Episod pertama MASKULIN Who’s Your Bro bermula dengan penuh debaran dan cabaran yang tidak disangka-sangka.
Cabaran larian menara KL sambil membawa beban berat sehingga 20kg bukan sahaja menguji kekuatan fizikal, malah menuntut kecekalan mental setiap peserta.
Namun, luar biasanya, kesemua 12 peserta berjaya menakluki puncak Menara KL, membuktikan semangat juang mereka yang luar biasa.
Setiap peserta diberi cabaran unik yang mencabar kemampuan mereka secara individu. Maskulin berkesempatan menemubual dua peserta dengan cerita yang paling mencuri perhatian – Saddam, peserta terpantas, dan Nad, peserta terakhir yang mengharungi kecederaan belakang.
Sebagai seorang pelari menara yang berpengalaman, Saddam Pittli menggunakan segala kemahiran, pengalaman, dan aplikasi taktikalnya untuk mencatatkan masa terpantas.
Dengan target awal 15 minit, Saddam berjaya mengejutkan semua apabila menamatkan cabaran hanya dalam 14 minit lebih!
Saddam Pittli
“Saya takde strategi apa sangat sebab dah biasa tower running. Tapi ini pertama kali buat dengan beban seberat 20kg. Masa lari, macam-macam perasaan timbul, saya tanya diri sendiri, ‘Apa aku buat ni?’,” kata Saddam sambil tertawa.
Ads
Namun, semangatnya melonjak apabila melihat rakan-rakan lain berjaya menamatkan cabaran sebelum beliau. Beban berat yang digalas bukan cabaran utama, tetapi teknik membawa beban tersebut adalah kunci kejayaan.
“Cara saya bawa, sebelah tangan kiri dan sebelah lagi atas bahu. Bila rasa penat, saya tukar-tukar. Itu sahaja caranya untuk pastikan saya konsisten,” tambah Saddam.
Dengan keazaman dan fokus yang tinggi, Saddam membuktikan bahawa persediaan dan teknik yang baik adalah resepi untuk kejayaan.
KEKUATAN MENTAL LUAR BIASA
Berbeza dengan Saddam, Nad, seorang ahli bina badan, mengakui cabaran ini bukanlah kekuatannya. Ditambah pula dengan kecederaan belakang yang dialami semasa mendaki, Nad mengakui cabaran ini adalah pengalaman yang cukup memeritkan.
Ads
“Berasa sangat lega kerana tiada elimination. Sebab performance saya memang tak memberangsangkan dengan kecederaan ni. Saya akan cuba lebih baik untuk cabaran seterusnya,” ujar Nad.
Walaupun bukan di posisi teratas, semangat Nad menjadi inspirasi kepada peserta lain. Baginya, kekuatan mental lebih penting daripada kemampuan fizikal dalam situasi ini.
“Tak sangka challenge ini dilakukan. Sangat tough dan saya salute semua rakan-rakan, semua dapat selesaikan. Satu perkataan saya boleh kongsi untuk cabaran ini ialah ‘hell’!” kata Nad penuh emosi.
Dengan episod pertama yang mengujakan, persoalan yang bermain di minda semua – apakah cabaran seterusnya yang bakal mereka hadapi?
Siapa bro, siapa lawan? Adakah kekuatan fizikal akan terus mendominasi, atau adakah cabaran yang memerlukan kebijaksanaan dan strategi bakal muncul?
Jangan lupa saksikan episod kedua MASKULIN Who’s Your Bro pada Jumaat ini, 6 Disember 2024 jam 9 malam di Astro Ria.
Saksikan perjuangan peserta yang tidak kenal erti putus asa dan saksikan sendiri siapa yang bakal muncul sebagai “Bro” sejati dalam siri penuh aksi ini!
Siapa sangka? Dari pasukan yang dianggap ‘underdog’, kini Theeban dan Syafiq berada di garisan akhir menuju kejayaan dalam MASKULIN Who’s Your Bro!
Dengan semangat luar biasa, keberanian tanpa batas, dan keazaman yang kental, mereka membuktikan bahawa tuah semata-mata tidak cukup untuk layak ke finale!
Dalam episod ke-9 yang penuh dengan debaran, cabaran TRIATHLON RACE menjadi penentu siapa yang benar-benar layak. Theeban dan Syafiq, dengan segala kudrat yang ada, menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan secara automatik melangkah ke FINAL episod ke-10!
Bayangkan, mereka berenang sejauh 1.5 kilometer, merangkak 80 meter, dan berlari sejauh 10 kilometer!
Ia bukan sekadar ujian ketahanan fizikal, tetapi juga mental. Namun, mereka membuktikan bahawa usaha keras tidak pernah mengkhianati!
Bukan Sekadar Tuah
Ada suara-suara sumbang yang mengatakan mereka hanya ‘bernasib baik’ hingga layak ke finale. Namun, bagi mereka yang menyaksikan perjuangan duo hebat ini, kesungguhan dan kecekalan merekalah yang membawa mereka ke tahap ini.
“Untuk luck tu saya tak nafikan, semua orang ada luck masing-masing. Nak cakap pasal usaha pula, semua orang pun berusaha yang terbaik.
“Tapi mindset tu yang buat kita kuat. Ia benda sangat mahal, bila saya fikir saya boleh, saya boleh!” kata Syafiq yang sebelum ini pernah berada di pusingan penyhingkiran sebanyak dua kali.
Sejak episod pertama, Theeban dan Syafiq sudah membuktikan keupayaan mereka. Theeban, seorang bekas atlet seni bela diri dan pelakon, serta Syafiq, mat despatch yang pantang mengalah, bukan sekadar peserta biasa.
Mereka bekerja keras, berlatih tanpa henti, bangun awal pagi, dan tetap meneruskan perjuangan walaupun cedera!
“Kena tengok apa yang kami dah lalui. Macam-macam kami dah buat, balik rumah training lagi. Bangun awal pagi buat latihan. Walau cedera, walau tak larat kita buat juga. Itulah yang menyebabkan kami layak ke final,” jelas Theeban.
Kini, tinggal satu lagi episod penentu! Mampukah Theeban dan Syafiq mengetepikan dua lagi pasukan lain dan muncul juara MASKULIN Who’s Your Bro? Atau adakah perjalanan mereka akan terhenti di sini? Segalanya akan terjawab dalam episod finale yang dijadualkan pada:
📅 7 Februari 2025
📺 Astro Ria
⏰ Jumaat | 9:00 malam
Siapa bro, siapa lawan?
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pertempuran terakhir yang pasti penuh aksi dan emosi!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MASKULIN Who’s Your Bro episod ke-8 kembali dengan cabaran yang bukan sahaja menguji kekuatan fizikal, tetapi juga mental para Bros yang masih kekal bertahan dalam program realiti kecergasan paling epik di Malaysia ini.
Selepas cabaran elemen api dan air yang penuh debaran dua episod lalu, minggu ini menawarkan satu perubahan taktikal yang menggegarkan strategi setiap peserta!
Episod ini bermula dengan kejutan yang tidak dijangka apabila Bros diberikan peluang untuk merombak pasukan mereka. Ikmal dan Dr Shazif, pemenang episod lepas, mendapat keistimewaan memilih rakan pasukan mereka terlebih dahulu.
Ikmal memilih untuk bersatu kembali dengan Hakimi, manakala Dr Shazif memilih Saddam, salah seorang peserta kegemaran ramai.
Peserta lain pula harus memilih rakan pasukan mereka melalui elemen kejutan – gambar dalam lokar! Chee Wai yang sebelum ini bergandingan dengan Saddam, memilih Nad, meninggalkan Syafiq dan Theeban sebagai satu pasukan baharu.
The Maze Warrior: Medan Pertempuran Berliku
Cabaran minggu ini berlangsung di kawasan simpanan kontena yang penuh dengan laluan berliku, tanah basah, dan halangan yang menguji stamina dan koordinasi setiap Bros. Mat Redo, si game master, mengumumkan cabaran ikonik minggu ini: The Maze Warrior.
Peraturan cabaran cukup mencabar. Pasukan perlu:
Mencari bendera tersembunyi di dalam kontena.
Melalui monkey bar untuk masuk dan keluar dari kawasan kontena.
Memanjat halangan menuju ke puncak kontena dan memasang bendera di tiang.
Detik-Detik Sengit Antara Pasukan
Dalam pusingan pertama, pasukan Ikmal dan Hakimi berdepan Dr Shazif dan Saddam. Dengan komunikasi yang mantap, Ikmal dan Hakimi mendominasi cabaran, menamatkan perlumbaan lebih pantas walaupun Dr Shazif dan Saddam hampir mengejar mereka.
Pusingan kedua menyaksikan perlawanan antara pasukan Syafiq dan Theeban menentang Chee Wai dan Nad.
Namun, cabaran ini tidak berjalan lancar buat Nad, yang berdepan kesukaran memanjat halangan kerana fizikalnya yang lebih besar.
Detik malang berlaku apabila dia tergelincir dan mengalami kecederaan di bahagian lengan, memaksa pasukan medik bertindak segera. Walaupun begitu, Chee Wai dan Nad berjaya menamatkan perlumbaan dengan penuh usaha.
Berikut adalah kedudukan keseluruhan episod ini:
1️⃣ Tempat Pertama: Ikmal dan Hakimi – Strategi dan komunikasi yang cemerlang!
2️⃣ Tempat Kedua: Dr Shazif dan Saddam – Keazaman tinggi walaupun sedikit lambat.
3️⃣ Tempat Ketiga: Theeban dan Syafiq – Konsisten dan pantas.
4️⃣ Tempat Terakhir: Chee Wai dan Nad – Walaupun kecederaan mengganggu, semangat mereka wajar dipuji.
Berita baik buat semua Bros: tiada penyingkiran berlaku minggu ini. Namun, persoalan terus berlegar – apakah cabaran epik yang menanti mereka dalam episod ke-9? Adakah ikatan pasukan akan terus utuh, atau strategi baharu akan membuka cerita baharu?
Nantikan MASKULIN Who’s Your Bro episod ke-9 pada 31 Januari 2025, 9 malam di Astro Ria!
Siapa bro, siapa lawan?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda seorang peminat kecergasan dan hiburan, bersiaplah untuk menyaksikan program realiti kecergasan pertama seumpamanya di Malaysia, MASKULIN WHO’S YOUR BRO (WYB).
Program yang diaktifkan oleh MASKULIN di bawah kendalian Nu Ideaktiv ini bukan sahaja memaparkan cabaran fizikal yang mengujakan, malah penuh dengan drama, semangat setiakawan, dan persaingan sihat antara peserta.
Pada 19 November yang lalu, seramai 12 peserta telah diumumkan sebagai finalis yang bakal bersaing dalam edisi pertama WYB.
Apa yang menarik, peserta-peserta ini datang daripada latar belakang berbeza tetapi berkongsi matlamat sama: untuk membuktikan diri mereka memiliki keupayaan kecergasan luar biasa dan semangat kerjasama yang hebat.
WYB mengangkat konsep “brotherhood” sebagai tunjang utama program ini. Ia menonjolkan bagaimana semangat setiakawan dan kerjasama dua ‘bro’ dalam satu pasukan mampu mencipta kejayaan.
Tugas peserta bukan sahaja mempamerkan kekuatan individu tetapi juga kebolehan mereka untuk menyokong dan memberi motivasi kepada rakan sepasukan dalam mencapai misi bersama.
@maskulinmy Untuk menyertai rancangan TV Realiti Who’s Your Bro, anda mestilah melepasi fitness test yang disediakan oleh kru produksi. Sesi ini juga telah melalui fasa konsultasi bersama fitness advisor rasmi Who’s Your Bro, Capt Raeiz Hamed @captraeiz ♬ original sound – Maskulin
Untuk melayakkan diri sebagai peserta, setiap calon perlu melalui sesi temu duga dan ujian kecergasan yang dikendalikan oleh Captain Raeiz Hamed, Fitness Advisor untuk WYB.
Menurut Captain Raeiz, ujian ini bertujuan mengukur kecergasan menyeluruh peserta, termasuk aspek kekuatan (strength), stamina, kardio, kekuatan badan bahagian bawah (lower body), core strength, dan mental strength.
“Kami mencari peserta yang mempunyai kecergasan secara keseluruhan. Bukan sahaja fizikal, tetapi mental yang kuat juga sangat penting untuk menyahut cabaran WYB,” jelas Captain Raeiz.
Ujian kecergasan ini merangkumi enam stesen dengan cabaran berikut:
Larian 600 meter
18kg Alternate Dumbbell Snatch (20 ulangan)
Box Step Over (20 ulangan)
Pull-ups (10 ulangan)
20kg Sandbag Squats (20 ulangan)
Bosu Push-up (20 ulangan)
Setelah melalui ujian sengit ini, hanya 12 peserta yang berjaya menonjolkan kecemerlangan mereka di setiap stesen dipilih untuk bertanding dalam program ini.
Di antara ujian kecergasan yang harus diharungi mereka!
Siapa Bro, Siapa Lawan?
MASKULIN WHO’S YOUR BRO bukan sekadar pertandingan kecergasan. Ia adalah gabungan elemen hiburan, kesihatan, dan hubungan antara peserta yang sarat dengan cabaran fizikal dan mental.
Setiap episod akan menampilkan aksi mendebarkan dan detik-detik yang mencetuskan inspirasi.
Jangan lupa untuk menyaksikan MASKULIN WHO’S YOUR BRO bermula 20 November, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ria.
Saksikan sendiri siapa yang bakal bergelar ‘bro’ sejati dan siapa pula yang bakal tersingkir dalam persaingan sengit ini.
Ingat, “Siapa Bro, Siapa Lawan?” Segalanya akan terjawab dalam WYB!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.