Bro, kita lelaki ni bukan setakat kena jaga penampilan atau kekuatan fizikal saja, tapi kesihatan keluarga pun kita kena ambil berat. Sebab tu, penting untuk kita ada “first aid kit” atau stok ubat-ubatan asas dekat rumah.

Bila anak demam tengah malam? Bila isteri pening kepala tiba-tiba? Bila kita sendiri cedera kecil masa baiki motor atau workout? Takkan nak tunggu kecemasan baru nak kelam kabut.

“First Aid Kit”, 15 Jenis Ubat Yang Wajib Simpan Di Rumah

Jadi, Maskulin senaraikan 15 jenis ubat dan keperluan perubatan yang WAJIB ada di rumah setiap lelaki berwibawa. Ready? Jom take note!

1. Paracetamol (Ubat Demam & Sakit Kepala)

Basic, bro. Ini wajib ada untuk turunkan demam, sakit kepala, atau sakit badan. Pilih Paracetamol dalam bentuk tablet dan syrup untuk kegunaan orang dewasa & kanak-kanak.

2. Antiseptik (Contoh: Dettol atau Iodine)

Lelaki lasak mesti ada antiseptik untuk cuci luka, cegah jangkitan kuman lepas terjatuh atau terluka masa buat aktiviti outdoor.

3. Plaster Luka & Bandage

Kecil-kecil tapi besar fungsi dia. Plaster luka untuk luka kecil, bandage atau balutan untuk luka besar atau terseliuh.

4. Ubat Cirit-birit (Oral Rehydration Salt/ORS & Loperamide)

Kalau perut buat hal, cirit-birit melarat boleh menyebabkan dehidrasi. ORS kembalikan cecair badan, Loperamide bantu kawal simptom.

Ads

5. Ubat Sakit Perut & Angin (Antasid & Simethicone)

Sakit perut, kembung, atau pedih ulu hati? Standby Antacid tablet atau liquid untuk neutral asid perut. Simethicone bantu kurangkan angin dalam badan.

6. Minyak Angin atau Balm Panas

Untuk lenguh-lenguh, sengal otot, atau pening kepala ringan. Maskulin recommend minyak angin atau balm yang ada efek panas, barulah rasa lega.

7. Thermometer (Suhu Badan)

Bro, jangan agak-agak suhu badan. Wajib ada thermometer digital, senang pantau kalau ada ahli keluarga demam.

8. Krim Anti-gatal (Contoh: Calamine Lotion)

Gigitan serangga, ruam atau kulit gatal? Krim anti-gatal ni penyelamat terutama musim banyak nyamuk atau lepas aktiviti outdoor.

Ads

9. Ubat Batuk & Lozenges Tekak

Batuk kering atau berdahak, wajib ada ubat batuk. Lozenges pun elok standby, terutama bila tekak mula rasa perit.

10. Saline Solution (Air Garam Steril)

Untuk cuci luka atau basuh mata kalau terkena habuk, bahan kimia ringan, atau masa mata merah.

11. Ubat Selsema (Antihistamin)

Selsema, hidung tersumbat atau alahan ringan? Antihistamin boleh bantu kurangkan simptom.

12. Painkiller Tambahan (Ibuprofen)

Selain Paracetamol, Ibuprofen bagus untuk sakit otot, sendi atau period pain. Tapi hati-hati, ambil ikut dos ya.

Ads

13. Ubat Luka atau Krim Antibakteria

Luka kecil jangan ambil mudah. Krim antibiotik elak jangkitan kuman. Ini basic step jaga diri & keluarga.

14. Gunting Kecil & Pinset (Tweezer)

Untuk potong balutan, potong plaster atau cabut serpihan kaca/kayu kecil yang tercucuk.

15. Mask & Hand Sanitizer

Dah jadi keperluan rutin lepas pandemik. Bila keluar rumah, ada mask & sanitizer, lagi-lagi kalau anak-anak demam.

Better prepare daripada panik saat kecemasan. Kalau belum lengkap, make sure minggu ni pergi farmasi, restock barang wajib ni. Ingat, lelaki hebat bukan je kuat luaran, tapi sentiasa bersedia untuk jaga kesihatan keluarga.

BACA LAGI : Salah Faham Terbesar Masyarakat Terhadap Lelaki Berpersonaliti Introvert

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI