Apa gunanya kalau bercuti panjang-panjang tetapi mata, tangan, otak dan tubuh masih sibuk dengan benda-benda lain?

Apa kata cuti kali ini, anda buat 7 perkara ini :

1. Tutup dan jauhkan telefon / gadjet daripada anda

‘Update’lah segala status di FB,Twitter atau Instagram sepuas-puasnya. Selesaikan semua urusan yang melibatkan telefon atau gadjet. Kemudian, tutup dan jauhkanlah dari diri anda. Apa salahnya sekali-sekali rehatkan mata daripada menghadap semua itu?

2. Minta anak-anak ikut atuk & nenek

Buat 7 Perkara Ini Kalau Nak Nikmati Percutian & Berehat Puas-Puas Di Kampung!

Ayah dan ibu anda di kampung pasti ada aktiviti tersendiri seperti memancing dan berkebun. Mereka yang bergelar atuk & nenek ini pasti rindukan cucu-cucu mereka. Jadi galakkan mereka untuk merasai kasih sayang itu sementara ibu bapa anda masih ada. Jangan apabila sudah tiada, barulah anda menyesal dan terasa ingin menghargai.

IKLAN

3. Pandanglah halaman yang menghijau

Bagi warga kota, kehidupan anda adalah di celah-celah konkrit dan bangunan yang tinggi sahaja. Balik kampung, banyak-banyakkanlah pandang pepohon yang menghijau. Ia boleh merawat mata dan menghilangkan stress.

4. Bangun awal pagi dan hirup udara segar

Untung kepada mereka yang masih ada kampung yang ‘original kampung’. Bukan kampung atuk & nenek itu juga di tengah-tengah kota. Nikmati waktu cuti itu dan sebaik sahaja bangun awal pagi selepas solat Subuh, hiruplah udara segar yang belum tercemar itu!

IKLAN

5. Lihat keperluan orang tua

Alang-alang balik kampungkan.. perhatikanlah bekalan makanan seperti beras, milo, susu, daging, ayam dan sebagainya. Masih cukupkah atau sudah habis. Rajin-rajin tengok lampu mereka, kipas mereka. Kalau rosak dan kotor, ambil peluang untuk baiki dan bersihkan. Tak salah berbakti kepada ibu bapa biarpun anda menjawat antara jawatan paling tinggi dalam Malaysia sekali pun!

6. Kerap bersembang

Buat 7 Perkara Ini Kalau Nak Nikmati Percutian & Berehat Puas-Puas Di Kampung!

IKLAN

Ibu dan bapa anda pasti rindu dengan anda. Biar pun mereka tidak mengungkapkan dengan kata-kata, jauh dari sudut hati, mereka pasti sayu bila anak-anak kesayangan mereka merantau jauh. Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang pergi mencari rezeki mahu pun menjadi teman kepada seseorang. Ada masa kali, banyakkan bersembang kerana itulah suara yang akan kita rindu setiap masa.

7. Jumpa teman lama

Jangan bersikap sombong biar pun anda kini sudah memandu kereta mewah atau berjenama. Hubungilah rakan-rakan baik anda. Tanya khabar dan jangan putuskan hubungan silaturrahim. Cuma jangan sesekali hubungi mereka.. mereka yang bergelar bekas pasangan anda. Kang tak pasal-pasal bergaduh laki bini.. #GurauJer!

Semoga bermanfaat!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI