Masalah rambut gugur sangat membimbangkan terutama golongan lelaki.
Setiap orang mempunyai cara dan produk yang berbeza untuk kesesuaian kulit kepala mereka, namun tidak salah mencuba cara yang diamalkan oleh Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja ini.
Seminggu dah nampak anak rambut tumbuh
Mengalami masalah rambut gugur sejak hamil, dia sudah menggunakan pelbagai jenis syampu namun tak berjaya sehingga dia mencuba petua ringkas yang dikongsi oleh ibu mentuanya.
Hanya menggunakan pati santan dalam tempoh sebulan, masalah rambut gugur yang dialami selesai malah rambut semakin hitam dan lebat. Malah dalam masa seminggu mencuba petua ini sudah nampak anak rambut tumbuh di bahagian depan.
Ads
Petua yang dikongsi juga amat mudah, selain santan, cuma masukkan aloevera dan minyak zaitun untuk dijadikan masker rambut.
Bahan-bahan
Santan dari satu atau setengah biji kelapa
Isi aloevera
Minyak zaitun – jika suka
Ads
Cara membuatnya
Kisar semua bahan ini dan masker sudah sedia untuk digunakan.
Sapu pada rambut dengan rata masker tadi kemudian sikat.
Balut rambut dengan tuala selama 30-45 minit.
Bilas dan syampu rambut untuk hilangkan bau santan.
Amalkan setiap hari.
Masker ini boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak, cuma perlu disimpan dalan peti.
Boleh rujuk video di bawah untuk langkah membuat masker rambut yang lengkap.
Panas baran yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Perkara sekecil kuman pun boleh jadi besar! Kemarahan yang tidak terkawal boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan dan hubungan anda. Maka, anda perlu atasinya agar tidak merebak lebih teruk sikap panas baran dalam diri.
Untuk hidup yang lebih bahagia dan tenang. Ikuti ini:
1. Ambil masa bersendirian
Bila anda rasa ingin meletup, cuba ambil masa bersendirian, jauh daripada orang sekeliling selama 10 hingga 15 minit, cuba tenangkan diri. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan.
2. Bila rasa tenang luahkan
Sebetulnya penting untuk anda tenang, tidak kisahlah dalam apa jua situasi sekalipun perlu anda rasa tenang. Hal ini kerana, jika anda tidak tenang nescaya anda rasa panas dan tidak tenteram, anda jadi kusut dan tidak tentu hala. Bila sudah tenang, luahkan apa yang terpendam dalam hati.
3. Senaman ringkas
Jika anda rasa panas naik perlahan-lahan, cuba pergi berjalan atau berlari, atau luangkan masa lakukan aktiviti fizikal kegemaran anda, jika perlu ke gim. Aktiviti fizikal merangsang pelbagai bahan kimia otak yang boleh menyebabkan anda berasa lebih bahagia dan lebih tenang.
4. Fikir sebelum cakap
Kita selalu dengar perumpamaan ‘fikir sebelum cakap’, hal ini penting kerana takut nanti anda menyesal tak sudah pula, kalau boleh fikirkan dulu apa yang anda ingin katakan, jangan main serkap jarang.
5. Cuba selesaikan masalah seboleh mungkin
Sebagai contoh jika bilik abang anda terlalu kotor, cuba tidak memasuki atau datang ke bilik tersebut, jika pinggan mangkuk langsung tidak dibasuh, ringankan tulang membasuhnya. Kiranya lebih baik anda selesaikan terus masalah anda daripada mengamuk. Sentiasa ingatkan diri bahawa mengamuk hanya mengeruhkan suasana sahaja. Tetapi kalau dah kerap sangat mereka melakukan kesilapan yang sama, lebih baik bersemuka tapi kena ada caranya, jangan serkap jarang okay.
6. Sentiasa gunakan ‘I Statement’ bila selesaikan masalah
Sebelum menuding jari kepada orang lain yang hanya keruhkan suasana – baik gunakan ‘I statement’ dalam ayat anda. Sebagai contoh, ‘Awak langsung tak buat kerja rumah’ tukar kepada ‘Saya kecewa awak tinggalkan meja begitu sahaja tanpa tawarkan bantuan pada orang lain’. Cuba gunakan ‘I Statement’ sebaik mungkin.
7. Jangan berdendam
Walau susah sekalipun cuba untuk maafkan individu tersebut. Jangan berdendam kerana ianya hanya akan menyakitkan hati anda sahaja. Jika anda maafkan individu tersebut, ia mengkin suatu pengajaran di masa hadapan jika berdepan dengan masalah sebegini lagi. Anda boleh sentiasa beringat!
8. Latih diri lakukan kemahiran tenangkan diri
Sebagai contoh, bila rasa panas sahaja cuba katakan ‘take it easy’, ‘mengucap Ashtagfirullah’, tarik nafas dalam, urut dada atau anda boleh cuba dengar muzik yang tenang dan nyaman. Orang kata senaman seperti yoga baik untuk ketenangan diri, jadi cuba amalkan.
9. Minta bantuan
Jika tidak boleh juga, hadirkan diri ke kaunseling ataupun terapi bagi baiki masalah panas baran anda. Yang paling penting, sentiasa berdoa pada-Nya.
10. Perlu ada sifat sense of humor
Anda perlu ada sifat sense of humor agar hidup tidak stress. Gunakan humor untuk membantu anda menghadapi apa yang membuatkan anda marah. Cuba elakkan sindiran, ia hanya akan menyakitkan perasaan dan membuat keadaan lebih teruk.
Kawal amarah okay!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam era moden ini, isu lemah tenaga batin atau disfungsi ereksi (ED) tidak lagi terhad kepada lelaki berusia.
Kajian menunjukkan peningkatan kes ED dalam kalangan lelaki muda, terutamanya mereka yang berumur di bawah 40 tahun.
Faktor-faktor seperti tekanan hidup, gaya hidup tidak sihat, dan penggunaan bahan terlarang menjadi penyumbang utama kepada masalah ini.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Kedokteran Nanggroe Medika, sekitar 40% daripada kes disfungsi ereksi berpunca daripada faktor psikogenik, yang banyak ditemui dalam kalangan lelaki muda .
Tekanan kerja, masalah kewangan, dan gaya hidup yang tidak seimbang menyumbang kepada peningkatan masalah ini.
Dalam usaha mencari penyelesaian segera, sebilangan lelaki muda cenderung menggunakan bahan terlarang atau suplemen yang tidak disahkan untuk meningkatkan prestasi seksual.
Namun, penggunaan bahan-bahan ini boleh membawa kesan sampingan yang serius, termasuk kerosakan buah pinggang dan hati .
Kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan bahan seperti methamphetamine dan opioid berkait rapat dengan masalah disfungsi seksual.
Masalah ED bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan fizikal, tetapi juga menjejaskan kesejahteraan mental dan hubungan sosial.
Lelaki yang mengalami ED atau lemah tenaga batin sering berasa malu dan rendah diri, yang boleh membawa kepada kemurungan dan masalah dalam hubungan intim.
Stigma sosial menyebabkan ramai lelaki enggan mendapatkan bantuan profesional, memperburuk keadaan mereka.
Untuk menangani masalah ini, pendekatan holistik diperlukan:
Pendidikan dan Kesedaran: Meningkatkan kesedaran tentang risiko penggunaan bahan terlarang dan pentingnya gaya hidup sihat.
Rawatan Profesional: Mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar kesihatan untuk menangani punca sebenar masalah.
Sokongan Psikologi: Menyediakan sokongan emosi dan kaunseling untuk membantu lelaki mengatasi tekanan dan membina keyakinan diri.
Gaya Hidup Sihat: Mengamalkan pemakanan seimbang, senaman berkala, dan tidur yang mencukupi untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan.
Masalah lemah tenaga batin dalam kalangan lelaki muda adalah isu yang semakin ketara dan memerlukan perhatian serius.
Penggunaan bahan terlarang sebagai jalan pintas bukanlah penyelesaian, malah boleh memburukkan keadaan.
Pendidikan, sokongan, dan rawatan yang betul adalah kunci untuk membantu lelaki muda mengatasi cabaran ini dan menjalani kehidupan yang sihat dan bermakna.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kepada anda yang mungkin tak tahu apa itu MASKULIN DARE, boleh rujuk di sini.
Okay secara ringkasnya MASKULIN DARE ialah cabaran virtual run yang dianjurkan oleh MASKULIN menerusi Ideaktiv Sdn. Bhd. Dan mengikut perancangan jangka masa panjang kami, ia akan diadakan dan terbahagi kepada empat siri sepanjang tahun 2019.
UntukCabaran Siri 1, MASKULIN mengetengahkan cabaran MASKULIN DARE 3000KM. Berani kami katakan bahawa ini adalah cabaran virtual run yang paling gempak di Malaysia. Hadiah menanti pun sangat lumayan! Pstt.. pemenang juga mungkin ada peluang masuk majalah. Mungkin… siapa tahu. Hehe
Jadi mengapa anda perlu sertai cabaran virtual run MASKULIN DARE? Kami ada 10 sebab yang awesome yang mungkin boleh meyakinkan anda untuk sertainya!
Bagi cabaran pertama tempoh larian dibuka sepanjang tempoh sebulan iaitu bermula 1 April 2019 sehingga 30 April 2019. Tempoh sebulan ini adalah jangka masa yang sempurna, tidak terlalu lama dan tidak terlalu sekejap untuk anda mencapai jumlah jarak larian minima.
Cabaran virtual ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia tidak mengira umur dan jantina. Ia juga terbuka kepada semua peserta di semua peringkat iaitu sama ada anda pelari sepenuh masa atau baru hendak bermula.
Dengan menyertai virtual run MASKULIN DARE anda akan berlari dan cuba mencapai sasaran secara berkumpulan dan juga individu. Kajian mendapati bahawa anda akan melakukan larian atau senaman lebih banyak apabila mempunyai objektif bersama ramai orang. Inilah masa untuk anda bangkitkan semangat kompetitif dalam diri.
Walaupun bersifat secara virtual namun cabaran ini akan mengeratkan hubungan lebih ramai orang. Sebagai contoh setiap kumpulan pastinya akan sentiasa berhubung antara satu sama lain memberikan sokongan, berkongsi tip dan melakukan cabaran larian bersama-sama.
Jika selama ini anda hanya berlari seorang diri pastinya sedar bahawa ia cukup sunyi. Menerusi MASKULIN DARE anda hidup anda pasti diselubungi dengan pelbagai karenah ahli kumpulan. Kemeriahan walapuun berlaku dalam bentuk digital pastinya membawa seribu satu kenangan manis.
Mungkin inilah masanya untuk anda tingkatkan prestasi larian dengan lebih tinggi. Mungkin selama ini anda hanya lari bersendirian buat anda berada dalam zon selesa. Dengan larian yang boleh memupuk semangat persaingan anda secara tak langsung boleh tingkatkan prestasi.
Ini merupakan kali pertama MASKULIN menganjurkan cabaran virtual run seperti ini. Dengan pengalaman luas dalam industri gaya hidup lelaki, kami boleh memberikan penganjuran yang hebat dan pendedahan media dengan meluas.
Menariknya MASKULIN DARE membenarkan anda menggunakan apps larian seperti Strava, Garmin, Nike+ dan Runtastic.Apa yang penting ia harus mempunyai kemampuan untuk merakamkan rekod masa, tarikh dan jarak larian anda. Anda hanya perlu snapshot dan hantar bukti larian dalam tempoh ditetapkan. DONE!
Untul MASKULIN DARE 3000KM, anda perlu melengkapkan larian sekurang-kurangnya 20 kilometer untuk melayakkan anda menerima t-shirt, medal dan e-cert eksklusif daripada MASKULIN DARE. Bagi anda pengumpul medal, inilah medal yang wajib anda miliki!
Keistimewaan utama MASKULIN DARE ialah kami menawarkan hadiah wang tunai yang agak lumayan. Top 3 Kumpulan bakal membawa pulang wang tunai RM1,000. Diikuti tempat kedua RM700 dan ketiga RM500. Manakala Top 3 Individu pula RM500 untuk tempat pertama, RM300 tempat kedua dan RM100 tempat ketiga. Bagi Kumpulan Paling Aktif sepanjang cabaran MASKULIN DARE pula membawa pulang RM1,500.
Adam Scott bakal mencipta sejarah dengan penampilan ke-100 berturut-turut di kejohanan major. UNIQLO meraikannya menerusi koleksi polo DRY-EX edisi khas yang bakal dilancarkan pada 15 Jun.