Sindrom Brugada ni bukan nama baru dalam dunia perubatan, cuma masih ramai lelaki kita tak sedar bahaya dia. Ini adalah sejenis gangguan elektrik dalam jantung, bukan masalah saluran darah tersumbat macam serangan jantung biasa, tapi gangguan pada sistem isyarat jantung kau sendiri.
Akibatnya? Degupan jantung boleh jadi tak normal atau terus berhenti, menyebabkan kematian mengejut dan selalunya masa tengah tidur atau masa rehat.
Yang lebih membimbangkan, Sindrom Brugada ni banyak dilaporkan menyerang golongan lelaki muda, biasanya umur antara 30 ke 50 tahun. Kau sihat, aktif bersukan, takde masalah kesihatan besar pun — tiba-tiba, pengsan, tak sedarkan diri, dan boleh maut dalam sekelip mata.
KENAPA IA DIGELAR PEMBUNUH SENYAP?
Sebab utama — sindrom ni selalunya tidak menunjukkan sebarang simptom awal. Kau mungkin rasa sihat sepanjang masa. Tapi antara tanda-tanda halus yang pernah direkodkan termasuklah:
✅ Pengsan secara tiba-tiba tanpa sebab jelas ✅ Degupan jantung laju atau tak teratur (aritmia) ✅ Sejarah ahli keluarga meninggal mengejut, terutama waktu muda
Kalau kau ada simptom-simptom ni atau sejarah keluarga macam tu, bro, jangan tunggu lama — buat pemeriksaan ECG segera. Sindrom Brugada boleh dikesan melalui corak tertentu dalam bacaan ECG.
Ads
KENAPA LELAKI LEBIH BERISIKO?
Kajian membuktikan, hormon testosteron dalam badan lelaki boleh mempengaruhi gangguan elektrik pada jantung, sekaligus meningkatkan risiko Sindrom Brugada ni. Sebab tu, kes kematian mengejut akibat sindrom ni, lebih banyak berlaku pada lelaki berbanding wanita.
Lagi satu, faktor genetik juga main peranan besar. Kalau ada ahli keluarga terdekat pernah ada Sindrom Brugada atau meninggal tiba-tiba, kau kena lebih berjaga-jaga.
Ads
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Walaupun Sindrom Brugada ni penyakit genetik, ada beberapa langkah yang kau boleh ambil untuk kurangkan risiko:
✔️ Buat pemeriksaan jantung secara berkala, terutama kalau ada sejarah keluarga ✔️ Elak pengambilan ubat-ubatan atau suplemen tanpa nasihat doktor (sesetengah ubat boleh cetuskan aritmia) ✔️ Jaga kesihatan keseluruhan — kawal tekanan, cukup tidur, dan kurangkan stres ✔️ Kalau dikesan ada Sindrom Brugada, rawatan seperti pemasangan Implantable Cardioverter Defibrillator (ICD) boleh selamatkan nyawa kau
Bro, sebagai lelaki, kita selalu rasa kuat, sihat, tak mungkin benda macam ni boleh jadi kat kita. Tapi ingat, pembunuh senyap macam Sindrom Brugada tak pilih mangsa. Dia datang bila-bila, tanpa amaran.
Ads
Jangan tunggu simptom datang baru nak bertindak. Kalau kau hargai nyawa, keluarga, dan masa depan, ambil langkah proaktif sekarang. Jantung kita, tanggungjawab kita sendiri.
Lindungi diri. Jaga jantung. Hidup maskulin, hidup sihat.
Masalah rambut gugur sangat membimbangkan terutama golongan lelaki.
Setiap orang mempunyai cara dan produk yang berbeza untuk kesesuaian kulit kepala mereka, namun tidak salah mencuba cara yang diamalkan oleh Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja ini.
Seminggu dah nampak anak rambut tumbuh
Mengalami masalah rambut gugur sejak hamil, dia sudah menggunakan pelbagai jenis syampu namun tak berjaya sehingga dia mencuba petua ringkas yang dikongsi oleh ibu mentuanya.
Hanya menggunakan pati santan dalam tempoh sebulan, masalah rambut gugur yang dialami selesai malah rambut semakin hitam dan lebat. Malah dalam masa seminggu mencuba petua ini sudah nampak anak rambut tumbuh di bahagian depan.
Petua yang dikongsi juga amat mudah, selain santan, cuma masukkan aloevera dan minyak zaitun untuk dijadikan masker rambut.
Bahan-bahan
Santan dari satu atau setengah biji kelapa
Isi aloevera
Minyak zaitun – jika suka
Cara membuatnya
Kisar semua bahan ini dan masker sudah sedia untuk digunakan.
Sapu pada rambut dengan rata masker tadi kemudian sikat.
Balut rambut dengan tuala selama 30-45 minit.
Bilas dan syampu rambut untuk hilangkan bau santan.
Amalkan setiap hari.
Masker ini boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak, cuma perlu disimpan dalan peti.
Boleh rujuk video di bawah untuk langkah membuat masker rambut yang lengkap.
Dalam dunia yang serba pantas ini, lelaki moden bukan sahaja dikehendaki hebat dalam kerjaya, malah perlu cergas secara fizikal dan tangkas dari segi mental. Jika anda masih mencari cara paling ringkas untuk mencerdaskan minda, menstabilkan emosi, dan kekal fit tanpa melabur berjam-jam di gimnasium – brisk walk adalah senjata rahsia anda.
Apa Itu Brisk Walk?
Brisk walk atau berjalan laju ialah aktiviti berjalan dalam kadar laju sederhana hingga pantas – sekitar 5.6 hingga 6.4 km/jam. Ia tidak sama dengan berjalan santai, tetapi juga tidak setanding dengan joging. Cukup untuk membuatkan anda berpeluh tetapi masih boleh bercakap semasa berjalan.
1. Merangsang Kecerdasan Otak
Kajian dari University of British Columbia mendapati bahawa senaman aerobik seperti brisk walk meningkatkan saiz hippocampus, bahagian otak yang penting untuk pembelajaran dan ingatan. Selepas beberapa minggu konsisten, individu yang melakukan brisk walk menunjukkan:
Peningkatan memori jangka pendek dan fokus
Keupayaan membuat keputusan yang lebih baik
Tahap kreativiti lebih tinggi
Kenapa ini penting untuk lelaki? Dalam dunia kerja yang kompetitif, kemampuan untuk berfikir pantas dan membuat keputusan logik adalah kelebihan besar.
2. Menstabilkan Emosi dan Stres
Sains membuktikan bahawa berjalan pantas merangsang penghasilan hormon endorfin, serotonin dan dopamin – hormon “feel-good” yang membantu melawan kemurungan dan keresahan.
Menurut American Psychological Association:
“Senaman sederhana seperti brisk walk selama 30 minit dapat menurunkan simptom tekanan dan kemurungan sebanyak 40%.”
Untuk lelaki yang kurang gemar berbicara tentang emosi atau berjumpa pakar kaunseling, brisk walk boleh jadi medium refleksi dan pengurusan emosi yang efektif.
3. Meningkatkan Kualiti Tidur
Masalah sukar tidur, bangun kerap waktu malam atau tidur tidak lena kerap menghantui lelaki dewasa. Kajian oleh Sleep Foundation menunjukkan bahawa mereka yang berjalan selama 30 minit setiap hari mengalami:
Kualiti tidur lebih baik
Tidur lebih nyenyak
Kurang gangguan tidur
Otak yang cerdas bermula dengan tidur yang cukup dan berkualiti.
4. Mudah, Murah dan Mampu Dilakukan Di Mana Saja
Brisk walk tidak perlukan keahlian gym, tidak perlukan alat canggih – hanya sepasang kasut yang selesa dan sedikit masa. Anda boleh berjalan di taman, trek jogging, sekitar pejabat atau bahkan di pusat membeli-belah (mall walking!).
Tip Maskulin: Jadikan brisk walk sebagai rutin pagi untuk “reboot” otak sebelum mula bekerja, atau sebagai penutup hari untuk ‘unwind’ selepas tekanan kerja.
5. Gabung Brisk Walk + Audio Buku / Podcast = Ilmu + Sihat
Mahu jadi multi-tasker bijak? Masukkan audio buku atau podcast dalam telinga semasa berjalan. Otak dapat rangsangan mental, tubuh pula sihat secara fizikal.
Cadangan Rutin Brisk Walk Untuk Lelaki Sibuk
Hari
Durasi
Lokasi
Isnin – Jumaat
20 – 30 minit
Sekitar pejabat, mall, kawasan kediaman
Sabtu – Ahad
45 – 60 minit
Taman rekreasi, denai hutan bandar
Brisk walk bukan sekadar langkah fizikal, tapi satu pelaburan besar untuk kestabilan mental dan kejayaan masa depan. Jadi, apa lagi? Sarung kasut sukan anda dan mulakan langkah bijak hari ini.
Cabaran virtual run MASKULIN DARE sudah pun bermula dan ia masih lagi dibuka untuk pendaftaran. Masih ada banyak masa bagi anda yang belum mendaftar untuk turut serta sahut cabaran MASKULIN DARE 50KM Siri 1.
Berbeza dengan cabaran virtual run yang lain siri MASKULIN DARE bakal menawarkan hadiah-hadiah yang bukan sahaja gempak malah mampu buat anda menekup kedua belah pipi dengan tangan!
Tahukah anda jika berjaya selesaikan cabaran MASKULIN DARE 50KM dalam masa ditetapkan, anda LAYAK MENDAPAT t-shirt, medal bercetak nama DAN e-sijil. Selain itu anda berpeluang menangi wang tunai untuk pencapaian Top 3!
Tak cukup lagi? Ya, setiap penyertaan melayakkan anda untuk cabutan bertuah jam tangan pintar, kasut dan banyak lagi.
Dan hadiah terbaru kami ingin umumkan ialah 2 hadiah cabutan bertuah untuk bercuti dan menginap di BERJAYA Tioman Resort selama 3 hari 2 malam!
TIOMAN EXLPLORER
Mungkin sebelum ini anda pernah melawat Pulau Tioman tapi adakah anda benar-benar menjelajahinya? Dengan pakej ini ia menawarkan pengalaman yang menakjubkan buat anda merasai sendiri keindahan alam serta melakukan pelbagai aktiviti air dan darat.
PAKEJ TIOMAN EXPLORER
Berita baik buat penggemar percutian ke pulai indah seperti Pulau Tioman, Berjaya Tioman Resort kini menawarkan pakel TIOMAN EXPLORER dengan harga RM520 sahaja. Dengan harga tersebut anda akan dapat menikmati kesemua perkara di bawah:
Penginapan sekurang-kurangnya 2 malam di Garden View Chalet dengan sarapan percuma untuk 2 orang.
Set buffet harian sarapan untuk 2 orang
Set buffet harian makan malam untuk 2 orang
1 x trip snorkeling lengkap dengan perlatan menyelam (2 perhentian di Pulau Renggis dan Pulau Bunut) untuk 2 orang
1 x kemudahan basikal (1 jam) untuk 2 orang
Pengangkutan percuma 2-arah dari jeti Tekek Village ke resort
Buat anda yang berminat dengan pakej tersebut bolehlah melakukan tempahan sekarang. Tempahan untuk pakej istimewa ini hanya sah bermula dari 1 April 2019 sehingga 24 Jun 2019 dengan tarikh penginapan bermula dari 1 April 2019 hingga 30 Jun 2019.
Berikut antara info penting pakej ini:
Tempoh minimum penginapan diwajibkan
Black-out date may apply
Tawaran pakej ini tidak sah untuk sebarang tempahan berkumpulan atau menggunakan promosi atau tawaran yang lain
Kesemua rakyat Malaysia dan bukan warganegara akan dikenakan Cukai Pelancongan Malaysia sebanyak RM10 setiap bilik untuk setiap malam bermula 1 September 2017