Tak mengapa, pergilah ziarah-menziarahi sanak-sdaudara dan sahabat handai sepanjang bulan Syawal ini. Sama-sama mohon kemaafan dan rapatkan semula silaturahim.
Namun dalam kita bergembira jangan pula dilupakan kesihatan fizikal dengan melakukan senaman.
Selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan, amatlah penting untuk kita mulakan semula senaman.
Tapi lebih penting ialah melakukannya secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Bayangkan badan anda ini seperti enjin sebuah jenteran hebat, pastinya perlu dipanaskan dulu. Ini adalah kerana tubuh kita memerlukan masa untuk menyesuaikan semula kepada rutin harian yang biasa.
Langkah pertama yang boleh diambil adalah dengan melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki atau larian berbentuk jogging perlahan-lahan selama 20 hingga 30 minit setiap hari. Selepas itu, anda boleh meningkatkan tahap intensiti dan tempoh senaman secara beransur-ansur.
Pastikan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan mencukupi untuk memberi tenaga kepada tubuh anda.
Ads
Dan dalam cuaca panas seperti sekarang ini, jangan lupa untuk minum air yang mencukupi dan membolehkan masa yang mencukupi untuk pemulihan selepas setiap sesi senaman.
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah kesihatan atau kebimbangan, disarankan agar berjumpa dengan pakar kesihatan sebelum memulakan semula senaman.
Adna boleh melakukan beberapa senaman mudah untuk menyesuaikan diri.
5 SENAMAN MUDAH
PUSINGAN KAKI: Berdiri dengan kaki selebar bahu dan putar kaki ke kiri dan kanan secara bergantian. Lakukan selama 30 saat dan ulang sebanyak 3-4 set.
Ads
SQUAT: Berdiri dengan kaki selebar bahu dan turunkan pinggang sehingga paha anda sejajar dengan lantai. Kemudian angkat semula pinggang anda ke kedudukan berdiri semula. Lakukan selama 10-15 kali dan ulang sebanyak 3-4 set.
PUSH UP: Berbaringkan badan dengan perut menghadap ke bawah, letakkan tangan di bawah bahu dan tolakkan badan anda ke atas sehingga tangan anda lurus. Kemudian turunkan badan anda semula ke bawah sehingga dada hampir menyentuh lantai. Lakukan selama 10-15 kali dan ulang sebanyak 3-4 set.
SKIPPING: Melompat di tempat seperti anda sedang berskipping. Lakukan selama 30-60 saat dan ulang sebanyak 3-4 set.
Ads
PLANK: Berbaringkan badan dengan perut menghadap ke bawah, kemudian angkat badan anda ke atas dengan menggunakan siku dan jari kaki. Pastikan tubuh anda sejajar dan bertahan selama 30-60 saat. Ulangi sebanyak 3-4 set.
Selain melakukan aktiviti senaman ringkas dan mudah seperti di atas, anda juga perlu menekankan faktor pemakanan. Maklumlah selepas sebulan berpuasa dan juga lebih seminggu berhari Raya.
Berikut tabiat pemakanan boleh anda amalkan:
Makan secara perlahan-lahan dan sederhana ketika berbuka puasa untuk mengelakkan gangguan pencernaan.
Mengambil sarapan pagi yang sihat dan lengkap untuk memberi tenaga dan memulakan hari dengan baik.
Memastikan pemakanan terdiri daripada pelbagai jenis makanan yang mengandungi nutrien yang diperlukan oleh badan, termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, protein, dan lemak yang baik.
Mengambil makanan dalam kuantiti yang secukupnya dan mengelakkan daripada makan terlalu banyak pada satu masa.
Minum air yang cukup sepanjang hari untuk memastikan tubuh kekal terhidrat.
Mengelakkan daripada mengambil makanan yang berlemak dan bergula yang tinggi untuk memastikan kesihatan jantung dan mengelakkan kenaikan berat badan yang tidak diingini.
Melaksanakan senaman secara berkala untuk meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan.
Dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dan seimbang selepas berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadan, kita dapat memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti harian dengan baik.
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini mampu memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe dan follow Instagram dan YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Aktiviti berlari ini semakin mendapat sambutan dan popular di negara kita. Ramai yang mula menjinakkan diri dengan larian. Terdapat banyak faktor menjadikan larian anda semakin baik dan efisien, antaranya bernafas dengan betul.
Oleh itu, ramai yang tertanya-tanya apakah jenis dan teknik bernafas yang betul dan boleh dipraktikan di dalam larian anda. Ia nampak mudah namun jika teknik yang diamalkan salah boleh menjejaskan prestasi anda sendiri.
Ini dia 4 teknik bernafas saat berlari yang boleh anda praktikkan.
Bernafas dengan hidung dan mulut
Berlari memang memerlukan oksigen yang banyak untuk masuk ke dalam badan. Teknik bernafas menggunakan hidung dan hembuskan melalui mulut sangat digalakan.
Ini kerana apabila anda menggunakan teknik nafas melalui hidung sahaja akan mengecilkan saluran penafasan anda. Sekiranya anda bernafas melalui kedua-dua bahagian ia akan lebih lancar dan akan menambahkan lagi stamina anda.
Tiga langkah, Tarik Dan Hembuskan Nafas
Apabila berlari, pastikan anda berlari tiga langkah anda mengambil nafas dan tiga langkah lagi menghembuskan nafas. Jika anda ingin menambah kelajuan, pastikan anda mengambil dua langkah menarik nafas dan selangkah menghembus nafas. Teknik ini sangat membantu untuk anda menjaga penafasan dan tempo larian anda.
Gunakan nafas perut kecuali memecut
Sekiranya anda berlari perlahan, jangan gunakan teknik nafas dalam atau melalui dada. Gunakan teknik nafas perut atau ‘Diafragma’ untuk memberi udara masuk terus ke tubuh dan membolehkan anda berlari lebih banyak pusingan.
Pastikan postur badan ada tegap
Keadaan postur badan semasa anda berlari sangat penting bagi melancarkan penafasan anda. Patikan badan tidak terlalu membongkok kerana ia akan mengecilkan postur dada. Luruskan badan anda dan bukakan dada dengan baik barulah anda boleh bernafas dengan betul dan lebih lancar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa sangka mulut-mulut mak cik bawang punca Ramdan nekad untuk menurunkan berat badan.
“Saya dicemuh mak cik-mak cik ketika menaiki pengangkutan awam” ayat-ayat penyata seperti
“Kamu ni gemuk lah”
“Besarnya kamu ni Ramdan…”
Ini benar-benar menyinggung perasaan Ramdan. Menurutnya, dia sudah tidak tabah lagi melalui hari-harinya sebagai seorang GEMUK. Mana tidaknya, dengan ketinggian 190cm dan berat badan mencecah 145kg, dia dianggap mengganggu ruang di dalam pengangkutan awam sehinggakan mak cik-mak cik ini lemas dengan kewujudannya.
Bila start diet?
Tahun 2016, masa tu saya join program diet. Kalau ikutkan saya ni seorang pemalu. Segan untuk bersenam secara bersendirian. Tambahan pula saya selalu dicemuh, tahap confident saya tu semakin berkurangan. Bila workout bersama-sama dengan orang gemuk ni, lain macam sikit impak dia. Yelah, sama-sama gemuk kan, kita faham antara satu sama lain.
Apa yang paling seronok sepanjang Ber ‘diet’?
Banyak sebenarnya, pada peringkat awal tu rasa susah sikit sebab kita kan dah terbiasa dengan MAKAN, jadi nak disiplinkan diri tu perlukan masa. Bila bergaul dengan kawan-kawan yang sama-sama nak kurus ni godaan dia lagi melampau, sebab tak semua orang yang join tu ada mindset yang sama. Jadi kadang-kadang lepas workout, pasti akan terbabas ke kedai mamak. Disitu mental kena kuat, kita kena ada goal sendiri.
Bila dah kurus ni mesti ada kulit menggelebeh, macam mana nak buang?
Oh, nak buang kulit menggelebeh tu tak lah susah mana, korang kenalah pergi ke Gym, main dumbbell. Tak payah main yang berat-berat, main yang ringan-ringan saja. Kalau nak bina badan sekalipun kena mula dari bawah, jangan terus angkat yang berat, takut muscle tear nanti. Paling penting teknik, teknik inhale dan exhale sangat membantu untuk mendapatkan betuk badan yang cantik.
Macam mana dengan pemakanan?
Makan memang penting dalam penjagaan diet. Saya masih lagi mengamalkan diet kurus dahulu. Suku suku separuh. Kalau malas nak workout sekalipun, diharapkan anda dapat menjaga pemakanan. Kalau tak, selamat tinggal ideal weight.
Ada nasihat yang nak diberikan kepada umum tentang diet awak?
Nak diet ni minda kena betul-betul fokus. Kalau segan nak buat sorang-sorang join program. Jangan malu untuk announce yang anda sedang ber diet. Jika mereka benar-benar rakan anda, pasti mereka akan memberi sokongan kepada anda. Paling penting ‘enjoy’ your journey.You only live once!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tentu anda semua sudah sedia maklum bagaimana terseksanya mereka yang mengidapi penyakit gout. Penyakit kerap dikaitkan dengan tingginya kandungan asid urin di dalam badan seseorang. Selain dari berusaha untuk mengubatinya, adalah lebih baik untuk kita cuba mencegahnya pula kerana mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
Berikut disenaraikan beberapa makanan yang boleh membantu anda untuk mengatasi masalah gout.
1. Sayur-sayuran
Nutrien yang terkandung di dalam sayur-sayuran adalah cukup baik untuk kesihatan anda. Walaupun begitu, anda digalakkan untuk mengelakkan sayur-sayuran yang tinggi dalam kadar purin. Namun begitu kandungan purin di dalam sayuran adalah kurang berbanding dengan daging-daging merah.
2. Buah Ceri
Beberapa kajian menunjukkan bahawa ceri mengandungi khasiat yang cukup baik untuk mengelakkan gout. Kajian juga mendapati ceri boleh membantu untuk mengurangkan kadar asid urin di dalam badan dan seterusnya membasmi serangan gout.
3. Minuman Kopi
Ada banyak pendapat yang mengatakan bahawa dengan meminum kopi, risiko penyakit gout dapat dikurangkan. Mereka yang kerap mengambil kopi juga mempunyai kurang risiko untuk mendapat serangan gout berbanding mereka yang tidak mengambil kopi.
4. Produk Tenusu
Saintis yang mengkaji berkenaan penyakit gout ini mendapati produk tenusu yang rendah lemak boleh membantu memperbaiki proses asid urin. Mereka yang kerap mengambil produk tenusu ini didapati mempunyai kadar asid urin yang kurang di dalam darah mereka.
5. Ikan Air Sejuk
Asid asas yang terkandung di dalam ikan tuna boleh membantu mengurangkan keradangan akibat gout. Namun begitu untuk mengelakkan keadaan tersebut menjadi semakin buruk, pengambilan ikan tersebut perlu dihadkan kepada satu hidangan sehari kerana ia masih mempunyai purin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.