Lelaki yang pernah mencipta sejarah sebagai penjaga gol termahal dunia, Kepa Arrizabalaga kini sah bergelar pemain Arsenal. Dengan nilai perpindahan sebanyak £5 juta pound, bintang Sepanyol berusia 30 tahun ini bersedia membuka lembaran baharu dalam kariernya di Stadium Emirates.
Untuk rekod, Kepa masih memegang status sebagai penjaga gol paling mahal dalam sejarah bola sepak dunia selepas Chelsea membelinya dari Athletic Bilbao pada 2018 dengan harga £71 juta pound. Kini, selepas beberapa musim penuh liku bersama Chelsea, Bournemouth, dan Real Madrid, dia kembali ke Liga Perdana Inggeris, kali ini bersenjata impian besar bersama The Gunners.
SEMANGAT BARU, MISI BAHARU
Dalam satu kenyataan rasmi, Kepa meluahkan keterujaannya:
“Saya sangat, sangat gembira berada di sini. Cita-cita yang ditunjukkan di kelab ini jelas. Bila saya bercakap dengan Mikel Arteta dan jurulatih penjaga gol, Inaki Cana, saya dapat rasa betapa besarnya keinginan mereka untuk menang. Kami sangat hampir untuk bergelar juara… Semoga bersama-sama, kami boleh mencapainya,” ujar Kepa.
Kepa menyertai Arsenal dengan kontrak selama tiga tahun, selepas musim lalu dipinjamkan ke Bournemouth dengan mencatat 35 penampilan. Penampilannya yang konsisten di Cherries membuka mata banyak pihak, termasuk Arsenal yang kini serius memperkukuh posisi benteng terakhir mereka.
PERSAINGAN SIHAT DENGAN DAVID RAYA
Kehadiran Kepa dijangka menyemarakkan persaingan di posisi penjaga gol utama, terutamanya dengan rakan senegaranya, David Raya, yang turut menjadi tonggak Arsenal musim lalu.
Ads
Namun, tiada istilah permusuhan buat mereka, sebaliknya, persaingan sihat bakal melonjakkan prestasi kedua-duanya.
“David adalah penjaga gol yang hebat. Kami dah biasa bersama di skuad kebangsaan Sepanyol. Persaingan itu normal, tapi matlamat kami sama — untuk menang dan menjadi yang terbaik,” tambah Kepa.
Musim lalu, Arsenal turut meminjam penjaga gol Brazil, Neto dari Bournemouth, namun memilih untuk tidak menandatangani pemain itu secara kekal — membuka ruang buat Kepa mengisi kekosongan berprofil tinggi tersebut.
DARI CHELSEA KE REAL MADRID, KINI EMIRATES JADI PENTAS BAHARU
Sepanjang karier, Kepa sudah bergelar juara pelbagai kejohanan besar — termasuk Liga Juara-Juara UEFA, Liga Europa, dan Piala Dunia Kelab bersama Chelsea.
Ads
Bahkan, musim lalu, dia dipinjamkan ke Real Madrid dan terus menyumbang kepada kejayaan Los Blancos memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara.
Kini, lelaki kelahiran Ondarroa, Sepanyol ini bersedia menggegar pentas Liga Perdana Inggeris sekali lagi — namun dengan jersi merah putih Arsenal.
TAK TAKUT CABARAN
Kisah Kepa adalah refleksi tipikal lelaki moden yang tidak takut keluar dari zon selesa, sentiasa berani mencabar diri dan konsisten memburu impian. Biarpun pernah dihujani kritikan, dia kekal fokus dan berdisiplin, hingga kembali berada di radar kelab besar seperti Arsenal.
Buat anda yang gemar bersaing, bermotivasi tinggi, dan tidak gentar dengan tekanan — semangat Kepa ini patut dijadikan inspirasi. Kejayaan bukan hanya tentang bakat, tapi soal mentaliti, konsistensi, dan keberanian untuk bangkit.
Ads
Musim 2024/25 bakal jadi penentu — mampukah Kepa buktikan dirinya masih layak digelar antara penjaga gol elit dunia? Atau adakah dia bakal cipta semula magis di bawah bimbingan Arteta?
Apa jua jawapannya, satu yang pasti — Stadium Emirates kini lebih ‘bertenaga’ dengan kehadiran Kepa Arrizabalaga.
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan di Malaysia.
Beliau adalah pemilik dan Pengarah Urusan Weststar, sebuah syarikat yang terkenal dengan kepakaran dalam industri penerbangan dan automotif.
Lelaki Melayu Terkaya, Sanggup Letak Jawatan Pangkat Mejar
Kisah kejayaan beliau bukan sahaja menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia, malah menjadi bukti bahawa dengan usaha gigih dan keberanian, kejayaan boleh dicapai walau dari mana pun kita bermula.
tan-sri-azman
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim pernah berkidmat selama 13 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia sehingga mendapat pangkat Mejar. Anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini memulakan kerjaya awalnya sebagai seorang anggota tentera.
Pada tahun 1993, setelah berhenti dari tentera, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai. Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia.
Masa itu beliau tidak memiliki AP (Approbed Permit). Jadi, tidak boleh sesuka hati untuk import kereta luar dari Malaysia.
Namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan.
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim
Sejak dari itu, bisnesnya semakin maju & terkenal. Tetapi, apabila kerajaan mengumumkan dasar baru, Approved permit tersebut tidak dapat digunakan dan hanya Franchise Permit (FP) sahaja yang dibenarkan.
Bukan senang nak dapatkan FP ni. Hanya orang yang terpilih sahaja yang dapat menjadi pengedar. Akhirnya beliau dipilih utk menjadi salah seorang pengedar sah untuk Honda, Suzuki & Chevrolet.
Beli Helikopter Untuk Kegunaan Sendiri
Syed Azman pernah berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak dihabiskan di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.
Penubuhan Weststar
Pada tahun 2003, Tan Sri Syed Azman menubuhkan Weststar Group, sebuah syarikat yang bermula dengan penjualan kenderaan. Namun, beliau tidak berhenti di situ sahaja. Melihat potensi dalam industri penerbangan, beliau memperluaskan sayap perniagaannya dengan menubuhkan Weststar Aviation Services, yang kini menjadi salah satu penyedia perkhidmatan helikopter terbesar di Asia Tenggara.
Weststar Aviation Services menyediakan perkhidmatan helikopter untuk industri minyak dan gas, serta perkhidmatan perubatan kecemasan. Kejayaan syarikat ini telah membawa Tan Sri Syed Azman ke persada antarabangsa, menjadikan Weststar sebuah jenama yang dipercayai dan dihormati dalam industri penerbangan.
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim
Beberapa perniagaan yang telah dijalankan oleh syarikat itu termasuk industri pertahanan, hartanah dan pembinaan, insurans, makanan dan minuman, dan ICT. Ia belum campur perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan dan sebagainya.
Kejayaan dan Pengiktirafan
Di bawah kepimpinan Tan Sri Syed Azman, Weststar telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau diiktiraf sebagai salah satu usahawan yang paling berjaya di Malaysia dan sering dijemput untuk berkongsi pengalaman serta pandangan beliau dalam forum-forum perniagaan.
Selain daripada kejayaan dalam perniagaan, Tan Sri Syed Azman juga dikenali sebagai seorang dermawan yang aktif dalam kegiatan kebajikan. Beliau sering menyumbang kepada pelbagai program komuniti dan pendidikan, serta membantu golongan yang memerlukan.
MASKULIN : Hebat tuan Syed! Pokok pangkal, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Paling penting, bila kaya tak perlu nak menunjuk-nunjuk dan membantulah orang yang memerlukan.
Bagi ramai penggemar aktiviti senaman memantapkan otot merupakan antara misi peribadi yang wajib dicapai. Senaman yang dilakukan sebagai rutin harian boleh memberikan kesan yang baik untuk kesihatan dan ketahanan diri bukan untuk membina otot semata.
Di antara bahagian otot yang sentiasa menjadi sasaran penggemar senaman ialah lengan terutamanya tricep. Otot tricep yang terdiri daripada gabungan 3 otot bahagian atas lengan mampu menonjolkan karakter anda lebih sasa.
Cukup memakai t-shirt biasa otot tricep anda pasti menyerlah dan menarik perhatian sesiapa sahaja. Jadi bagaimanakah anda boleh membina otot tricep dengan baik?
Ikuti beberapa step senaman MASKULIN kongsi di bawah yang mampu mengubah bentuk tricep anda menjadi lebih mentap dan sasa!
CLOSE GRIP PUSH UP
Tidak banyak senaman melibatkan pergerakan keseluruhan badan boleh membantu otot tricep. Tapi dengan senaman ia ia memberikan impak secara terus kepada bahagian tangan dan lengan. Pergerakan dari atas ke bawah melatih tricep untuk bekerja keras.
TALL KNEELING TRICEPS PRESSDOWN
Salah satu cara paling asas membina otot tricep ialah dengan melakukan senaman pressdown. Duduk berlutut selari dengan torso. Gunakan getah regangan atau kabel untuk sempurnakan senaman ini. Lakukan sebanyak 2 atau 3 reps pun sudah mencukupi.
CLOSE GRIP BENCH PRESS
Untuk melakukan teknik senaman ini anda memerlukan bantuan rakan atau jurulatih. Melakukan angkat berat sambil baring boleh menguatkan otot tangan termaksuklah tricep. Semakin rapat tangan anda maka semakin kuatlah tricep anda bekerja untuk melakukan angkatan.
HALF BENCH SKULLCRUSHER
Bayangkan anda dapat melakukan satu senaman yang bukan sahaja menguatkan abdomen tetapi juga tricep. Inilah senaman yang boleh anda lakukan namun tahap kesukarannya agak tinggi sedikit. Baring di atas bench dengan memegang dumbbell terus di atas bahu. Pastikan bahagian atas badan hingga ke punggung berada hanya separuh di atas bench. Lakukan angkatan sebanyak beberapa reps.
PLANK
Melakukan plank juga memberikan impak yang cukup baik untuk tricep. Walaupun ramai yang nmelakukan plank untuk otot abdomen namun dengan kedudukan lengan yang baik ia boleh melatih otot tricep untuk bekerja dengan keras.
Selamat mencuba!
Dapatkan kasut senaman dan larian dengan harga diskaun cukup menarik di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sama ada anda seorang beginner atau sudah beberapa bulan aktif berlari sekalipun pasti tidak terkecuali untuk berhadapan masalah ini ketika melakukan larian.
Kecuali anda seorang pelari aktif yang sudah bertahun-tahun melakukan larian dengan kerap mungkin jarang berdepan masalah ini. Dengan kondisi negara kini sudah mula ‘dibuka’ semula dalam fasa Pelan Pemulihan Negara, aktiviti larian dilihat menjadi semakin pulih. Kini lebih ramai orang mila melakukan larian di kawasan terbuka semula.
Namun perlu kita ingat dan tidak leka untuk sentiasa menjaga SOP sebaiknya. Perkara paling penting bagi mengelakkan masalah mudah tercungap-cungap dan cepat penat ketika melakukan larian ialah teknik pernafasan yang betul ketika berlakri.
Teknik pernafasan yang betul sangatlah penting kerana ia juga berkait rapat dengan jantung. Apa yang penting anda kena pastikan udara atau oksigen banyak masuk ke dalam badan.
Kali ini MASKULIN inign bawa anda ikuti beberapa tip sangat berguna tentang teknik pernafasan yang betul dan baik ketika melakukan aktiviti larian.
TARIK NAFAS DALAM
Anda perlu tarik nafas dengan dalam, bukan nafas pendek.
TEKNIK TARIK NAFAS
Semasa berlari anda perlu bernafas sampai ke perut, bukan hanya di dada sahaja. Dengan amalkan teknik ini udara akan banyak masuk ke bahagian dada.
Keadaan postur badan semasa anda berlari juga sangat penting. Pastikan badan tidak membongkok. Ini kerana jika anda dalam postur ini dada akan mengecil. Luruskan badan dan buka dada dengan baik.
BERTENANG
Bagi memastikan anda mampu berlari dalam jarak yang lebih jauh pastikan bernafas dengan keadaan relaks. Elakkan bernafas dengan laju.
IKUT HIDUNG
Bila bernafas semasa berlari sedutlah udara dengan menggunakan hidung dan hembuskan menerusi mulut.
Larian yang efisien adalah larian idaman ramai orang. Jadi untuk mendapatkan larian berkualiti teknik pernafasan memang penting. Gunakan teknik 3 tapak sedut nafas dan 2 tapak hembus nafas.
JAGA TEMPO LARIAN
Jika anda berasa sedikit tercungap-cungap, usahah risau. Itu perkara yang normal berlaku semasa berlari. Jika keadaan ini berlaku perlahankan pace anda dan cuba tarik nafas dengan lebih tenang.
Semoga perkongsian teknik pernafasan untuk larian ini memberikan manfaat kepada anda. Selamat berlari dan sihat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki give up lepas sebulan gym sebab tak faham fasa awal, salah cara latihan, dan cepat hilang motivasi. Ketahui sebab sebenar dan cara kekal konsisten supaya tak burnout.