
Tahun 2026 ternyata menjadi antara tempoh paling sibuk dalam perjalanan Khairul Aming sebagai pempengaruh dan usahawan.
Selepas membuka restoran pertamanya, Rembayung, di Kampung Baru pada Januari dengan pelaburan sekitar RM4 juta, beliau turut meneruskan siri kandungan Ramadan yang sudah menjadi tradisi tahunannya.
Malah, pembukaan Rembayung menerima sambutan luar biasa apabila ratusan pelanggan hadir sejak hari pertama operasinya.
Di sebalik jadual kerja yang cukup padat itu, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman kini mencuri perhatian menerusi satu lagi pencapaian peribadi iaitu berjaya menurunkan berat badan sebanyak 24 kilogram dalam tempoh setahun.

Transformasi tersebut dikongsikannya menerusi sebuah video di media sosial yang memperlihatkan perubahan fizikalnya selepas konsisten menjaga pemakanan dan melakukan senaman.
Apa yang membuatkan pencapaian itu lebih menarik ialah proses tersebut berlaku ketika jadual kerjanya berada pada tahap cukup sibuk.

Selain menguruskan pembukaan Rembayung, Khairul Aming turut berdepan jadual menghasilkan kandungan sepanjang Ramadan serta proses membina dan melancarkan produk Sambal Bilis. Namun, semua kesibukan itu tidak menghalangnya daripada mencari ruang untuk menjaga kesihatan.
Tetap Cari Masa Untuk Bersenam
Menurut perkongsiannya, antara perkara yang kekal dilakukan sepanjang proses menurunkan berat badan ialah menjaga pemakanan dengan mengamalkan konsep eat clean serta melakukan senaman secara konsisten.
Khairul Aming turut menjadikan kunjungan ke gimnasium sebagai sebahagian daripada rutin hariannya.
Perubahan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa proses mendapatkan tubuh lebih sihat bukan semata-mata bergantung kepada “diet sementara”, tetapi memerlukan disiplin dan pembentukan rutin yang boleh dipertahankan untuk tempoh panjang.
Menariknya, sebahagian pengguna media sosial turut memuji pendekatan Khairul Aming yang dilihat tidak terlalu menonjolkan setiap sesi senamannya.
Ada yang menyedari bahawa beliau sebenarnya konsisten ke gimnasium hampir setiap hari, tetapi jarang menjadikan aktiviti tersebut sebagai kandungan utama atau memuat naik setiap sesi latihan ke Instagram Story.
Bagi sesetengah pengikut, perkara itu menjadikan transformasinya lebih menarik kerana hasil perubahan tersebut muncul selepas proses yang dilakukan secara konsisten di belakang tabir.
Netizen Puji, Ada Juga Sempat Berseloroh
Seperti kebanyakan perkongsian Khairul Aming, video transformasinya menerima reaksi positif daripada pengguna media sosial.
Ramai memuji disiplin beliau yang masih mampu menjaga pemakanan dan bersenam walaupun menguruskan pelbagai projek besar serentak.

Tidak kurang juga pengguna Threads yang sempat meninggalkan komen berseloroh melihat perubahan fizikal usahawan tersebut.
“Owner kurus, pembeli montel. Bijak permainan dia,” ujar seorang pengguna secara berjenaka.
Gurauan itu berkait rapat dengan identiti Khairul Aming yang cukup sinonim dengan dunia makanan. Daripada video masakan, produk makanan hinggalah pembukaan restoran sendiri, sebahagian besar kerjayanya dibina dalam industri yang sentiasa dikelilingi makanan.
BACA: Ramadan Ondash Tolak Pertarungan Semula Dengan Johan Ghazali
Namun transformasinya menunjukkan bahawa bekerja dalam industri makanan tidak semestinya menjadi alasan untuk mengabaikan kesihatan.
Sumber:
Lihat siaran ini di Instagram
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




