Dalam episod ketiga program realiti Who’s Your Bro (WYB), Kelvin Teo bersama pasangannya Faizal Ali, menjadi ‘duo pertama’ yang tersingkir selepas bertarung dalam cabaran paling sengit setakat ini.
Meskipun berdepan kekalahan, semangat juang dan kesungguhan Kelvin dalam menyelesaikan setiap cabaran memberikan inspirasi kepada penonton.
Cabaran Log Jam, Ujian Ketahanan Fizikal dan Mental
Episod ketiga Who’s Your Bro menyaksikan peserta berdepan dengan Log Jam Challenge yang terdiri daripada tiga tugasan utama.
Cabaran pertama memerlukan peserta untuk memotong empat batang kayu balak menjadi sepuluh bahagian kecil menggunakan kapak.
Cabaran kedua pula, Planking Bridge, iaitu mereka perlu menahan posisi plank sambil kayu balak ditambah satu persatu di belakang mereka setiap 15 saat.
Cabaran terakhir adalah Flip The Log, di mana peserta perlu menolak kayu balak sehingga ke checkpoint rakan pasukan dan seterusnya menuju ke garisan penamat.
Cabaran ini menjadi penentuan yang menguji kekuatan fizikal dan strategi setiap kumpulan.
Saingan sengit menyaksikan Kelvin Teo dan Faizal Ali tidak dapat menamatkan cabaran dengan sempurna, memberikan peluang kepada pasukan Dr Shazif dan Syafiq untuk melangkah ke hadapan.
Momen Paling Bermakna Buat Kelvin Teo
Bagi Kelvin, momen paling bermakna sepanjang tiga episod ini adalah ketika dapat mengharungi cabaran bersama Faizal hingga ke titik akhir.
Ads
“Momen yang paling bermakna adalah ketika saya dan Faizal berjaya menghabiskan cabaran bersama. Walaupun kami tersingkir, kami berjuang habis-habisan untuk satu sama lain dan tak pernah berputus asa,” ujar Kelvin.
Kelvin menekankan bahawa semangat setia kawan dan tidak mudah menyerah kalah adalah kunci penting sepanjang perjalanan mereka dalam WYB.
Cabaran Terbesar Adalah Mental dan Konsistensi
Meskipun cabaran fizikal dalam Who’s Your Bro dilihat mencabar, Kelvin merasakan cabaran mental adalah ujian yang paling besar.
“Apa yang saya boleh katakan, cabaran sebenar adalah dari segi mental. Konsistensi dan semangat untuk menyelesaikan semua tugasan adalah perkara yang paling mencabar buat saya.”
Dalam cabaran memotong kayu balak, Kelvin menyatakan bahawa beliau sentiasa memberi motivasi kepada dirinya sendiri untuk terus berusaha hingga ke penghujung cabaran.
Ads
“Semasa potong kayu balak, saya hanya ingatkan diri sendiri tak kisah apa pun kedudukan kami, kami akan teruskan sampai selesai. Itu matlamat saya”, katanya.
WYB bukan sekadar ujian fizikal, malah menjadi pengalaman berharga bagi Kelvin untuk mengenali dirinya dengan lebih mendalam.
“Apa yang saya pelajari dalam program ini ialah, jika kita mahu berjaya, kita takkan bersendirian dalam perjalanan itu. Dengan duo atau pasangan yang tepat, kita akan bergerak lebih cepat dan lebih jauh,” jelas Kelvin.
Pengalaman ini menjadikan Kelvin lebih menghargai semangat kerjasama dan usaha bersama dalam mencapai kejayaan.
Walaupun perjalanan dalam WYB terhenti, Kelvin sudah bersedia untuk melangkah lebih jauh. Selepas ini, Kelvin akan terlibat dengan lebih banyak penggambaran kandungan digital dan program televisyen.
“Saya akan teruskan dengan penggambaran dan lebih banyak projek, termasuk berkongsi kesedaran tentang kecergasan kepada masyarakat,” kata Kelvin.
Walaupun tersingkir, Kelvin Teo membuktikan bahawa semangat juangnya tidak pernah pudar.
Ketekunan dan sikap tidak mudah berputus asa menjadi bukti bahawa kekalahan hanyalah satu langkah dalam perjalanan menuju kejayaan.
Bagi Kelvin, Who’s Your Bro bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada perjalanan baru yang lebih mencabar dan bermakna.
Jangan lupa saksikan MASKULIN Who’s Your Bro di Astro Ria, setiap Jumaat jam 9 malam! Siapa tahu, anda mungkin dapat inspirasi daripada semangat dan kesungguhan bros untuk melangkaui batas diri mereka!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Menurut pelakon dan influencer terkenal, Imran Aqil, program realiti Who’s Your Bro yang diterbitkan oleh Astro membawa kelainan dan mencipta satu fenomena baharu dalam dunia hiburan Malaysia.
Sebagai program televisyen pertama bertemakan fitness, Imran memuji usaha Astro memperkenalkan konsep ini yang memberi inspirasi kepada penonton dari pelbagai latar belakang.
“Bila tengok peserta dari latar belakang berbeza ada doktor, anggota tentera, malah rider dispatch, ia menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh kekal fit jika berusaha,” kata Imran.
Beliau percaya bahawa program ini mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan.
Cabaran yang Menguji Mental dan Fizikal
Imran turut mengulas tentang cabaran yang dilalui para peserta dalam program tersebut.
Sebagai penonton, beliau mengakui bahawa halangan yang disediakan sangat mencabar dan memenatkan.
“Bila tengok mereka berjaya selesaikan cabaran, rasa terpegun. Pada mulanya saya ingat ada peserta seperti ‘pretty boy’ atau badan besar tak boleh buat, tapi rupanya mereka lebih daripada itu. Saya salute komitmen dan semangat kental mereka,” katanya.
Kejayaan peserta menyelesaikan cabaran yang sukar telah membuka mata Imran bahawa kemampuan seseorang tidak boleh dinilai secara luaran sahaja.
Baginya, semangat juang peserta adalah sesuatu yang wajar dicontohi oleh semua.
Sokongan Buat Kawan-Kawan
Imran turut menyatakan sokongan terhadap dua peserta kegemarannya, Ikmal Amry dan Hakimi Noordin, yang juga merupakan kenalannya.
“Saya ada dua orang kawan dalam program ini, jadi memang saya sokong mereka berdua setakat ini,” ujarnya sambil berharap mereka dapat terus memberikan persembahan terbaik dalam setiap cabaran.
@maskulinmySebagai penonton, Imran Aqil berkongsi apa yang membuatkan Who’s Your Bro begitu unik dan menarik adalah dari segi keaslian setiap cerita yang disampaikan, personaliti peserta yang pelbagai dan sentuhan kreatif yang membuatkan setiap episod penuh dengan kejutan! Jangan lupa saksikan Whos Your Bro setiap Jumaat jam 9 malam hanya di Astro Ria! #maskulin #majalahmaskulin #maskulinWhosYourBro #SiapaBrosSiapaLawan #astro♬ original sound – Maskulin
Imran Aqil percaya bahawa program seperti Who’s Your Bro bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat.
Penonton di rumah dapat mengambil inspirasi daripada peserta untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Usaha Astro ini disifatkan sebagai satu langkah progresif dalam dunia penyiaran tempatan.
Who’s Your Bro membuktikan bahawa kecergasan bukan sekadar tentang fizikal, tetapi juga tentang semangat, keazaman dan kemampuan untuk mengatasi cabaran. Program ini pasti akan terus mencuri tumpuan ramai!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Walaupun memenangi Fire Fighter Challenge di episod 6 Maskulin Who’s Your Bro, Theebaan dan Hakimi “salute” kerjaya anggota bomba kerana tidak semua orang mampu lakukannya. Terima kasih Abang Bomba 🫡 #Maskulin #WhosYourBro#SiapaBroSiapaLawan♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kecederaan Ketika Monkey Bar, Detik Cemas Buat Nad
Nad berkongsi detik mencemaskan ketika melalui cabaran halangan monkey bar, di mana kecederaan pada tapak tangannya berlaku.
Insiden tersebut berlaku selepas dia membuka glove yang sepatutnya membantu cengkaman.
Namun, keputusan itu membawa risiko yang tidak dijangka.
“Masa itu, saya ingatkan buka glove akan memudahkan pergerakan saya, tetapi tidak. Dengan berat badan saya lebih 100kg, ia sangat mencabar,” jelas Nad.
Keadaan bertambah buruk apabila dia menyedari kedua-dua tapak tangannya terkoyak akibat geseran semasa bergelut dengan halangan tersebut.
Kesakitan itu menyebabkan Nad hampir menarik diri, terutama setelah menyedari banyak cabaran selepas itu memerlukan penggunaan tangan yang lebih.
Dorongan Dari Chee Wai Menjadi Kunci Kekuatan
Walaupun berdepan kecederaan serius dan cabaran yang kian mencabar, Nad memilih untuk meneruskan perjuangannya.
“Apa yang membuatkan saya teruskan adalah semangat saya sendiri. Saya dah buat keputusan, walau apa pun terjadi, saya tak akan mengaku kalah,” katanya dengan penuh keyakinan.
Sokongan dari partnernya, Chee Wai, juga menjadi pemangkin semangat untuk terus bertahan.
“Saya tahu jika saya gagal, saya akan menyebabkan dia gagal juga,” tambah Nad.
Dorongan moral daripada Chee Wai selepas kecederaan dan insiden terjatuh pada cabaran seterusnya memberi kekuatan mental yang diperlukan untuk menyelesaikan cabaran tersebut.
Cabaran Yang Paling Disadvantage Untuk Nad
Bagi Nad, episod kali ini bukanlah yang paling mencabar sepanjang lapan episod program Who’s Your Bro, tetapi ia menjadi cabaran yang penuh dengan kekurangan.
Hal ini kerana Nad sudah mengalami kecederaan pada siku dan tangan dari episod sebelumnya.
“Episod ini sangat memerlukan kekuatan upper body, tetapi kecederaan sedia ada benar-benar menjadi penghalang,” jelas Nad.
Walaupun begitu, semangatnya untuk menyelesaikan setiap cabaran tanpa menyerah kalah tetap menjadi tonggak utama.
Melalui kecederaan dan keletihan fizikal yang luar biasa, Nad membuktikan bahawa semangat juang adalah kunci untuk mengatasi segala rintangan.
“Bagi saya, tempat pertama atau terakhir tidak penting. Yang penting, saya dapat habiskan cabaran dalam program ini,” katanya.
Nad bukan sahaja mengatasi cabaran fizikal tetapi juga memberi inspirasi kepada penonton tentang keberanian dan keazaman untuk terus melangkah walau sesukar mana pun cabaran yang dihadapi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semangat kecergasan dan gaya hidup sihat bergema di ibu negara apabila program MASKULIN Who’s Your Bro buat julung kalinya berkolaborasi dengan komuniti larian terkenal, Challo Run, sempena KL Car Free Morning yang berlangsung setiap Ahad.
Acara Fun Run 3km dan 5km, yang diadakan pagi semalam, menyaksikan penyertaan lebih 150 peserta terdiri daripada pesserta program Who’s Your Bro dan komuniti Challo Run.
Seramai lapan peserta Who’s Your Bro turut hadir iaitu Ikmal, Hakimi, Dr Shazif, Syafiq, Asyraf, Irwan, Faidzal dan Saddam.
Selain itu acara ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti popular seperti Aedy Asyraf, Imran Aqil, Safwan Nazri, Khenobu, dan Ezzrin Loy, yang bersama-sama berlari, memeriahkan suasana, dan memberikan inspirasi kepada semua peserta.
Kolaborasi Pertama Beri Impak Positif
Ini adalah kolaborasi pertama di antara MASKULIN Who’s Your Bro dan Challo Run, tetapi kehangatan sambutan membuktikan potensi besar untuk penganjuran acara sebegini pada masa akan datang.
Bagi peserta Who’s Your Bro dan ahli Challo Run, acara ini bukan sahaja tentang larian tetapi juga peluang untuk saling mendekatkan hubungan sesama komuniti.
Hakimi Nordin, salah seorang peserta yang aktif dalam kedua-dua program ini, meluahkan keterujaannya.
“Sebagai peserta Who’s Your Bro dan juga geng Challo Run yang aktif, saya berasa cukup gembira dengan sambutan yang diterima pada pagi ini. Ini juga satu inisiatif yang baik bagi sama-sama untuk mempromosikan bukan sahaja ‘Who’s Your Bro’ tetapi gaya hidup sihat,” tambah Hakimi.
Keseronokan dan Ganjaran Peserta
Peserta yang mengambil bahagian turut menerima kupon khas yang boleh ditebus untuk makanan dan minuman pagi selepas tamat larian.
MASKULIN juga memeriahkan acara dengan menyediakan goodie bag tajaan Blanco, MIS CLAIRE, dan Jantzen, serta menawarkan 10 cabutan bertuah dengan hadiah istimewa.
Wakil dari Challo Run, Ezzrin Loy, turut menyatakan harapan besar daripada kerjasama ini.
“Kolaborasi kami pada hari ini untuk meraikan gaya hidup sihat.
“Kami juga ambil peluang untuk sama-sama mempromosikan program kecergasan ‘Who’s Your Bro’. Penglibatan peserta program ini juga mampu memberikan inspirasi kepada peminat dan followers yang hadir,” jelasnya yang cukup gembira dengan kejayaan kolaborasi ini.
Tidak hanya terhenti di acara ini, program ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ terus mendapat perhatian ramai dan kini menuju episod ketujuh yang bakal ditayangkan pada 17 Januari 2025, jam 9 malam di Astro Ria.
Semoga kerjasama seperti ini menjadi batu loncatan untuk lebih banyak program mempromosikan kecergasan dan gaya hidup sihat di masa hadapan.
Jangan lupa untuk terus memberikan sokongan kepada MASKULIN dan Who’s Your Bro, serta kekal aktif dan sihat!
Kita bersama membina komuniti kecergasan yang inspiratif dan penuh semangat!