
Bagi yang suka membuat aktiviti barbeku di rumah, ini cadangan untuk anda. Apa kata buat tempat khas untuk aktiviti tersebut agar lebih selesa. Sebagai panduan boleh gunakan perkongsian Azlan Idris untuk rujukan.
Menurut beliau, ruang ini dihasilkan untuk dijadikan tempat santai menikmati suasana barbeku bersama keluarga tercinta. Turut dikongsikan cara membuat patio tersebut.
Jadi buat anda yang terinspirasi untuk hasilkan patio seumpamanya, bolehlah lihat langkah demi langkah yang dikongsikan oleh beliau.
DIY PATIO BLOCK STONE
Langkah 1 : Tentukan dan ukur keluasan yang ingin dijadikan ruang patio. Untuk keluasan ini adalah 100 inci X 150 inci.
Langkah 2 : Korek dan ratakan tanah mengikut keluasan yang ditandakan.
Langkah 3 : Taburkan pasir dan padatkan agar permukaan menjadi rata. Setelah itu barulah susun batu.
“Abang beli di area rumah ini, Ulu Yam RM1.20 satu batu. Di tempat lain kalau ada murah tak tau lah. Total cost lebih kurang RM500 saja waktu itu.”
“Ada yang letak batu gravel sebelum pasir tapi kalau setakat orang je yang naik atas cukup dah pasir. Kalau nak yang parking kereta bagai elok 2 lapis, batu gravel kemudian pasir. Dah padat baru susun batu,” tulisnya di ruangan komen bila ramai yang bertanya soalan kepadanya.
Langkah 4 : Bersihkan kesan pasir di celah-celah batu dengan air paip.
Langkah 5 : Siap dan bolehlah letakkan meja, kerusi dankelengkapan barbeku mengikut susun atur yang sesuai.
Sumber : Azlan Idris
Lain Saiz Badan Lain Jenis Kemeja, Ini 3 Jenis Lipatan Yang Anda Harus Tahu

Tak lengkap bagi seorang lelaki jika tak memiliki kemeja di dalam almari mereka. Malah ia merupakan pakaian asas yang WAJIB ada bagi lelaki.
Kemeja mempunyai pelbagai jenis dan dipakai untuk pelbagai majlis, acara atau aktiviti berbeza. Kemeja juga boleh menjadi pelengkap gaya stylo untuk tampil secara formal mahupun gaya streetwear.
Tapi tahukah anda selain pelbagai jenis rekaan potongan kemeja juga mempunyai jenis-jenis lipatan berbeza?
Ramai lelaki kini masih memilih kemeja yang mempunyai lipatan yang salah mengikut ukuran saiz badan mereka.
Sebenarnya terdapat tiga jenis lipatan kemeja yang wajib diketahui oleh lelaki sebelum membeli kemeja. Terdapat tiga jenis lipatan yang anda patut tahu seperti di bawah:
BACA: 5 Trik Pakai Kemeja Yang Ramai Orang Tak Tahu, Barulah Kemas!
1. Centre Box Pleat
Kemeja yang mempunyai centre box pleat atau lipatan tengah di bahagian belakang sesuai dipakai oleh lelaki yang memerlukan ruang yang lebih di bahagian perut. Dalam bahasa ringkasnya sesiapa yang ada peurt buncit bolehlah memilih kemeja yang ada lipatan ini. Ia memberikan ruang lebih besar untuk badan anda. Bagi anda yang kurus elakkan memilih kemeja ini kerana ia boleh memberikan efek longgar.
2. Side Pleat
Jika di lihat di bahagian belakang, kemeja ini mempunyai dua lipatan di kiri dan kanan. Kemeja yang mempunyai lipatan ini sebenarnya direka khusus untuk lelaki yang mempunyai ruang lebih besar di bahagian dada, bahu dan lengan. Untuk anda yang memiliki badan tegap dan ‘sado’, inilah kemeja yang harus menjadi pilihan anda!
3. Pleatless
Ini pula kemeja yang langsung tiada sebarang lipatan di bahagian belakang. Rekaan seperti ini dihasilkan khusus untuk lelaki yang mempunyai siaz badan sedang-sedang. Anda tidaklah kurus dan tidak juga tegap atau memiliki badan yang besar. Ini kerana badan anda tidak mempunyai sebarang masalah untuk nampak fit dengan kemeja. Bagi anda yang kurus dan memiliki badan sedikit tegap pilihlah potongan kemeja regular fit dan bukannya slim fit. Nanti nampak macam buah nangka kena bungkus pula nanti.
Tewas Acara Keirin, Tapi Azizulhasni Awang Berjaya Raih Pingat Emas Di Korea Selatan!

Jumaat lalu ketika bertanding dalam acara Keirin, Azizulhasni Awang tewas kepada pelumba Jepun, Yuta Wakimoto namun hari ini dia berjaya membalas dendam dengan menewaskan pelumba Jepun dalam acara Pecut sekaligus merangkul pingat emas.
Menurut laporan Berita Harian, saingan tersebut berlangsung di Velodrom Jincheon National Training Center yang mana menyaksikan Azizulhasni sebagai Raja Pecut Asia berjaya merangkul pingat emas pecut lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia ke-40.
Dia membawa gelaran sebagai juara bertahan tetapi tewas pada perlumbaan pertama telah bangkit untuk memenangi perlumbaan kedua serta penentuan untuk menewaskan Wakimoto. Pelumba yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman berjaya menghadiahkan emas pertama negara dalam kejohanan tersebut.
MASKULIN juga turut berbangga dengan kejayaan Azizulhasni Awang. Go Jijoe Go!!
Sumber: Berita Harian
Kredit Gambar: Stadium Astro
Kolaborasi Artis Hip Hop, Airliftz Bersama Colgate Perkasakan Kempen ‘Smile Strong’

Dari mata turun turun ke hati, dari senyuman membawa kebahagian. Tidak dinafikan senyuman merupakan antara pengenalan diri yang cukup kuat bagi setiap insan.
Dengan senyuman juga seseorang itu mampu mendekatkan diri mereka dengan orang lain. Sebagai salah satu jenama yang cukup terkait dalam penjagaan gigi, Colgate tampil dengan sebuah kempen yang cukup menarik.
Terbaru, Colgate mengumumkan kempen ‘Smile Strong’ yang turut menampilkan bintang hip hop dan komposer dikenali dengan nama Airliftz. Ia merupakan sebuah kempen Colgate kepada rakyat Malaysia bagi menzahirkan keberanian untuk senyum ketika berdepan dengan cabaran.
Seruan itu juga mengingatkan semua agar tidak sekali-kali membiarkan apa-apa mahupun sesiapa sahaja menafikan impian demi mencapai masa hadapan yang dapat dibanggakan.
KONGSI KISAH
Apatah lagi dunia berdepan pandemil di mana ramai orang sukar untuk bersikap positif terhadap masa hadapan disebabkan tahap optimisme yang rendah. Ditambah pula dengan peningkatan pengaruh media sosial, generasi muda khususnya berasa tertekan untuk menuruti persepsi kecantikan dan kejayaan yang tertentu.
Mempercayai bahawa senyuman dapat menyerlahkan sikap optimis semula jadi individu, Colgate berpadu tenaga dengan Airliftz untuk berkongsi kisah beliau melalui pelbagai saluran. Membuka tirai kolaborasi ialah sebuah filem yang membawa rakyat Malaysia menelusuri perjalanan hidup Airliftz sejak zaman kanak-kanak.
Filem berdurasi 90 saat itu memaparkan daya tahan optimis beliau untuk terus cekal dalam menangkis negativiti disebabkan oleh rupa paras beliau. Di samping itu, ia turut menunjukkan bagaimana beliau bangkit mengatasi segala tanggapan stereotaip, prejudis serta prasangka buruk untuk mengejar cita-cita beliau serta meraih kejayaan dengan memanfaatkan kuasa senyumannya.
“Colgate percaya bahawa setiap individu – tanpa mengira usia, bangsa, gender, atau paras rupa – berhak memiliki masa hadapan yang dapat dibanggakan. Kami tekad berkongsi senyuman yang tulen untuk menyerlahkan kuasa sikap optimis seperti kisah hidup Airliftz.
“Ia merupakan teladan bagaimana anda mampu menjadi perisai dalam menempuhi sebarang cabaran dengan berbekalkan kekuatan untuk kekal optimis serta menumpukan fokus terhadap keunikan individu,” jelas See Mei Sin, Pengarah Pemasaran Bersekutu (Penjagaan Oral), Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd.
MENGINSPIRASIKAN PERUBAHAN
Dengan menyampaikan kisah hidup Airliftz, Colgate berharap untuk menginspirasikan sebuah masyarakat Malaysia yang optimis. Tambah Mei Sin, “Keadaan atau cabaran kehidupan yang dihadapi setiap individu sememangnya berbeza.
Namun dengan memanfaatkan kuasa senyuman, bukan sahaja kita dapat mencetuskan perubahan pada diri sendiri malah menginspirasikan perubahan dalam diri orang di sekeliling kita. Hakikatnya, di sebalik senyuman, terukir kekuatan.”
Kekuatan, keyakinan dan keazaman yang telah merintis perjalanan hidup Airliftz merupakan bukti ketahanan kuasa sikap optimis. “Sepanjang hidup saya dilemparkan dengan pelbagai ejekan, namun pengalaman mengajar saya bahawa negativiti hanya akan menyebabkan anda jatuh mundur.
Walau sekian lama saya cuba untuk tidak mengendahkannya, saya hanya perlu menyelami diri sendiri untuk menemui kekuatan itu – dan ia bermula dengan senyuman yang berkuasa. Melawan balik bukanlah cara saya. Bagi menangani negativiti, saya sebaliknya membalas dengan berbuat baik, bersikap optimis dan melemparkan senyuman,” kongsi beliau.
Kempen Smile Strong yang dibintangi Airliftz kini berstrim secara dalam talian di Youtube. Airliftz juga telah melancarkan versi penuh lagu asal beliau Smile Strong seperti yang kedengaran dalam filem, di platform penstriman muzik utama.