Personaliti media sosial ternama tanah air, Khairul Aming baru-baru ini dikejarkan ke hospital selepas selesai menjalankan misi bantuan banjir di Kelantan.
Menerusi di media sosial beliau, Khairul menegaskan keadaan kesihatannya merosot ekoran dijangkiti bakteria selepas selesai menjalankan misi bantuan banjir.
Khairul Aming
Ujarnya, beliau terkena jangkitan Bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia coli atau nama ringkasnya E. coli ketika membuat bantuan banjir.
Akibat daripada jangkitan itu, Khairul Aming mengalami cirit-birit yang teruk selama lima hari sehingga tubuhnya mengalami dehidrasi atau kurang air.
Baru lepas discharged from hospital. Long story short, terkena jangkitan E. Coli masa buat bantuan banjir last week. Severe diarrhea for 5 days sampai dehydrated badan. Now alhamdulillah dah fully recovered and back to work 😁
1-Sekadar info, E. coli ialah bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia coli yang mengeluarkan sejenis toksin yang tahan suhu panas.
Ads
2-Memetik Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria tersebut ialah yang berasaskan daging seperti burger separuh masak, keju, cendol, makanan segera dan minuman yang tercemar
3. Ia merebak menerusi makanan tidak dimasak dengan sempurna, air yang tercemar dan pencemaran silang dari daging mentah kepada makanan yang telah dimasak
4. Antara tanda-tanda keracunan makanan disebabkan bakteria itu ialah cirit birit berdarah, sakit perut yang teruk dan loya. Namun dalam kes yang sangat teruk, kesan dari keracunan makanan oleh bakteria E. coli boleh menyebabkan radang usus terutama sekali pada kanak-kanak dan warga tua dan sindrom Haemolytic Uraemic malah boleh juga menyebabkan kematian.
Ads
5. Tempoh jangkitan boleh mengambil masa selama enam jam hingga ke tiga hari. Namun kebiasaannya ia berlaku dalam masa 10 hingga 15 jam.
6. Antara langkah-langkah pencegahan yang patut dilakukan ialah memasak daging dengan sempurna (pada suhu lebih dari 75 darjah Celcius), menyediakan makanan dan minuman dengan menggunakan air yang bersih dan memasak apa juga hidangan dengan masak dengan sempurna.
Sejak kebelakangan ini kecoh diperkatakan tentang masalah kecederaan tulang belakang. Salah satu bentuk kecederaan ialah cakera tergelincir atau lebih dikenali sebagai ‘slip disc’. Ia merupakan salah satu punca utama sakit belakang di Malaysia.
Menurut kajian, dianggarkan 3.9 juta rakyat Malaysia mengalami masalah sakit belakang bawah (LBP) sehingga suku ketiga tahun 2022.
Profesion tertentu menunjukkan prevalens yang lebih tinggi; sebagai contoh, kajian mendapati bahawa 67.9% jururawat dan 65.7% pemandu mengalami LBP.
Apakah Itu Slip Disc?
Slip disc berlaku apabila bahagian dalam cakera intervertebral yang lembut menonjol keluar melalui lapisan luar yang keras akibat kecederaan atau kelemahan.
Keadaan ini boleh menyebabkan tekanan pada saraf berdekatan, mengakibatkan kesakitan, kebas, atau kelemahan pada bahagian tubuh yang terjejas.
Punca Slip Disc
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya slip disc:
Penuaan:Seiring usia, cakera tulang belakang kehilangan keanjalan, menjadikannya lebih mudah cedera.
Postur Badan yang Tidak Betul:Duduk atau berdiri dalam postur yang salah untuk tempoh yang lama boleh memberi tekanan berlebihan pada tulang belakang.
Mengangkat Beban Berat:Mengangkat objek berat tanpa teknik yang betul boleh mencederakan cakera tulang belakang.
Berat Badan Berlebihan:Berat badan yang berlebihan memberikan tekanan tambahan pada tulang belakang, meningkatkan risiko slip disc.
Gaya Hidup Tidak Aktif:Kurang bersenam boleh melemahkan otot-otot yang menyokong tulang belakang, menjadikannya lebih terdedah kepada kecederaan.
Trauma atau Kecederaan:Kemalangan atau kecederaan sukan boleh menyebabkan tekanan mendadak pada tulang belakang, membawa kepada slip disc.
Langkah Pencegahan
Untuk mengurangkan risiko mengalami kecederaan ini, beberapa langkah pencegahan boleh diamalkan:
Amalkan Postur yang Betul:Pastikan postur badan yang baik semasa duduk, berdiri, dan mengangkat objek untuk mengelakkan tekanan tidak sekata pada tulang belakang.
Kekalkan Berat Badan Ideal:Mengurangkan berat badan berlebihan membantu mengurangkan tekanan pada tulang belakang.
Bersenam Secara Berkala:Lakukan senaman seperti yoga, berenang, dan latihan kekuatan untuk menguatkan otot teras yang menyokong tulang belakang.
Teknik Mengangkat yang Betul:Gunakan kaki untuk mengangkat objek dan elakkan membongkok dengan tulang belakang.
Elakkan Duduk Terlalu Lama:Ambil rehat berkala untuk berdiri dan bergerak jika kerja memerlukan duduk untuk tempoh yang panjang.
Rawatan Terbaik
Rawatan untuk slip disc bergantung pada tahap keterukan dan simptom yang dialami. Antara pilihan rawatan termasuk:
Fisioterapi:Program fisioterapi yang disesuaikan dapat membantu mengurangkan kesakitan dan menguatkan otot belakang serta abdomen.
Ubat-ubatan:Penggunaan ubat tahan sakit, relaksan otot, dan ubat anti-radang non-steroid (NSAIDs) boleh membantu mengawal kesakitan dan keradangan.
Pek Ais atau Panas:Aplikasi pek ais atau panas pada bahagian yang sakit dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan.
Rawatan Radiofrekuensi:Suntikan radiofrekuensi boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan dengan menyasarkan saraf yang terjejas.
Pembedahan:Dalam kes yang teruk atau apabila rawatan konservatif gagal, pembedahan mungkin diperlukan untuk membuang atau membaiki cakera yang terjejas.
Penting untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan awal bagi slip disc untuk mengelakkan komplikasi lanjut.
Jika anda mengalami simptom seperti sakit belakang yang berterusan, kebas, atau kelemahan pada anggota badan, segera berjumpa dengan profesional kesihatan untuk penilaian lanjut.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Darah tinggi boleh ganggu tenaga kelakian, jangan ambil ringan. Darah tinggi atau hipertensi bukanlah satu isu kesihatan yang boleh dipandang ringan, terutamanya bagi lelaki.
Darah Tinggi Boleh Ganggu Tenaga Kelakian – Jangan Ambil Ringan
Ya, anda tidak silap baca – hipertensi boleh memberi kesan kepada keupayaan seksual seorang lelaki. Ramai yang menganggap masalah ini hanya berkait dengan risiko serangan jantung atau strok, tapi hakikatnya, ia juga boleh menjejaskan tenaga kelakian.
Apa kaitan antara darah tinggi dan tenaga kelakian?
Sistem ereksi lelaki sangat bergantung pada aliran darah yang lancar ke zakar. Bila tekanan darah terlalu tinggi, dinding salur darah boleh rosak dan menjadi keras, seterusnya menyempitkan laluan darah.
Ini akan menyukarkan zakar untuk menerima darah yang mencukupi untuk mencapai dan mengekalkan ereksi. Dalam jangka masa panjang, ia boleh membawa kepada masalah mati pucuk atau istilah perubatannya, disfungsi erektil.
Selain itu, darah tinggi juga boleh mengganggu pengeluaran hormon testosteron, iaitu hormon yang sangat penting untuk tenaga dan keinginan seksual lelaki. Bila hormon ini menurun, bukan saja tenaga batin terjejas, malah semangat dan mood pun boleh jatuh merundum.
Ubat darah tinggi pun boleh jadi punca
Ini satu lagi perkara yang lelaki patut tahu. Sesetengah ubat untuk darah tinggi boleh menyebabkan kesan sampingan yang berkait dengan fungsi seksual. Contohnya, ubat beta-blocker dan diuretik sering dikaitkan dengan masalah kurang nafsu atau kesukaran mendapatkan ereksi. Tapi jangan pula berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor – itu lebih bahaya. Sebaliknya, bincang dengan doktor tentang pilihan ubat lain yang lebih sesuai dengan keadaan anda.
1. Ereksi Bergantung Kepada Aliran Darah
Fungsi zakar sangat berkait rapat dengan sistem peredaran darah. Bila seorang lelaki terangsang, isyarat dari otak akan menyebabkan salur darah di sekitar zakar mengembang supaya darah boleh mengalir masuk. Proses ini yang menyebabkan ereksi.
Tapi bila tekanan darah tinggi berlaku, salur darah menjadi keras dan kurang anjal. Ini menyebabkan darah tak dapat mengalir seperti biasa ke zakar. Kesannya – sukar untuk mencapai ereksi yang penuh atau mengekalkannya dalam tempoh yang lama.
2. Kerosakan Saraf dan Tisu Zakar
Selain salur darah, tekanan darah tinggi yang kronik juga boleh merosakkan saraf dan tisu halus di kawasan kemaluan. Ini menyebabkan sensitiviti zakar menurun dan tindak balas seksual menjadi lemah. Dalam jangka masa panjang, ini boleh memberi kesan kepada hubungan intim suami isteri dan juga keyakinan diri lelaki itu sendiri.
3. Testosteron Menurun
Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang menghidap darah tinggi cenderung mempunyai paras hormon testosteron yang lebih rendah. Hormon ini bukan sahaja penting untuk keinginan seksual, tetapi juga untuk tenaga, mood, dan pembinaan otot. Kekurangan testosteron boleh menyebabkan kelesuan, mudah letih, dan kurang motivasi – baik dalam hubungan intim mahupun aktiviti harian.
4. Ubat-Ubatan Dan Kesan Sampingan
Walaupun ubat darah tinggi penting untuk mengawal tekanan darah dan mencegah komplikasi serius, sesetengah ubat boleh mengganggu fungsi seksual. Contohnya:
Beta-blocker – Boleh menurunkan keinginan seksual dan menyebabkan kesukaran ereksi.
Diuretik (ubat buang air) – Mengurangkan aliran darah ke zakar dan menurunkan tahap zink, yang penting untuk penghasilan testosteron.
Antidepresan (bagi pesakit darah tinggi yang mengalami tekanan perasaan) – Juga boleh menjejaskan libido.
Namun begitu, bukan semua ubat ada kesan yang sama. Ada ubat moden yang lebih “mesra seksual”. Apa yang penting, bincang secara terbuka dengan doktor – jangan berhenti makan ubat sendiri.
5. Tabiat Harian Yang Menyumbang Kepada Masalah
Ramai tak sedar, gaya hidup juga mainkan peranan besar. Antara faktor yang menyumbang kepada darah tinggi dan sekaligus menjejaskan tenaga kelakian:
Merokok – Merosakkan salur darah dan kurangkan aliran darah ke zakar.
Minum alkohol berlebihan – Menurunkan testosteron dan menjejaskan sistem saraf pusat.
Obesiti – Tingkatkan risiko darah tinggi dan gangguan hormon.
Stres berpanjangan – Mengganggu keseimbangan hormon dan menyebabkan keletihan mental serta fizikal.
6. Apa Lelaki Boleh Buat?
Jaga pemakanan – Kurangkan garam, makanan bergoreng dan makanan proses. Lebihkan sayur, buah, bijirin penuh dan protein tanpa lemak.
Bersenam secara konsisten – Sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 hari seminggu. Senaman bantu kawal tekanan darah dan tingkatkan testosteron.
Rehat yang cukup – Tidur sekurang-kurangnya 6–8 jam sehari.
Kurangkan stres – Amalkan teknik pernafasan, meditasi atau aktiviti santai yang menenangkan.
Berhenti merokok dan hadkan alkohol – Ini bukan sahaja untuk jantung, tapi juga untuk kejantanan anda.
Masalah seksual yang berpunca daripada darah tinggi bukan satu hukuman kekal. Ia boleh dicegah dan dirawat. Apa yang penting, jangan abaikan tanda awal dan jangan malu untuk dapatkan bantuan.
Kesihatan seksual lelaki bukan soal ego semata, tapi ia cermin kepada kesihatan menyeluruh. Lelaki sejati ialah yang berani berdepan dengan masalah, bukan yang berdiam diri dan menderita dalam senyap.
Gastrik antara masalah sangat lazim ketika bulan puasa ini.
Secara umumnya penyakit ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya apabila ada individu berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama, iaitu gastritis. Jika ada yang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut.
Namun, jangan jadikan alasan untuk tidak berpuasa disebabkan gastrik kerana ada cara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan serangan ketika berpuasa.
Menurut Public Health Malaysia, dalam Islam memang Rasulullah SAW sudah mengajar cara untuk mengelakkannya dan Sains telah membuktikan beberapa teknik ini boleh membantu menghadapi gastrik sewaktu Ramadan.
Berikut antara tip yang boleh diikuti:
• Jangan terlebih makan ketika berbuka
• Jangan makan 3-4 jam sebelum tidur. Kurangkan moreh
• Jangan terus tidur selepas bersahur
• Lewatkan sahur, segerakan berbuka
• Minum air putih, air buah yang kurang berasid antara berbuka dan sahur
• Minum susu satu gelas sewaktu sahur
• Buang tabiat merokok
• Makan sedikit + kurma waktu berbuka
Elak makan makanan berikut:
• Berminyak: Gorengan
• Berasid: Limau dan lain-lain
• Makanan terlalu pedas
• Makan proses/tin
• Tinggi gula
• Kafein – kopi/teh
Gambar hiasan
Makan makanan berikut:
• Kurma
• Kacang badam
• Pisang
• Makanan yang dipanggang
Gambar hiasan
Ingat tu, jangan jadikan gastrik sebagai alasan tak mahu puasa tau. Apa yang penting, anda cuba amalkan tip yang dikongsikan ini dan jaga pemakanan sewaktu berpuasa okay?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.