Bersenam adalah satu perkara yang memerlukan usaha dan masa. Tapi selain itu anda juga perslu ada motivasi dan kesungguhan.
Ramai orang tergendala hasrat mereka ingin mulakan aktviti senaman kerana dua perkara tersebut. Alasan tak sempat dan tak ada masa merupakan yang paling popular sering kita dengar.
Tapi jika anda tak mulakan sampai bila-bila pun tak akan jadi.
Buat anda yang ingin mula bersenam mungkin boleh mulakan dengan senaman push up. Tak perlu banyak, hanya lakukan sebanyak 10 push up setiap hari sahaja selama sebulan beturut-turut.
MASKULIN jamin anda akan dapat rasakan perubahan pada diri sama ada dari segi fizikal dan mental. Jadi apakah yang akan berlaku kepada anda selepas sebulan melakukannya setiap hari. Ikuti jawapannya di bawah!
LEBIH BERTENAGA
Ads
Selepas beberapa melakukannya anda akan rasakan perubahan pada fizikal. Badan anda akan rasa lebih bertenaga dan kurang lesu apabila bangkit dari tidur. Apabila genap sebulan anda melakukan 10 push up, badan anda akan rasa lebih ‘ringan’. Ini kerana dengan melakukan senaman kadar denyutan jantung anda akan bertambah lalu suhu badan juga jadi makin stabil. Dan ini berkait rapat dengan tenaga dalaman.
PERUBAHAN LUARAN
Walaupun ada kemungkinan badan tak berubah ketara dari segi fizikal namun dengan melakukan senaman ini selama sebulan badan anda akan rasa lebih pejal. Maksudnya di sini otot-otot penting seperti perut, tangan dan kaki akan menjadi lebih kuat.
Ads
TERAS BADAN LEBIH KUAT
Antara kelebihan melakukan push up, ia mampu menguatkan otot bahagian abdomen atau dalam erti kata lain menguatkan teras badan anda. Ramaik orang otak sedar bahawa senaman push up memberikan faedah kepada keseluruhan bahagian badan. Lalu dengan melakukan 10 push up selama sebulan anda dapat membina teras yang lebih kuat.
JADI MAKIN SENANG
Ads
Selepas melakukan senaman ini selama sebulan anda akan dapati lama-kelamaan push up akan rasa mudah dilakukan. Malah anda boleh meningkatkan jumlah push up kepada dua kali ganda dengan senang. Mungkin untuk bulan seterusnya anda boleh lakukan 20 push up setiap hari selama sebulan. Selain itu speed anda melakukan push up juga bertambah.
Setiap hari anda ada misi tersendiri iaitu harus melengkapkan 10 kali push up. Ini secara tak langsung anda melatih diri untuk lebih berdisiplin. Dan apabila anda mampu mendisiplinkan diri, perkara lain juga anda akan boleh lakukan. Anda juga akan ada disiplin untuk menjaga pemakanan dan mengambil makanan lebih sihat setiap hari.
Apa tunggu lagi, jom lakukan 10 push up setiap hari! Selepas melakukannya selama sebulan pasti anda akan dapat hasilnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berita baik buat semua pencinta Hikers, baru-baru ini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengumumkan boleh mendaki gunung bermula 15 Jun dengan syarat mematuhi amalan jarakan sosial serta prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Jika sebelum ini, ramai pendaki yang keliru dengan aktiviti ini namun di Facebook milik KBS Malaysia ada memuat naik satu risalah Pembukaan Sektor Sukan Dan Reakreasi Fasa 2.
Ini kerena KBS ingin dan membenarkan rakyat untuk Kembali menjalani gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan, rekreasi dan operator fasiliti sukan serta perniagaan sukan dapat menjana pendapatan dan menyumbang kepada ekonomi negara.
Namun aktiviti sukan yang melibat sentuhan badan dan aktiviti berkumpulan di luar adalah tidak dibenarkan. Aktiviti untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dan ke bawah, golongan OKU dan warga emas berumur 60 dan ke atas adalah tidak digalakan.
Malah aktiviti sukan air di dalam kolam renang juga masih tidak dibenarkan buat masa ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jaga-jaga! Anda mungkin alami hipersomnia jika selalu mengantuk di waktu siang walaupun sudah tidur secukupnya di sebelah malam.
Simptom ini menunjukkan anda mengalami hipersomnia di mana anda akan rasa mengantuk yang keterlaluan disebabkan anda tidur berlebihan pada waktu malam.
Simptom gejala hipersomnia ini dikongsikan oleh Intan Jelita Etp menerusi laman Facebooknya.
Kadang-kadang, terfikir juga malam dah tidur cukup dah, tapi siang masih mengantuk lagi. Apa yang tak kena? Jaga-jaga, anda mungkin mempunyai simptom hipersomnia. Apa itu hipersomnia?
Hipersomnia merupakan satu gejala di mana anda akan mengalami mengantuk yang berlebihan. Mengantuk yang berlebihan atau ‘excessive sleepiness’ ini adalah disebabkan anda mempunyai tidur yang berlebihan pada waktu malam atau dalam keadaan lain, mempunyai waktu tidur yang berlebihan pada siang hari.
Berdasarkan World Sleep Foundation, ada tiga jenis hipersomnia iaitu:
Berasa mengantuk secara berulang dan kadang-kadang memerlukan hampir 16-20 jam sehari waktu tidur. Bila bangun tidur selama jam tersebut, masih tidak hilang rasa mengantuk.
Situasi yang sama seperti hipersomnia berulang, cuma keadaan memerlukan tidur dan selalu mengantuk berlaku setiap hari.
Ini berlaku kepada sesiapa yang pernah melalui tragedi seperti kemalangan atau kecederaan kepala. Mereka mungkin memerlukan tidur yang lebih lama tetapi jangan risau, post trauma selalunya akan hilang selepas beberapa minggu.
“Semalam dah tidur 10 jam dah, kenapa hari ni mengantuk macam tak tidur semalaman?”
Pernah merasakan situasi sebegini? Kadang-kadang mengantuk tu macam tak tidur semalaman, padahal dah 10 jam tidur. Bila datang pejabat atau memulakan kerja pada siang hari, mula lah nak mengantuk. Betul ke orang cakap kalau terlebih tidur pun boleh menyebabkan anda mengantuk pada waktu siang? Ya, memang salah satu sebab yang menjadikan anda mudah mengantuk pada waktu siang adalah kerana anda sudah ‘terlajak’ tidur dan mengalami HIPERSOMNIA! Apa itu hipersomnia? Jom kita baca.
Terdapat beberapa sebab yang menjadikan anda selalu mengantuk, antaranya ialah:
Jetlag adalah istilah yang digunakan bagi sesiapa yang baru sahaja pulang dari merantau atau melancong. Jetlag ini akan makin terasa jika anda ‘travel’ ke negara yang berbeza zon waktu dengan negara kita. Perbezaan waktu ini secara langsung akan memberikan kesan kepada jadual tidur kerana anda mungkin tidak terbiasa untuk tidur mengikut waktu di negara tersebut.
Salah satu sebab yang menjadikan anda mudah mengantuk adalah kerana anda bekerja secara ‘shift’ atau ‘rotation’. Bila bekerja secara ‘shift’, jadual waktu tidur anda agak berlainan dari satu masa ke masa yang lain. Kadang-kadang tidur pukul 1 pagi, kadang-kadang kalau waktu kerja bertukar, anda tidur pukul 8 malam. Jadi, perbezaan jadual ini akan menyebabkan tidur anda tidak teratur dan menyebabkan mengantuk.
Mungkin ramai orang yang melakukan perkara ini iaitu dengan melangkau waktu tidur. Biasalah, nak tengok bola, nak tengok ‘movie’ dan ada juga yang berjaga malam untuk menyiapkan kerja. Ini yang menyebabkan anda selalu mengantuk. Bila mengantuk, anda mesti akan tidur pada waktu siang kan? Rutin sebegini akan menganggu waktu tidur pada malam hari kerana anda akan merasa tidak mengantuk.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan masalah ini.
1. Kurangkan pengambilan air berkafein, merokok dan makanan pedas yang boleh mengganggu jadual tidur anda.
2. Atur jadual waktu tidur dan pastikan anda bangun dan tidur pada waktu yang sama pada setiap hari. Nanti, mudah untuk anda bangun tanpa perlu dikejutkan.
3. Mandi dengan air suam juga boleh dijadikan rutin kerana dapat membantu badan lebih relaks dan tenang.
4. Pastikan suasana di bilik lebih teratur dan nyaman. Hal ini kerana, suasana bilik yang tidak teratur dan tidak bersih juga boleh menyebabkan tidur anda terganggu.
5. Jika gejala hipersomnia ini makin berlarutan, pastikan anda bertemu dengan doktor supaya dapat konsultasi yang terbaik.
Jadi, peringatan untuk anda semua, tidur itu sangatlah penting untuk memastikan kesihatan badan terjamin. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan teratur, elakkan tidur yang berlebihan dan cukupkan tidur anda yang masih tidak cukup itu. Semoga artikel ini dapat membantu ya!
Selain itu, Dr Zubaidi Hj Ahmad turut berkongsikan kesan tidur secara berlebihan di laman Facebooknya.
Waktu tidur individu yang mengalami hipersomnia biasanya boleh mencecah lebih daripada 12 jam, sedangkan pola waktu tidur yang normal dan anjal untuk orang dewasa adalah dalam lingkungan enam hingga lapan jam sehari.
Terdapat beberapa kajian membuktikan bahawa individu yang tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya cenderung menghidap penyakit kencing manis. Meskipun diketahui ia adalah penyakit turun-temurun tetapi, dengan mengamalkan tidur secara berlebihan risiko mendapat penyakit ini cukup tinggi.
Sekiranya anda biasa tidur lebih dari lapan jam setiap hari maka risiko untuk menderita sakit jantung adalah tinggi. Berdasarkan beberapa penelitian yang dijalankan, jumlah tidur sembilan hingga 12 jam sehari sangat tidak digalakkan kerana ia melebihi had waktu rehat yang sepatutnya.
Waktu tidur yang lebih dari lapan hingga sembilan jam sehari boleh meninggalkan kesan negatif ke atas tubuh badan. Pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak sekali gus mengakibatkan masalah ingatan. Jika tidak ditangani segera, ia mungkin lebih membahayakan hingga mengundang risiko nyanyuk.
Kadar metabolisme dalam badan berjalan sangat perlahan ketika anda sedang tidur. Disebabkan itulah bagi individu yang mengamalkan tidur berlebihan berisiko tinggi untuk mengalami obesiti sehingga 21 peratus berbanding mereka yang mendapatkan tidur secara normal.
Nota dari Utusan Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Andy Murray bukan sahaja dikenali sebagai pemain tenis yang hebat, tetapi juga sebagai ikon sukan yang menunjukkan ketabahan dan keazaman luar biasa sepanjang kariernya.
Terbaru, pemain Britain berusia 37 tahun ini mengesahkan dia akan bersara selepas Sukan Olimpik 2024 dengan menyatakan temasya di Paris itu akan menjadi “kejohanan tenis terakhirnya”, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Tiba di Paris untuk kejohanan terakhir saya di Olimpik. Bertanding mewakili Great Britain adalah minggu paling diingati dalam kerjaya saya, dan saya sangat berbangga dapat melakukannya sekali lagi buat kali terakhir,” tulisnya.
Juara tiga kali Grand Slam itu turut memuat naik fotonya di atas podium Olimpik Rio 2016 selepas menggenggam pingat emas dalam acara perseorangan lelaki.
Pengumuman ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia telah pun memberi bayangan akan bersara selepas meraih kemenangan keduanya sewaktu kejohanan Terbuka Dubai 2024.
“Saya mungkin tidak mempunyai masa terlalu lama, tetapi saya akan melakukan yang terbaik dalam tempoh beberapa bulan ini. Saya masih suka bertanding dan menggemari sukan ini, tetapi semakin sukar bersaing apabila meningkat usia, untuk memastikan badan terus cergas dan segar,” katanya selepas memenangi kejohanan itu.
Umum mengetahui bintang kelahiran Glasgow itu pernah menjalani pembedahan menggantikan tulang pinggul pada 2019. Dia juga mengalami masalah buku lali teruk awal tahun ini dan menjalani pembedahan membuang sista pada tulang belakangnya.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.