat penting. Jadi anda boleh melakukan jenis senaman yang lebih bersifat spiritual seperti yoga dan pilates.
Jangan lupa untuk follow YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Amalan minum air sejuk selepas bangun tidur bukan saja penting untuk membersihkan tubuh, malah ia juga rahsia untuk korang dapatkan badan sihat dan cantik dengan cara yang paling mudah.
Tengok sahaja di Jepun, kebanyakan masyarakat mereka mengamalkan minum air sebaik sahaja bangun pagi. Malah penyelidik perubatan Jepun juga menemui rawatan air ini berkhasiat untuk kesihatan tubuh.
Oleh itu, jangan bagi alasan yang korang perlu ‘paksa diri’ untuk minum air putih. Dr Zubaidi Hj Ahmad menulis di laman Instagramnya tentang rahsia nak sihat dan cantik dengan amalan minum air selepas bangun tidur sebelum mulut dicuci.
AMALAN MINUM AIR SELEPAS BANGUN TIDUR
Saya pernah bertemu beberapa orang yg memberitahu saya bahawa amalan kesihatan yang mereka praktikkan kerana “diperturunkan” kepada mereka ialah minum segelas air sejuk selepas bangun pagi sebelum mulut dicuci. Mereka percaya ini menjadi salah satu sebab mereka sihat.
Baru-baru ini saya terbaca mengenai salah seorang janda Presiden Soekarno iaitu Hartini, yang terkenal sihat dan cantik sehingga usia tua beliau. Diungkapkan juga bahawa salah satu amalan sepanjang hayat beliau ialah minum air putih (air kosong) selepas bangun pagi sebelum mencuci mulut.
Nampaknya memang amalan ini telah lama diamalkan oleh ramai orang dari berbagai bangsa dan budaya. Yang ingin saya sentuh di sini ialah aspek sains amalan ini.
Apa khasiat air sejuk diminum di waktu pagi sebelum mulut dicuci?
Untuk memahami khasiatnya, perlu diketahui bahawa di dalam badan kita ada suatu molekul yg tersangat penting untuk kesihatan, iaitu Nitric Oxide (NO). NO bertindak mengawal tekanan darah, sebagai neurotransmitter, anti-penuaan, anti-oxidant, anti-inflammatori dan banyak lagi peranan pentingnya.
Ada banyak cara Allah SWT Yang Maha Pencipta, memberikan NO kepada kita, makhluknya. Salah satu cara ialah dengan ada bakteria-bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita yang menghasilkan NO secara semula jadi, terutamanya ketika kita tidur. NO yang terhasil itu terkumpul di dalam air liur yang terhasil semasa kita tidur itu, antaranya.
Rujuk: Jose Miguel Chatkin, MD; Wei Qian, MD; Patricia A. McClean, MSc; et al Noe Zamel, MD; James Haight, MD; Phillip Silkoff, MD. Nitric Oxide Accumulation in the Nonventilated Nasal Cavity. Arch Otolaryngol Head Neck Surg. 1999;125(6):682-685.
Maka apabila kita bangun dari tidur dan minum air sejuk, NO di dalam air liur kita itu dibawa ke dalam perut kita yang kosong dan diserap ke dalam peredaran darah kita. NO adalah sangat penting untuk kesihatan kita, kesihatan jantung terutamanya.
MASKULIN percaya ramai di antara anda yang belum aktif bergiat dalam aktiviti larian sebenarnya berminat cuma mungkin ada alasan masing-masing kenapa belum memulakannya.
Antara alasan yang sering MASKULIN dengar ialah malu dan segan. Ini terutamanya di kalangan anda yang mungkin ada sedikit masalah berat badan berlebihan. Jadi bagaimana untuk anda menyiapkan fizikal dan mental bila sudah bersedia untuk melakukan larian terutama di kawasan terbuka.
Berlari sebenarnya bukanlah bermaksud anda terus mula memecut sebaik sahaja bermula. Mulakaan aktviti dengan berjalan kaki, kemudian lajukan sedikit larian. Anda boleh rujuk beberapa tip MASKULIN sebelum ini terutamanya untuk menyiapkan diri berlari sejauh 10 kiloneter.
Buat anda yang mungkin rasa segan dan malu untuk berlari, ikuti beberapa tip mudah dari MASKULIN di bawah.
Utamakan keselamatan
Sebelum memulakan aktiviti larian pastikan anda tahu akan tahap kesihatan semasa. Jika ragu-ragu jumpalah doktoer terlebih dahulu untuk dapatkan nasihat. Anda juga harus pastikan anda bebas dari sebarang risiko kesihatan sebelum mula berlari.
Kasut yang baik
Jangan disebabkan memakai kasut yang salah anda menderita di kemudian hari. Dapatkan kasut larian sesuai dengan bentuk kaki anda. Jika boleh belilah di kedai yang membenarkan anda mencubanya di atas treadmill.
Jangan ada rasa malu
Anda perlu ingat sebagai orang baru yang ingin mula berlari jangan bandingkan diri dengan orang lain yang sudah lama berlari. Anda tak payah berangan nak lari hingga 20km pada minggu pertama anda mula berlari. Mulakan dari bawah degan berlari selama 5 minit dan diikuti dengan berjalan selama 5 minit untuk tempoh 30 minit. Selepas dua minggu, kurangkan kadar berjalan dan tingkatkan masa berlari dengan perlahan.
Usah gopoh
Mulakan larian anda dengan perlahan dan pacing kelajuan dengan berkala. Ini bagi mengelakkan anda mengalami kecederaa. Jangan pula anda terus memecut tak tentu hala. Go slow and steady!
Beranikan diri masuk acara larian
Bila sudah sedikit selesa dengan alrian anda boleh mula cabar diri dengan menyertai acara larian. Ini bagi memebrikan motivasi kepada diri anda dan tetapkan sasaran peribadi. Gunakan aplikasi larian yang mencatatkan prestasi anda dari semasa ke semasa. Jika boleh dapatkan teman berlari agar latihan tidak membosankan.
Buat senaman
Selain aktif berlari anda tak seharusnya tinggalkan senaman asas. Ia bagi menguatkan otot-otot anda. Lakukan senaman kekuatan kira-kira dua kali seminggu. Adna juga boleh lakukan aktiviti lain seperti berbasikal, memanjat tangga, atau latihan eliptikal sekali atau dua dalam seminggu.
Makan untuk lari
Untuk menjadis eorang pelari yang aktif anda harus ada tenaga mencukupi. Dan untuk mendapat tenaga anda harus menjaga pemakanan. Ambil makanan yang boleh memberikan tenaga pantas sebelum memulakan larian. Seleps melakukan larian juga anda perlu makan untuk mengembalikan tenaga yang hilang terutamanya selepas 30 minit berlari.
Minum cukup air
Anda perlu sentiasa amalkan perkara ini, minum air sebelum dan selepas berlari. Andai kata anda berlari lebih sejam dan banyak berpeluh digalakkan anda mengambil minuman isotonik untuk mengembalikan garam yang hilang semasa berlari.
Jangan mudah putus asa
Dalam melakukan aktiviti fizikal pasti akan ada cabaran tersendiri. Anda akan ada rasa sakit selepas berlari terutama di bahagian kaki, perut dan peha. Rehatkan diri sehari dua dan mulakan latihan semula. Cabar diri anda dan tingkatkan kadar senaman secara berperingkat.
Sentiasa gembira
Jika anda mula rasa bosan berlari bersendirian carilah teman berlari. Selain itu anda juga boleh sertai kelab larian bagi mengoptimumkan kualiti larian serta buat aktiviti itu lebih happening! Apa yangh penting anda sentiasa enjoy berlari!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.