Ramai orang anggap kad kredit merupakan antara punca utama ramai anak muda menjadi bangkrap.

Namu ia bukan salah kad kredit! Tak mempunyai disiplin membayar apa yang dibelanja mengikut masa adalah punc paling utama!

Akan tetapi jika anda seorang yang ada disiplin, tak boros dan pandai kawal perbelanjaan ini merupakan 5 kelebihan memiliki kad kredit!

1. Boleh selia perbelanjaan

Buat Anda Yang Ada Disiplin, Ini 5 Kelebihan Untuk Menggunakan Kad Kredit

Bgai anda yang selalu menggunakan kad kredit, segala transaksi akan direkodkan secara automatik. Di situ anda akan mendapat penyata lengkap dan boleh memgetahui tabiat dan cara anda berbelanja. Contohnya anda tahu berapa yang telah dibelanjakan setiap bulan untuk isi minyak, beli barang dapur dan lain-lain perbelanjaan.

Berbeza jika anda gunakan wang tunai yang perlu dilakukans ecara manual satu persatu.
Dari sini anda akan dapat jejak segala perbelanjaan dan melatih diri untuk lebih mengamalkan perbelanjaan yang baik.

IKLAN

2. Beri kemudahan

Buat Anda Yang Ada Disiplin, Ini 5 Kelebihan Untuk Menggunakan Kad Kredit

Satu perkara tak dinafikan jika memiliki kad kredit, ia membolehkan anda melakukan urusan dengan mudah dan cepat. Contohnya menempah tiket kapalterbang, hotel dan sebagainya. Selain itu jika anda berdepan kes kecemasan juga, ia sangat berguna sebagai pendahuluan bila bedepan masalah yang tak dijangka.

Kebiasaannya perbelanjaan yang dicaj pada kad kredit tidak dikenakan sebarang faedah selama 20 hari. Jadi anda dapat melengahkan pembayaran dan menggunakan wang tersebut ke instrumen pelaburan lain buat sementara waktu yang boleh mendapat pulangan.

BACA: 10 Tip Pilih Tali Pinggang Sebelum Anda Membelinya, Antaranya Cari ‘Kepala’ Yang Sesuai

IKLAN

3. Beri perlindungan

Buat Anda Yang Ada Disiplin, Ini 5 Kelebihan Untuk Menggunakan Kad Kredit

Tahukah anda bahawa segala perbelanjaan menggunakan kad kredit adalah dilindungi. Dan sebarang akses yang tidak sah biasanya tidak akan melibatkan wang simpanan kita secara terus. Segala transaksi yang tidak sah boleh dilaporkan kepada pihak bank dengan mengemukakan aduan untuk anda dispute bagi siasatan dan tindakan lanjut.

Malah kebanyakan bank juga memberikan insurans perjalanan percuma kepada pengguna kad kredit mereka.

IKLAN

4. Ganjaran

Buat Anda Yang Ada Disiplin, Ini 5 Kelebihan Untuk Menggunakan Kad Kredit

Ini antara perkara yang sering menjadi tarikan orang ramai untuk menggunakan kad kredit. Setiap wang yang dibelanjakan dengan kad kredit akan melayakkan anda mengumpul mata. Untuk tempoh yang lama, mata ganjaran ini akan terkumpul dengan banyak dan boleh ditebus dengan hadiah-hadiah menarik. Kebiasaannya dalam bentuk baucer beli-belah atau petrol, barangan elektrik dan juga ganjaran perjalanan daripada syarikat penerbangan.

5. Credit Rating

Setiap orang akan mempunyai credit rating atau mata kredit yang tersendiri.

Jika anda seseorang yang mempunyai rekod pembayaran yang baik, anda akan dapat mata kredit tinggi. Dan bila ini berlaku segala urusan p[ermohonan permohonan pinjaman untuk masa akan datang akan jadi mudah. Dan ini sangat penting jika kita bercakap tentang pinjaman perumahan buat pertama kali. Mungkin juga dengan mata kredit yang baik akan membolehkan kita mendapatkan pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Kesemua 5 kelebihan di atas adalah sebab-sebab yang baik untuk anda menggunakan kad kredit. Namun anda poerlu berhati-hati dan menggunakannya dengan disiplin yang tinggi.
Pilihlah kad kredit dari bank yang mengecualikan caj tahunan dan produk yang patuh syariah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI