Memiliki tubuh badan yang diidamkan sememangnya mengambil masa yang lama. Malah, belum tentu anda mempunyai masa yang betul-betul tersusun untuk mengikut jadual di pusat gim melainkan anda mengetahui rahsia menurunkan kalori paling cepat hanya ketika berada di rumah.
Membasuh kereta
Ketahuilah bahawa lelaki yang membasuh kereta tampil lebih menarik berbanding wanita lebih-lebih lagi jika anda tidak mengenakan pakaian sambil melakukan beberapa senaman.
MEMBASUH KERETA SELAMA SETENGAH JAM MEMBANTU MEMBAKAR 143 KALORI.
Anda boleh membakar lebih kalori jika anda melakukan beberapa beberapa ‘adegan’ seperti melunjurkan kaki saat membasuh tayar, melakukan lompatan mahupun mengelilingi kereta anda!
Berkebun
Melakukan aktiviti berkebun mampu membakar sebanyak 265 kalori setiap jam. Melakukan senamansquad ketika bercucuk tanam boleh menghasilkan otot dan jika diteruskan, pembakaran kalori boleh meningkat kepada 306 setiap kali anda berkebun.
Ads
Membasuh pakaian
Sama ada menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan, percaya atau tidak bahawa anda mampu membakar kalori sebanyak 144. Melakukan senaman squad apabila anda sedang mengutip pakaian diikuti dengan mencangkung dan bangun semula selama 30 saat, diulangi sehingga selesai membasuh pakaian boleh meningkatkan pembakaran kalori kepada 178.
Ads
Mengemop Lantai
Ambil alih tugas mop lantai dari isteri atau ibu anda kerana hanya mengemop lantai mampu membantu membakar kalori sebanyak 112 setiap setengah jam.
MEMBERSIHKAN PERMAIDANI, MENGEMOP LANTAI TIGA KALI SEMINGGU MEMBANTU BAHU DAN TANGAN ANDA BERSENAM DENGAN CARA MUDAH.
Selepas ini, aktiviti mop lantai mungkin menjadi satu aktiviti wajib buat setiap minggu.
Ads
Memasak
Anda mungkin terkejut apabila anda mampu membakar kalori sebanyak 150 hanya kerana berada di dapur. Meskipun tidak banyak kalori dibakar tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Berdiri, berulang-alik ke pantri mengambil barang dan memotong daging juga boleh menyebabkan anda berpeluh!
Hujung minggu anda mungkin lebih bermanfaat jika anda mula mengetahui bahawa melakukan kerja rumah boleh membantu bakar kalori anda? Jika dikumpul kesemua jumlah kalori yang dibakar, anda sudah boleh memiliki tubuh berotot tanpa anda sedar.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Suami dan isteri sama-sama letih dengan tanggungjawab besar dalam keluarga. Penat si suami sering disebabkan oleh keletihan fizikal dan mental dari kerja.
Penat si isteri lain pula, dia tidak hanya letih secara fizikal dan mental, tetapi tekanan emosi yang dipikulnya juga memberi beban. Keletihan ini seringkali tidak disedari oleh kita yang bergelar suami dan sukar untuk diubati tanpa memahami situasi isteri.
Ianya perihal dalaman, apa yang disimpan dan kadangkala si isteri selalu cakap dia baik-baik sahaja sebab tak mahu susahkan suaminya.
Ini Langkah Yang Suami Perlu Buat
Kadang kalian nampak dia marah anak sepahkan rumah, tertumpah makanan, air, jatuhkan barang atau silap buat kerja sekolah.
Kalian pun terus marah isteri balik. Padahal kalian tak pergi pada puncanya. Apa yang menyebabkan dia begitu.
Kenapa cepat benar hilang sabarnya. Kena siasat dan jangan terus menghukum atau menengking isteri balik.
Ketahuilah apa yang dia marahkan itu, bukan sebab salah anak-anak yang besar, tetapi ketahuilah dia sudah penat mental dan emosi dalam melayani anak-anak. Dia drain. Bukan dia sengaja.
Isteri mengasingkan diri di dapur atau di balik. Kadang dia menangis tanpa sebab. Atau sangat sensitif waktu itu.
Masa ini, jalan yang paling bijak adalah ringankan bebannya itu. Bantulah dia uruskan rumah dan anak-anak. Sebelum tidur, tanya padanya, selami jiwanya apa yang boleh kita bantu.
Kadang bukan isteri nak marah atau melayan perasaan tetapi dia sedang penat. Tenaganya digunakan seluruhnya untuk berjasa pada anak-anak dan rumah tangga. Maka, suami perlu lebih kuat dan sokonglah hati, mental dan jiwa seorang isteri. Usah biar dia penat sendiri kerana selagi si suami ada menemani, kekuatannya akan bersemi nanti.
Artikel ini diambil dan diolah dari MW.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Melalui kerjasama dengan Yayasan IJN, sebuah badan amal Institut Jantung Negara (IJN), kami menghimpunkan siri kisah benar penderitaan dan pemulihan yang dilalui oleh pesakit-pesakit penyakit jantung.
Biasanya, kita menyangka masalah kolesterol tinggi dan penyakit jantung hanya melanda individu yang gemuk sahaja, atau mereka yang mengamalkan kehidupan sedentari dan tidak menjaga gaya hidup mereka. Oleh itu, Muhammad Shahril Hamdan amat terkejut apabila didiagnosis dengan aterosklerosis di mana dua arterinya tersumbat. Beliau masih muda, cergas dan mengamalkan gaya hidup akitf. Walaupun gemar makan, Shahril menyangka bahawa sesi futsalnya mampu mengekalkan kesihatannya. Namun, beliau tidak menyangka aspek pemakanan merupakan satu daripada faktor penyumbang kepada masalah kesihatannya
Pada usia semuda 36 tahun, Shahril amat gempar apabila tiba-tiba merasa sakit pada bahunya. Bapa kepada seorang cahaya mata ini mula-mulanya mengaitkan kesakitan ini akibat postur yang tidak betul. Bagaimanapun, keadaannya tidak bertambah baik walaupun diurut oleh isteri. Oleh itu, Shahril membuat keputusan untuk melawat ke hospital, di mana pakar kesihatan mendiagnosnya dengan aterosklerosis dua arterinya telah tersumbat sekaligus menyebabkan jantungnya menjadi semakin lemah.
Akibat ke atas kesihatan jantung dari tabiat yang tidak baik
Masalah kesihatan jantung Shahril sebenarnya telah bermula sejak setahun dahulu apabila beliau disahkan menghidap tekanan darah tinggi. Beliau merupakan perokok tegar dan pernah bekerja di restoran, dan di situlah beliau terjebak dengan tabiat merokok, malah menghisap sehingga dua bungkus rokok sehari! Tambahan pula, tekanan di tempat kerja sedikitpun tidak meringankan tekanannya, disertakan pula dengan tidur lewat serta rehat yang tidak mencukupi. Keadaan ini bertambah teruk apabila beliau meninggalkan kerjanya demi memulakan perniagaan sendiri dan terpaksa bekerja sehingga lebih lewat.
“Saya sentiasa makan malam pada masa yang lewat dan tidur larut malam,” kata beliau. “Tarikh akhir pelbagai projek membuatkan saya amat sibuk, sekaligus menyebabkan tabiat buruk saya bertambah kronik. Oleh itu, saya menghisap lebih banyak rokok, dan mengambil makanan segera apabila saya tiada masa untuk menyediakan hidangan biasa.”
Biarpun doktor telah memberi amaran bahawa beliau akan jatuh sakit pada bila-bila masa melainkan beliau mengawal tekanan darah dengan ubat, Sharil tidak mengubah gaya hidupnya. Malahan, beliau tidak menuruti nasihat doktor dan berhenti mengambil ubatnya. Di samping itu, beliau turut kembali mengamalkan tabiat kehidupan lamanya merokok serta mengambil makanan yang tinggi dalam lemak dan trans lemak.
Akhirnya, segala ini mencapai kemuncak apabila beliau dikejarkan ke hospital dengan rasa sakit di bahunya. Seandainya Shahril masih lagi menunggu, beliau tidak mungkin dapat diselamatkan. Doktor berjaya mengenal pasti bahagian yang tersumbat lantas menjalankan angioplasti bagi membantu meringankan sumbatannya. Kemudian, sebatang sten dimasukkan ke dalam jantungnya demi memulihkan serta mempertingkatkan aliran darah ke dalam jantungnya.
Bangun dengan harapan baharu
Walaupun Shahril perlu menjalani satu lagi prosedur, tatapan matanya memancarkan harapan. Beliau amat bersyukur dengan peluang kedua yang dikurniakan. Biarpun terpaksa menanggung kos rawatan, beban Shahril diringankan dengan bantuan pembiayaan Yayasan IJN bagi yuran pembedahannya. Tanpa himpitan kewangan, beliau kini mampu memberi fokus kepada pemulihan badannya serta mengambil langkah-langkah yang lebih sihat demi menjaga kesihatannya.
“Adalah penting bagi saya menilai semula gaya hidup serta tabiat saya yang mendatangkan kesudahan ini. Saya sedar bahawa saya mesti bertanggungjawab ke atas kesihatan diri serta keluarga saya. Perkara pertama yang saya lakukan adalah berhenti merokok. Selain itu, dengan garis panduan diet IJN, saya lebih menjaga pemakanan saya,” tambah beliau.
Shahril merupakan contoh betapa pentingnya kesihatan jantung. Masalah jantung boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa diduga disebabkan pelbagai faktor seperti diet yang tidak sihat, tabiat buruk seperti merokok, rehat dan tidur tidak mencukupi, serta tekanan hidup. Pada pendapat beliau, walaupun kehidupan rakyat Malaysia sangat sibuk, beliau menggalakkan mereka mengambil langkah-langkah lebih proaktif demi menjaga kesihatan jantung mereka. Paling penting, mereka harus mengetahui paras kolesterol mereka. Menerusi gaya hidup yang aktif dan diet yang sihat, rakyat Malaysia boleh mengorak langkah ke usia yang lebih panjang serta kehidupan yang lebih sihat.
#StopTheCount #maskulinsihat
Maskulin menyokong usaha memerangi penyakit pembunuh nombor satu ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
‘Kerana mulut badan binasa’. Itu peribahasa yang acap kali jadi panduan bagi sesiapa yang ingin ‘membuka mulut’. Yang pasti, kata-kata mampu membinasakan. Namun, wanita sering dikaitkan pemilik sang mulut ‘jahat’? Apa benar dakwaan ini?
Ya, jika dilihat di layar kaca, kita selalu disogok dengan pelbagai watak dalam drama, filem mahupun telenovela iaitu golongan wanita lebih upaya menggunakan ‘mulut’ bagi menyerang mahupun untuk niat yang jahat. Namun, di layar realiti, adakah benar semua wanita begitu? Lelaki pun apa kurangnya, bukan?
Maskulin membuat kaji selidik tentang dakwaan ini dengan melakukan kajian terhadap 20 orang responden lelaki dan wanita. Hasilnya, lebih 52% daripada mereka bersetuju. Ini antara bukti terhadap dakwaan ini
Adakah benar wanita sukar menyimpan rahsia? Wanita sering kali dikaitkan dengan sikap suka gosip dan gemar bercerita. Jangan terkejut, berdasarkan kajian dari Wines of Chile, sebuah penubuhan yang menggalakkan kualiti di negara Chile menunjukkan wanita hanya mampu menyimpan rahsia tidak lebih daripada 47 jam.
Selain itu, antara hasil kajian tersebut adalah
– Wanita akan berkongsi dengan sekurang-kurang seseorang dalam tempoh purata 47 jam 15 minit.
– Survei terhadap 3,000 wanita berusia 18 hingga 65 tahun itu turut mendapati 6 daripada 10 mengaku tidak mampu menyimpan rahsia walaupun ia terlalu peribadi atau sulit.
-Teman lelaki, suami, rakan karib atau ibu antara mereka yang dipilih untuk bercerita
Wanita bermulut ‘power amp’ adalah jenis wanita yang suka bercakap atau ‘talkative’. Walau apa jua topik perbualan, wanita sebegini punya pandangan sendiri dan sukar sekali untuk berhenti berbicara.
Kajian dari Ohio University School of Media Arts & Studies melalui penyelidikan media masa kini menyatakan bahawa wanita lebih banyak membuahkan tutur kata seribu patah perkataan lebih daripada lelaki dalam jangka masa seminggu. Bila banyak bercakap, pastinya ada lelaki yang tidak senang dan kurang manis untuk dipandang
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.