
Sleep apnea adalah gangguan tidur serius di mana pernafasan seseorang terganggu berulang kali semasa tidur. Dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan seseorang berhenti bernafas selama beberapa saat hingga satu minit.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila penyampai radio Fly FM, Haniff Hamzah (@haniffhamzah) berkongsi kisahnya didiagnos Sleep Apnea (Apnea Tidur).
Jelasnya, ia adalah kondisi gangguan pernafasan berkait dengan tidur. Menurut Haniff, ada individu yang berkongsi kepadanya bahawa Sleep Apnea ini boleh membawa maut.
Fakta itu juga ada disahkan oleh pakar perubatan, Dr Malar sebelum ini yang mana dengkur yang teruk adalah puncanya.
@haniffhamzah Kepada gang2 berdengkur, jangan lupa pergi check up dekat hospital! #SleepApnea #CheckUp #Education #Awareness #Health ♬ Anxiety – Doechii
“Apa yang saya faham, Sleep Apnea ni kalau tak dirawat akan meningkatkan risiko pada penyakit lain yang boleh membawa maut. Apa berlaku pada aku? Kenapa aku pakai wayar dan pergi ujian tidur dalam makmal tu? Sebab aku dengkur.
“Aku dengkur sehingga mengganggu ruangan tidur orang lain. Ni dekat luar ni mak aku buat kerja pun, aku dengkur dekat sini dia boleh dengar,” katanya.
Kurang Tidur Punca Berlakunya Sleep Apnea Haniff
Sebelum mengenal pasti penyakit itu, Haniff berkata ada pakar yang meminta dirinya untuk membuat pemeriksaan memandangkan ada isu dengan dengkurannya.
“Alhamdulillah saya okay. Sleep Apnea yang minimal (tidak serius). Maksudnya tak perlu pakai mesin untuk tidur, tak perlu lalui pembedahan dan semuanya baik. Aku tanya dia (pakar) kenapa aku dengkur macam tu? Dia kata aku kurang tidur.
“Jadi dalam lapan jam yang dirakam melalui video juga tu aku tetap berdengkur sebab aku kurang tidur dan aku sedang tidur mati,” ujarnya lagi.
PUNCA UTAMA SLEEP APNEA:
Saluran pernafasan tersumbat – biasa berlaku pada mereka yang:
- Berat badan berlebihan
- Ada tonsil besar
- Struktur rahang sempit atau lidah besar
- Masalah sistem saraf (Central Sleep Apnea) – otak tak hantar isyarat betul ke otot pernafasan.
Faktor lain:
Umur meningkat
Merokok dan pengambilan alkohol
Keturunan
Lelaki lebih berisiko berbanding wanita
TANDA-TANDA SLEEP APNEA:
- Dengkur kuat
- Tersedak atau terbangun tiba-tiba waktu malam sebab rasa sesak nafas
- Tidur tak lena atau sering terjaga
- Penat melampau waktu siang walaupun tidur lama
- Sakit kepala waktu pagi
- Mood swing atau mudah marah
- Sukar fokus atau mengantuk semasa memandu
CARA ELAK & KAWAL SLEEP APNEA:
- Kawal berat badan – turun 5-10% pun dah boleh bantu pernafasan jadi lebih lancar semasa tidur.
- Elak alkohol & ubat tidur – ini boleh melemahkan otot tekak.
- Tidur mengiring (bukan terlentang) – posisi terlentang buat lidah dan lelangit jatuh ke belakang dan sekat saluran pernafasan.
- Gunakan bantal anti-dengkuran atau posisi kepala lebih tinggi.
- Rawatan CPAP (Continuous Positive Airway Pressure) – alat bantu pernafasan waktu tidur (untuk kes serius).
- Jumpa doktor pakar ENT atau tidur (sleep specialist) – untuk diagnosis lebih tepat (ujian ‘sleep study’).
BACA: Lamborghini Dipandu Pempengaruh China Disita Gara-Gara Tiada Lesen Memandu
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI