Ramai yang inginkan ketinggian ideal terutamanya golongan lelaki. Tidak semua mampu jadi tinggi kerana genetik anda yang sememangnya mempunyai ketinggian tidak seberapa. Namun bagi mereka yang ada potensi menambahkan ketinggian, ada beberapa cara boleh anda lakukan.
Amalkan pemakanan seimbang
Dapatkan lebih banyak protein untuk badan. Misalnya anda perlu makan makanan yang kaya dengan protein seperti ikan atau ayam yang membantu menguatkan tulang dan otot. Selain itu, banyakkan pengambilan kalsium dalam susu atau bijirin. Jangan lupa hidangkan susu setiap pagi sebelum ke kolej ataupun sekolah. Pemakanan seimbang boleh membantu anda jadi lebih tinggi dan sihat.
Lakukan senaman sepanjang usia remaja
Ads
Pada usia remaja inilah anda perlu aktif lakukan aktiviti sukan dan amalkan pemakanan yang seimbang kerana kadar tumbesaran amat cepat pada peringkat ini. Cuba biasakan diri anda pergi ke gimnasium dan lakukan beberapa senaman secara kerap. Jika ia membebankan atau anda tidak digemari maka anda perlu sekurang kurangnya lakukan senaman ringan setiap hari selama 30 minit kerana aktiviti ini dapat meningkatkan ketinggian anda secara semula jadi.
Dapatkan tidur yang cukup setiap malam
Ads
Tidur adalah masa badan anda membesar, oleh itu tidur yang cukup perlu bagi memberikan masa kepada badan untuk membesar. Dapatkan tidur selama 9 jam hingga 11 jam setiap hari jika anda berusia di bawah 20 tahun. Hormon tumbesaran dihasilkan ketika waktu tidur. Oleh itu, tidur yang cukup dapat mempengaruhi kadar penghasilan hormon ini.
Catat tumbesaran
Ads
Banyak saja cara yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan ketinggian, namun anda perlu ingat bahawa alkohol dan dadah juga boleh mencacatkan kadar ketinggian anda terutamanya pada waktu remaja. Mengikut kajian saintifik, pengambilan steroid juga boleh mengganggu kadar tumbesaran. Remaja lelaki yang inginkan bentuk badan lebih menarik tidak perlu ambil steroid kerana ia hanya akan memberikan kesan lebih buruk.
Jika anda lahir dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai ketinggian yang ideal dan anda tidak pula tinggi maka anda perlu dapatkan rawatan daripada doktor. Apabila anda sudah mendapat tidur yang cukup dan amalkan pemakanan yang seimbang tapi kadar ketinggian tidak meningkat, anda perlu bertanyakan doktor apakah sebabnya dan cuba ikut apa yang doktor sarankan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Impak pisau cukup nyata boleh menyebabkan iritasi pada kulit wajah jika tidak dijaga dengan rapi. Kemerahan dan kerengsaan mampu buat kulit wajah merasa tidak selesa dan sudah pasti mengganggu perjalanan kerja. Proses mencukur bukan sahaja hanya untuk menghilangkan rambut di wajah malah memberi kesan kepada kulit. Atasi masalah ini dengan beberapa langkah.
Mandi air suam
Apa kata sebelum bercukur, mandi dahulu dengan menggunakan air suam. Air suam sebenarnya mampu membuatkan rambut dan kulit menjadi lebih lembut dan memudahkan rambut dicukur tanpa menjejaskan tekstur dan mencederakan kulit.
Aplikasi krim pencukur
Lelaki acap kali tidak mahu mengambil masa sedikit lama untuk mengemaskan jambang. Aplikasi krim pencukur di wajah nyata mampu buat pergerakan pisau lebih lancar dan selamat. Jika mahu lebih mudah, gunakan berus untuk meratakan krim di wajah dengan sempurna agar lebih lembut kala mencukur. Mencukur dalam kondisi kulit kering nyata boleh menyebabkan iritasi, masalah kulit berjerawat dan luka akibat geseran ketika mencukur.
Ganti pisau baru
Jika merasakan geseran akibat pencukur tidak lagi begitu tajam, gantikan pisau tersebut dengan yang baru. Hal ini adalah untuk mengelakkan kecederaan pada kulit wajah kerana mata pisau yang tidak tajam akan menyebabkan rambut tidak dicukur dengan kemas lantas mengakibatkan ketidakselesaan pada kulit.
Kurangkan tekanan
Ketika mencukur pastikan pergerakan pencukur tidak terlalu menekan pada permukaan kulit. Memberikan tekanan kepada kulit tidak semestinya dapat hasil cukuran yang lebih baik malah akan memberi impak iritasi yang lebih tinggi. Bagi mengelakkan pengendalian yang kasar ketika mencukur, gunakan ‘vibrating razor handle’ untuk mengurangkan tekanan yang dilakukan ketika mencukur.
Pastikan pisau bersih
Bersihkan pisau cukur dengan menggunakan air suam setiap satu atau dua kali cukuran ketika mencukur untuk menghilangkan kesan krim pencukur yang melekat pada bilah pisau. Hal ini adalah untuk mengelakkan kecederaan akibat krim yang menghalang pisau untuk mencukur dengan baik. Elakkan daripada menghentak pencukur kerana ia akan menyebabkan mata pisau mudah rosak dan tidak boleh digunakan semula. Gunakan ‘moisturizer’ untuk mengubati kerengsaan selepas bercukur.
Perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut, kisar dan tapis untuk dapatkan airnya. Selepas itu, CAMPURKAN PERAHAN DENGAN SEBIJI LIMAU NIPIS DAN BANCUH SEHINGGA SEBATI. ANDA BOLEH MINUM SEBANYAK DUA KALI SEHARI SEHINGGA MENCAPAI BERAT BADAN YANG DIIMPIKAN.
Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida di dalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.
Tip 2
JANGAN TINGGALKAN SARAPAN. ANDA MUNGKIN INGIN KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN KERANA BERDIET. LALU ANDA ABAIKAN SARAPAN. TETAPI, TINDAKAN ITU ADALAH KURANG BIJAK.
Alasanya? – Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.
Tip 3
KURMA SEBAGAI MAKANAN PAGI. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengah hari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu tengah hari. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolesterol berserta karbohidrat.
Tip 4
AMBIL MAKANAN KAYA SERAT DENGAN BANYAK PADA WAKTU MAKAN. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijirin penuh.
Alasannya? – Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.
Tip 5
SEDIAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN BERWARNA HIJAU, OREN DAN KUNING PADA WAKTU MAKAN. CONTOHNYA; BROKOLI, LOBAK, DAN BUAH-BUAHAN SITRUS SEPERTI LEMON ATAU LIMAU. Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.
Tip 6
Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari. Bagaimana? KURANGKAN LEMAK HAIWAN DI WAKTU MAKAN YANG BOLEH MENINGKATKAN KADAR KOLESTEROL DALAM DARAH. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.
Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan di bawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.
Tip 7
PASTIKAN SUMBER PROTEIN DALAM DIET HARIAN. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga kesokkan hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ubat pelangsing badan sama ada daripada jenis drug atau produk herba ialah ubat yang dapat mengurangkan berat badan atau mengatasi masalah kegemukan. Ia boleh dibahagikan kepada 5 kategori mengikut cara ia berfungsi iaitu:
1. Menghilangkan selera makan
Otak manusia mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semula jadi yang mengawal pemikiran, pergerakan dan fungsi organ-organ lain. Sesetengah ubat pelangsing badan bertindak dengan meningkatkan paras kimia ini terutama serotonin dan dopamine yang merencat selera makan. Ini akan mengakibatkan seseorang itu kurang makan dan akhirnya berat badan akan susut.
Contoh-contoh ubat adalah: Bagi jangkamasa pendek: fendimetrazin tartrate, metamfetamin, fentermin, fenfluramin, deksfenfluramin, dietilpropion, mazindol, benzfetamin dan fenil propanolamin.
Bahaya: Secara amnya; insomnia, mengalami mimpi ngeri, keresahan, lekas marah, keletihan, kemurungan, mulut kering, anoreksia, kekejangan pada kawasan perut, gangguan gastro, pening, gementar, masalah koordinasi, berpeluh, palpitasi, degupan jantung kencang, tekanan darah menjadi tinggi atau menurun, gangguan libido, impoten, kerosakan hati, jantung, penggantungan atau ketagihan dan tindakbalas psikotik termasuk skizofenia.
Selain dari dadah terdapat juga peptid hormon yang mampu merencat selera makan. Contohnya leptin, neuropeptid-Y, kolesistokinin, glukagon dan melanokortin. Walau bagaimanapun hormon-hormon ini masih dalam peringkat kajian.
2. Mengubah metabolisma lemak badan
Enzim lipase dari pancreas bertindak memecahkan lemak dalam makanan dan menjadikannya molekul yang lebih kecil iaitu asid lemak dan gliserol dan seterusnya menyerap ke dalam usus kecil. Terdapat ubat pelangsing badan yang dapat menghalang sebahagian enzim ini daripada bertindak memecahkan lemak dan seterusnya ia akan keluar dari badan melalui najis. Dengan ini hanya sedikit kalori terhasil dan berat badan dapat dikawal.
Contoh: ubat ini adalah orlistat (XenicalÒ) atau tetrahidrolipstatin.
Bahaya: kekejangan pada bahagian perut, cirit birit, gangguan usus, tidak dapat mengawal pembuangan najis atau lelehan najis berminyak.
3. Menghasilkan haba (thermogenesis)
Termogenesis merupakan proses penghasilan haba melalui pembakaran kalori daripada lemak. Ia biasanya berlaku apabila menggunakan kit bersenam. Namun demikian terdapat ubat pelangsing yang mampu merangsang thermogenesis dengan cara menukar lemak yang terkumpul kepada bentuk lemak yang terlarut dan melalui edaran darah akan di bawa ke tisu adipos (brtown adipose tissues) di mana ia akan “dibakar”.
Contoh: Efedrin dan terbiatan efedrin yang biasa diguna dalam merawat selsema dan asma tetapi juga boleh merangsang thermogenesis. Kesan efedrin akan bertambah dengan kehadiran kafein atau salisilat.
Bahaya: Meningkatkan tekanan darah, mempercepatkan denyutan jantung, insomnia, tremor dan ketegangan.
4. Membuang air kecil (diuretics)
Sesetengah ubat pelangsing badan mampu menyebabkan diuresis. Ubat diuretik bertindak dengan cara mengeluarkan air dengan banyak dari badan melalui kencing. Kehilangan air sebanyak 1 liter berkadaran dengan kehilangan berat sebanyak 1 kilogram. Oleh itu berat badan dapat dikurangkan dalam masa yang singkat.
Contoh: Furosemid, asid etakrinik, hidrokloroiazid, amilorid, acetazolamid, bumetanid dan lain-lain biasanya diguna dalam merawat tekanan darah tinggi. Penggunaan ubat diuretik dikesan bagi tujuan mengawal berat badan ahli sukan seperti tinju dan juga sebagai bahan “doping”.
Bahaya: Secara amnya menyebabkan kehilangan air yang banyak, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit dan seterusnya akan menyebabkan pula kelesuan, lemah otot, pening, loya anoreksia, impoten, penglihatan berwarna kuning, degupan jantung yang laju dan tidak normal, tekanan darah yang rendah, mulut kering, gangguan mental dan pendarahan dalam perut.
5. Ubat pelawas (laxatives)
Ubat jenis ini merangsang sistem penghadaman dan “mengosongkan” perut dan usus. Biasanya diguna bagi melawas pembuangan najis. Walau bagaimanpun ia boleh menyebabkan cirit birit. Kebanyakan ubat pelangsing jenis herba termasuk dalam kategori ini.
Contoh: Bisacodil, laktulos.
Bahaya: Secara amnya menyebabkan sakit dan kekejangan di bahagian perut, cirit birit yang berpanjangan akan menyebabkan kehilangan air. Vitamin dan garam galian yang banyak dari badan serta memberi kesan bahaya sama seperti diuretik.
Fentermin, orlistat dan diuretik dikategorikan sebagai ubat kawalan di mana penggunaannya memerlukan preskripsi daripada doktor. Ubat pelawas pula boleh dibeli dengan bebas di Farmasi. Lain-lain jenis ubat dan hormon tidak diluluskan oleh kerajaan dan tidak diperolehi di pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun anda perlu berhati-hati dengan produk herba atau tradisional yang mungkin dicampur dengan bahan-bahan ini seperti yang telah dikesan di dalam produk herba, Slim 10 dan Bestrim baru-baru ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.