
Bila bulan puasa dapat pula minum bubble pearls yang sedang tular sekarang ni, memang lega tekak. Tapi maklum sajalah, kalau beli bubble pearls kat kedai tak boleh nak beli selalu.
Jangan risau! Nak jimat kos, kini anda tidak perlu lagi beli bubble pearls di kedai. Seorang pengguna Facebook, Nurul Atikah Mustafa berkongsi resipi membuat bubble pearls cara mudah menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Selain bahan-bahannya mudah, kalau buat sendiri memang menjimatkan sebab boleh minum sepuas hati. Lagi sedap minum dengan teh ais, confirm sedap!
Resipi buat bubble pearls
Nak share black pearls/ bubble pearls yg saya buat berbuka semalam. Resepi dari sini & olahan sikit dari ig. Simple je resepi ni. Boleh buat sesambil tengok Jejak Rasul hehe!
Sedap minum dengan teh ais. Ala-ala beli Chatime & Tealive gitu hehe! Boleh jugak kalau buat ngan air kopi ais. Lega tekak seharian berpuasa. Best boleh kunyah2 siap hehe.
Bahan-bahan dia:
– 1 cawan tepung ubi
– 1/2 cawan air panas (untuk uli doh)
– Pewarna hitam (Pewarna biru+merah+hijau. Ada je jual pewarna hitam kat bakery tu) *sukatan agak2 la ye
– Secubit garam halus
– 4 cawan air
– 1 cawan gula perang
Caranya:
1. Tepung ubi buh garam. Gaul rata. Masukkan air panas sikit sikit sambil uli sampai doh tak melekat kat tangan. Kacau dengan sudu lah sebab panas. Masukkan pewarna dan uli lagi. Kalau kering sangat doh tu buh la air sikit lagi.
2. Bentukkan doh tadi bulat kecik ya! Nak senang gentel pepanjang pastu potong pakai pisau dan gentel lagi bulat-bulat.
3. Masukkan 4 cawan air + gula perang dalam periuk/pan. Biar mendidih api sederhana.
4. Masukkan hasil doh yang bulat kecik tu ke dalam air gula yang mendidih tadi. Kecik je tau api. Masak dalam 30 – 40 minit or sampai likat air gula tu. Kalau masak sekejap nanti liat plak black pearls tu.
5. Dah siap simpan dalam bekas lain sekali ngan air gula tu. Simpan peti lah boleh cedok je tiap kali nak.
6. Hidanglah dengan minuman kegemaran korang macam teh ais ke. Fuhhh nikmat!?
Jam Pintar Dengan Pakej Mengagumkan, HUAWEI Watch GT 3 SE Sarat Ciri Kawalan Aktiviti Harian

Mungkin di kalangan pengguna konvensional lebih mengenali jenama HUAWEI dengan barisan seleksi telefon pintar keluaran mereka. Namun jenama asal China ini kian mengorak langkah dalam menghasilkan pelbagai variasi peranti pintar.
Ini termasuklah dalam penghasilan jam pintar yang pada masa kini menjadi salah satu peranti yang cukup popular dalam penggunaan harian pengguna. Sebenarnya HUAWEI bukanlah baharu dalam penghasilan jam pintar.
Malah mereka sebelum ini cukup giat mempromosikan peranti bagi kategori ini. Terbaru, HUAWEI Watch GT 3 SE hadir di pasaran menjanjikan sesuatu yang mampu memenuhi aktiviti aktif pengguna dalam kehidupan harian.
MASKULIN berkesempatan menguji dan menggunakan sendiri jam pintar ini selama lebih kurang dua minggu. Apa yang boleh dikatakan tentang HUAWEI Watch GT 3 SE ialah ia menepati ramalan banyak pihak sebagai sebuah jam tangan pintar yang cukup inklusif dalam tawaran pelbagai ciri kecergasan dan kesihatan.
REKAAN
Pada padangan pertama, Huawei Watch GT 3 SE hadir dengan binaan jam tangan klasik yang berbentuk bulat dengan bentuk bulat dengan cincin muka bernombor di sekeliling luar. Ia bukanlah satu rekaan yang biasa kita lihat pada jam pintar di pasaran namun pendekatan ini memberikan satu kelainan bagi peranti HUAWEI ini.
Berbeza dengan model lain, Huawei Watch GT 3 SE hadir dalam satu saiz sahaja iaitu dengan ukuran 46mm. Ia hadir dengan tawaran dua variasi warna iaitu Wilderness Green dan Graphite Black. Dari segi tawaran tali jam atau badn juga cukup terhad. Namun ia tidaklah menjejaskan penampilan dan fungsi penggunaannya kerana tali yang asal sudah cukup memuaskan.
HUAWEI Watch GT3 SE hadir dengan paparan skrin bulat AMOLED 1.43 inci. Ia bukan sahaja cukup terang dan jelas untuk digunakan malah sangat responsif dengan kepekan sentuhan yang sangat baik bagi kegunaan pelbagai fungsi.
SPESIFIKASI HUAWEI Watch GT 3 SE
- Skrin: 1.43 inci AMOLED, 466 x 466 pixels
- Memori: 4GB RAM
- Sistem operasi: HarmonyOS 2.0
- Ketahanan bateri: Up to 14 days
- Ciri: Speaker, accelerometer, gyroscope, magnetometer, optical heart rate sensor, barometer
- Sokongan sambungan: Android 6.0 atau kemudian, iOS 9.0 atau kemudian
- Dimensi: 46.4mm x 46.4mm x 11mm
- Berat: 35.6g
SOKONGAN PERISIAN
Sesebuah peranti pintar pastinya tidak dapat berfungsi dengan sempurna tanpa sistem operasi yang bagi. Bagi HUAWEI WATCH GT 3 SE, ia menggunakan sistem operasi Harmony OS. Selain kebolehsambungan dengan peranti pintar HUAWEI yang lain, ia juga serasi untuk penggunaan bersama peranti Android dan iOS.
Ia boleh dilakukan dengan cukup mudah dengan sambungan menerusi palikasi melalui HUAWEI Health. Pengalaman melakukan proses sambungan jam tangan ini ke peranti iOS seperti MASKULIN lalui juga cukup mudah. Hanya perlu log masuk atau sediakan ID HUAWEI, dan terus boleh digunakan.
Aplikasi HUAWEI Health itu sendiri merupakan standard yang cukup baik bagi sebuah aplikasi menawarkan ciri kecergasan dan kesihatan.
Ia menawarkan ciri seperti kiraan langkah, pembakaran kalori, mod senaman, kadar denyutan jantung, SpO2, sebut sahaja. Semua ini diletakkan dalam jubin yang boleh disesuaikan dalam aplikasi.
Bagi paparan atau ‘wajah’ jam pula HUAWEI menawarkan pelbagai reka bentuk dan tema yang juga boleh didapati menerusi aplikasi HUAWEI Health. Pengguna juga boleh melakukan ubah suai mengikut selera masing-masing seperti meletakkan foto sendiri sebagai ‘face watch’. Lambakan rekaan yang ditawarkan juga merupakan satu bonus yang cukup besar untuk pengguna HUAWEI Watch GT 3 SE.
CIRI MENARIK & KELEBIHAN UTAMA
Untuk mengatakan HUAWEI Watch GT 3 SE sebagai seutas jam tangan pintar terbaik di pasaran mungkin satu perkara yang berlebihan. Namun begitu bagi pengguna konvensional seperti penulis, jam ini memberikan apa yang diperlukan dalam aktiviti harian.
Jam yang berteraskan kesihatan dan kecergasan ini mampu memberikan data yang cukup banyak dan baik untuk kita melihat sendiri kondisi fizikal badan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan lebih 100 mod senaman kecergasan yang boleh kita ikuti.
Selain itu, ia juga mesra dengan aktiviti air kerana kemampuan kalis airnya sehingga 5ATM. Jadi usah risau jika ingin melakukan aktiviti renang sambil memakai jam tangan ini. Malah, pakailah jam ini untuk mengukur tahap kecergasan anda ketika berenang.
Fungsi pengesanan auto terhadap senaman juga berfungsi dengan cukup baik. Sebagai contoh apabila melakukan larian selama dua atau tiga minit ia akan terus mengesan data larian. Manakala apabila berhenti ia juga akan otomatik berhenti dengan sendirinya.
Data-data yang diperolehi ketika melakukan aktiviti kecergasan juga cukup pelbagai. Antara data penting yang ditawarkan ialah jarak, tempoh, kelajuan, carta kadar jantung dan kadar pemulihan serta kalori yang terbakar. GPS terbina dalam dalam jam tangan juga bermakna saya boleh mendapatkan peta visual yang bagus bagi laluan walaupun tanpa membawa telefon saya keluar.
KETAHANAN BATERI
Salah satu perkara yang cukup mengagumkan ada pada HUAWEI Watch GT 3 SE ialah ketahanan baterinya yang luar biasa. Menurut HUAWEI ia boleh bertahan sehingga 14 hari dan ia sebenarnya tidak jauh dengan dakwaan itu.
MASKULIN menggunakan jam ini selama kira-kira 12 hari dengan penggunaan yang agak kerap. Ia satu pencapaian yang cukup hebat bagi sebuah jam tangan pintar. Bagi anda yang tidak gemar untuk kerap mengecas jam tangan inilah antara model paling sesuai.
HUAWEI Watch GT 3 SE didatangkan dengan kepingan pengecas plastik yang dipalamkan ke dalam port USB standard. Sebagai alternatif, ia boleh dicas dengan mana-mana pengecas wayarles serasi Qi.
Jadi jika anda ingin melakukan aktiviti perkhemahan luar kawasan contohnya, tidak perlu risau untuk mengecas jam pintar. Ia pasti mampu bertahan sehingga anda habis aktiviti.
Secara keseluruhannya, HUAWEI Watch 3 GT SE merupakan jam pintar yang cukup inklusif dalam fungsinya kepada pengguna konvensional. Ia sangat ringan dan selesa digunakan serta sarat dengan pelbagai fungsi yang mampu memberikan pelbagai manfaat kecergasan dan kesihatan. HUAWEI Watch 3 GT SE kini ditawarkan pada harga RM899 di pasaran. Jika berminat boleh dapatkannya di link berikut; https://invol.co/clfb7r1.
Rating MASKULIN: 3.5/5
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Rahsia Wanita Sentiasa Pilih Lelaki Miliki Sifat Humor Yang Tinggi Sebagai Pasangan

Kita sering mendengar ramai wanita menyenaraikan ‘kelakar’ sebagai antara ciri-ciri lelaki idaman mereka.
Adakah anda tidak tertanya-tanya mengapa ciri-ciri itu sangat penting bagi mereka? Sejarah membuktikan lelaki yang mempunyai perwatakan ceria dan lucu mudah mendapat perhatian kaum wanita.
Mereka yang ada sense of humor ini juga mudah mendapat kepercayaan kaum berlainan jantina.
Apakah yang boleh kita definisikan sebagai seorang lelaki yang lucu dan kelakar? Dan apa pula bezanya dengan lelaki yang ada sense of humor?
Lelaki kelakar – Lelaki yang sentiasa menjadikan setiap percakapan atau perbuatannya menjadi lawak/ kadang-kadang menjadikan ia sebagai kerjaya.
Lelaki ‘Sense of humour’ – Tidak sering berlawak tetapi setiap tindakannya menggembirakan dan menyenangkan hati orang di sekeliling.
PILIHAN WANITA
Sebenarnya wanita lebih memilih dan mengejar yang mempunyai sense of humour berbanding lelaki kelakar. Ini kerana, kebanyakan lelaki kelakar agak merimaskan hidup mereka.
Tidak serius dengan percakapan dan perbuatan mereka tidak meyakinkan. Jika ada masalah dan anda asyik berlawak tidak kira masa dan tempat, pasangan akan menganggap anda tidak bermakna kerana tidak membantu mereka dalam apa sahaja situasi.
Berbanding lelaki SOH, mereka lebih relaks apabila bercakap dan memberi impak lucu kepada yang mendengar serta mendamaikan jiwa. Di dalam sesuatu hubungan, lelaki sebegini merupakan satu kebaikan kepada hidup anda. Mereka mudah membahagiakan pasangannya. Jika berselisihan faham atau bergaduh, lelaki ini bijak memujuk dengan cara tersendiri dan tidak membiarkan masalah melanda tergantung begitu sahaja.
Ciri-ciri lelaki Sense Of Humours
Gentlemen – mudah menerima kenyataan dan mendahulukan perkara yang sepatutnya. Tidak terlalu serius dengan kehidupannya dan tidak juga lepas tangan dengan perbuatannya. Mendengar dan bertindak dengan sewajarnya.
Cepat tenang – tidak stres dalam hidup dan kehidupan mereka sihat kerana menerima positif dan negatif dengan terbuka.
Positif – bukan hanya berlawak kosong tetapi diselitkan dengan pengajaran sekali. Selalunya pasangan akan merasa jiwanya terisi dengan kehadiran lelaki sebegini.
RAHSIA LELAKI UNTUK WANITA
Dengan info di atas, maka anda sudah mengetahui satu lagi rahsia dari seorang lelaki. Dunia lelaki cukup mudah tetapi agak sukar untuk difahami oleh wanita. Jika anda wanita mempunyai pasangan kelakar, syukur kerana hidup anda dilimpahi dengan keriangan tetapi mungkin anda dapat membantunya menjadi lebih bijak dengan memberi nasihat di atas. Jika anda memiliki pasangan lelaki SOH, ternyata anda cukup bertuah!.
Misi #QuranHour Tampil Dengan Tiga Program Utama: World #QuranHour, Malaysia #QuranHour & World #QuranConvention

Di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini pelbagai program yang mengajak ke arah kebaikan dan ketuhanan sememangnya cukup disambut baik oleh orang ramai. Salah satu ibadah yang cukup memberikan keberkatan ialah membaca Al-Quran.
Saban tahun program #QuranHour telah membawakan program bacaan Al-Quran pada skala yang cukup besar. Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) berkolaborasi dengan rakan Sinergi Media Malaysia untuk menjayakan Misi #QuranHour melalui tiga program utama, iaitu World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention.
Sinergi tersebut telah disempurnakan pada satu Majlis Taklimat Sinergi Media Malaysia, di platform Zoom, pada 15 April 2022 yang lalu.
Lebih istimewa sesi taklimat tersebut turut oleh wakil media seperti TV AlHijrah, Astro, RTM, Bernama, Utusan TV, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, Zayan FM, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima, Harakah Daily dan Denaihati.com.
DUNIA BERSUJUD
Edisi World #QuranHour buat kali ketujuh ini tampil dengan tajuk “Dunia Bersujud”. Ia bakal disiarkan secara langsung di lokasi perdana, Studio TV AlHijrah, pada 24 Ramadan 1443H bersamaan 26 April 2022.
Manakala, Malaysia #QuranHour diadakan pada 30 Ogos 2022 dan World #QuranConvention pada 17 dan 18 Disember 2022.
Ketiga-tiga program utama tersebut turut dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama daripada rakan sinergi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai penaja, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.
Manakala, Surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan pada kempen gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) sepanjang tahun ini. Surah tersebut menjadi formula daripada Ilahi untuk meningkatkan rasa kehambaan kepada ALLAH, dan panduan penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.
TV AlHijrah sebagai penyiar utama mengalu-alukan semua rakan media untuk mengambil “live feed” World #QuranHour pada hari tersebut. Diharapkan stesen TV lain seperti Astro, RTM, Media Prima dan Bernama TV turut sama menyiarkan program ini serentak pada 26 April 2022, Selasa, pukul 12 hingga 1 tengah hari.
SECARA HIBRID
Sesi taklimat tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Sajdah yang dibimbing oleh Qari Ustaz Ahmad Tirmizi Ali. Manakala sesi tadabbur disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.
Pengasas WUIF dan juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Dato’ Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif, WUIF, Marhaini Yusoff berkongsi maklumat mengenai penganjuran World #QuranHour 1443H/2022.
Sementara itu, TV Al-Hijrah yang diwakili oleh Pengurus Besar, Jabatan Kejuruteraan & Sokongan Penyiaran, Suffian Yahya dan Pengurus Penerbitan, Mohd Ashrudy Borhan memberi taklimat teknikal kepada rakan Sinergi Media.
Pada 2021, World #QuranHour yang diadakan secara hibrid mencatatkan 485 bilion capaian di media sosial, 2,700 lokasi berdaftar di dalam negara dan 42 lokasi luar negara.
Orang ramai termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan NGO di dalam dan luar negara dijemput menyertai atau menganjurkan World #QuranHour 1443H di lokasi masing-masing dengan mendaftar Hotspot di https://bit.ly/REGWQH2022.