Bruce Willis. Nama yang pernah menggegarkan Hollywood dengan watak lelaki kental, penuh aksi dan karisma luar biasa. Dari filem Die Hard ke The Fifth Element, Willis adalah lambang lelaki alpha berani, tangkas, tenang dalam bahaya.

Namun kini, realiti yang dihadapinya sangat berbeza. Pada 2022, Bruce disahkan menghidap afasia, sejenis gangguan komunikasi akibat kerosakan otak. Tak lama selepas itu, keadaannya semakin memburuk apabila beliau disahkan pula menghidap frontotemporal dementia (FTD) iaitu sejenis penyakit otak yang perlahan-lahan meragut memori, emosi dan kebolehan berbahasa.

Bruce Willis Hidap Dementia, Tak Boleh Bercakap & Sukar Berjalan
Bruce disahkan menghidap frontotemporal dementia (FTD)

Hero Filem Ke Pejuang Realiti

Menurut laporan portal The Express Tribune, Bruce kini tidak lagi boleh bercakap mahupun membaca. Malah, sistem saraf motornya turut terjejas, menjadikan pergerakan seperti berjalan satu cabaran besar. Pendek kata, bintang Hollywood ini kini hidup dalam dunia yang sangat berbeza daripada yang kita kenal dulu.

Walaupun keluarga beliau tidak berkongsi butiran lanjut, mereka tetap aktif memberi kemas kini di media sosial – sebagai pengubat rindu buat para peminat yang sudah lama tidak melihat kelibat pelakon kesayangan ramai itu di layar perak.

Ads

Keadaan Terkini Bruce Willis

Apa yang berlaku pada Bruce bukan sekadar berita selebriti. Ia adalah satu tamparan kesedaran untuk semua lelaki. Kita terlalu fokus pada otot, gaya hidup lasak dan penampilan, hingga lupa aset paling penting ialah otak kita sendiri.

Ads

Dementia dan afasia bukan hanya berlaku pada orang tua atau uzur. Tekanan kerja, gaya hidup sedentari, kurang tidur dan diet tidak seimbang juga boleh jadi pencetus. Satu hari kita berdiri gagah di puncak kejayaan, esok belum tentu lagi kita mampu sebut nama sendiri.

Ads

5 Cara Lelaki Boleh Lindungi Kesihatan Otak Mulai Hari Ini

Aktifkan Tubuh, Segarkan Minda – Bersenam sekurang-kurangnya 3–5 kali seminggu.
Kawal Stres, Cari Keseimbangan Hidup – Jangan pendam tekanan. Cari ruang untuk ‘unwind’.
Makan Untuk Otak – Sayur hijau, beri, kekacang dan ikan berlemak tinggi omega-3.
Tidur Berkualiti, Bukan Cukup Jam – Minimum 7 jam tidur berkualiti sehari.
Asah Minda – Baca, belajar perkara baru, atau cabar diri dengan permainan strategi.

Bruce Willis mungkin sudah tidak lagi beraksi dengan pistol dan letupan di layar, tapi perjuangan beliau menentang dementia adalah lakonan sebenar kehidupan satu episod yang memerlukan kekuatan mental luar biasa.

Sebagai lelaki, kesihatan bukan hak mutlak ia adalah amanah yang perlu dijaga setiap hari.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads