Sesekali apa salahnya ubah selera masak ayam goreng pedas ala Korea untuk menu berbuka puasa. Pasti membuka selera! Yelah, dah selalu sangat makan ayam masak merah ataupun ayam goreng pun bosan juga.

Jadi untuk hujung minggu ini, tak perlu ke bazar Ramadan. Apa kata masaka sendiri menu berbuka puasa yang lebih jimat dengan hidangan ayam goreng pedas ala Korea ini.

Rasanya yang manis, masam dan pedas pasti buat anda kecur air liur. Malah nak membuatnya juga mudah. Orang bujang pun boleh buat resipi ayam goreng pedas ala Korea ini.

Kalau nak cuba, jom tengok resipi yang dikongsikan Wawa’s Kitchen di laman Facebooknya. Gerenti nak repeat lagi!

Ayam Goreng Pedas Ala Korea (Yangnyeom Chicken)

Bahan-bahan perap ayam:

● 10 ketul drummet – tak sampai sekilo bersih dan toskan
● 7 ulas bawang putih
● 2 inci halia
● 1 sudu besar lada hitam
● 1 sudu gula
● Secubit garam

Buat Sendiri Ayam Goreng Pedas Ala Korea Untuk Berbuka Ni, Gerenti Makan Bertambah!

Buat Sendiri Ayam Goreng Pedas Ala Korea Untuk Berbuka Ni, Gerenti Makan Bertambah!

Buat Sendiri Ayam Goreng Pedas Ala Korea Untuk Berbuka Ni, Gerenti Makan Bertambah!

Cara Perap Ayam:

1. Tumbuk kesemua bahan sehingga lumat. Saya tak pakai blend, saya tumbuk satu-satu sampai halus semuanya.

Buat Sendiri Ayam Goreng Pedas Ala Korea Untuk Berbuka Ni, Gerenti Makan Bertambah!2. Lumur pada ayam dan perap minimum 30 minit. Lagi lama lagi bagus.

Buat Sendiri Ayam Goreng Pedas Ala Korea Untuk Berbuka Ni, Gerenti Makan Bertambah!

Bahan-bahan tepung goreng ayam:

● 1 senduk tepung gandum
● 1 senduk tepung jagung

Cara-cara nak goreng:

1. Sebatikan kedua-dua tepung kering.

Buat Sendiri Ayam Goreng Pedas Ala Korea Untuk Berbuka Ni, Gerenti Makan Bertambah!2. Ayam yang dah diperap tadi masukkn ke dalam adunan tepung sambil golek-golekkan ayam tadi.

Buat Sendiri Ayam Goreng Pedas Ala Korea Untuk Berbuka Ni, Gerenti Makan Bertambah!3. Ready to deep fry. Minyak betul-betul panas dan masuk ayam control ja api sampai ayam semua masak.

Buat Sendiri Ayam Goreng Pedas Ala Korea Untuk Berbuka Ni, Gerenti Makan Bertambah!4. Dah siap ayam goreng, toskan minyak sampai betul-betul kering.

Bahan-bahan sos:

● 3 ulas bawang putih
● 2 sudu cili blender
● 2 sudu besar gula
● 4 sudu sos cili
● 3 sudu sos tomato
● 2 sudu madu
● 1 sudu juice lemon
● Garam secukup rsa

Cara buat sos:

1. Tumis bawang putih dan cili blender sehingga garing dengan sedikit minyak.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan madu.
3. Biarkan seketika kemudian masukkan juice lemon.
4. Kacau sebati masukkan garam dan sejukkan.

Buat Sendiri Ayam Goreng Pedas Ala Korea Untuk Berbuka Ni, Gerenti Makan Bertambah!

Buat Sendiri Ayam Goreng Pedas Ala Korea Untuk Berbuka Ni, Gerenti Makan Bertambah!

Buat Sendiri Ayam Goreng Pedas Ala Korea Untuk Berbuka Ni, Gerenti Makan Bertambah!

Bahan-bahan hiasan:

● Sanggai bijan secukupnya
● Daun bawang hiris

Walaupun nak acah-acah Korea tapi tetap kena makan dengan nasi ???

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI