Memang tidak dinafikan, terapi mandi ais mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Bukan sahaja menyegarkan tubuh badan, terapi mandi ais juga elok diamalkan untuk mengatasi masalah sakit kepala, lenguh pada badan dan stres.
Selain digunakan dalam dalam rawatan tradisional, terapi mandi ais ini juga popular digunapakai di kebanyakan spa-spa moden sebagai salah satu rawatan untuk kecantikan kulit dan kesihatan tubuh badan.
Menurut perkongsian Fatin Lee yang juga founder Re Vera di laman Facebooknya, terapi mandi ais ini telah menjadi amalannya untuk mengatasi masalah sakit kepala dan penat badan.
Bahkan, terapi mandi ais ini juga dikatakan mempunyai banyak khasiat terutamanya apabila ia ditambah dengan garam kasar, limau purut dan minyak aromaterapi.
Jika anda sering alami letih badan, sakit kepala dan stres, bolehlah memanfaatkan perkongsian ini.
RAWATAN KESIHATAN & KECANTIKAN PALING MUJARAB GUNA BAHAN DAPUR JER.
Silakan #SHARE jika bermanfaat. Dah 3 tahun Mek Ten amal mandi ais ni tiap kali sakit kepala atau pun penat dan sakit badan, memang ‘painkiller’ paling berkesan
Ramai yang tak sedar ais ni banyak kebaikan nya untuk kecantikan & kesihatan. Kalau perasan kat spa spa pun dah banyak yang buat terapi ais ni. Jangan tak tau, ia juga menjadi amalan atlet sebagai satu cara pemulihan yang lebih cepat.
IKLAN
Antara kebaikannya:
Boleh kuruskan badan
Menaikkan seri wajah
Rawatan kecantikan kulit paling berkesan
Menghasilkan aura positif
Kuatkan imunisasi & antibodi badan
Kuatkan tulang
Menghilangkan bisa & angin dalam badan
In Shaa Allah dapat jauhkan dari benda halus
Menenangkan jiwa
Merawat penyakit jiwa (stres/ kesedihan/ ketakutan/ panas baran)
Dan baaanyak lagi lah.
Hanya guna bahan dapur jerr simple!
Air 1 baldi
Garam Kasar (seeloknya garam bukit)
Ais
Asam limau nipis/ purut
Minyak Aromaterapi (jika ada)
Caranya:
1. Sediakan 1 baldi air paip (kalau tambah air kolah masjid lagi bagus).
IKLAN
2. Masukkan garam, ais ketul, perahan asam limau dan kacau biar ia sebati.
3. Baca Al-Fatihah 7x
– Bismillah 5 7x (boleh cari kat google)
– Al Ikhlas 7x
– Selawat 3x
IKLAN
4. Angkat baldi letak dalam bilik air, boleh mula siram dari kaki perlahan lahan naik ke atas sampai kepala dan lebih kan di belakang tengkuk. Kalau nak berendam pun boleh.
5. Dah siap kalau boleh jangan lap air tu. Biar ia kering sendiri kat badan ok.
Selalu Mek Ten buat mandi dan bersabun dulu macam biasa. Dah siap baru lah mandi ais ni.
Jom cuba dan rasai nya sendiri di rumah! In shaa Allah pasti lebih segar dan bertenaga lepas ni
P/s: Kalau buat sekali tak jadi, buat la lagi 3,5 atau 7 hari secara berturut turut.
Kalau anda pengguna aktif Facebook pastinya video seorang lelaki mengamuk tak puas hati dengan kualiti rumahnya dibeli berdekataan KLCC lalu di timeline.
Kejadian tular itu dikatakan berpunca daripada rasa tak puas hatinya terhadap pemaju yang didakwanya kecewa dengan kualiti rumah mewah dibelinya dengan harga lebih kurang RM2 juta. Apa yang membuatkan vieo ini tular ialah tindakannya membawa tukul dan memecahkan meja kaca.
Namun adakah tindakan ini betul atau hanya lebih merugikannya sahaja?
Seorang pengguna Facebook, Ahmadkhairul Sabirin telah melakukan perkongsian menarik tentang apa yang harus kita lakukan dan periksa apabila mula masuk ke rumah yang baru siap dibeli. Beliau merupakan seorang designer dan memiliki latar belakang arkitek.
Jom ikuti tip yang dikongsikan oleh beliau di bawah.
Jadi bila kita dapat rumah baru, apa perlu kita buat ? Adakah kita perlu hancur kan sana sini juga? Jangan. Follow lah step ni.
BAWA MEASURING TAPE
1. Periksa lah luas lantai rumah sama tak dengan floor plan yang diberi dalam SPA. Bawa measuring tape.
LAMPU, SOKET & ELECTRICAL POINT
2. Periksa bilangan lampu, electrical point dan soket. Sama tak number tu dengan SPA. Periksa sekali TV point, broadband, fan hook siling dan lampu gantung jika ada.
Jangan lupa juga benda ni : – Check brand model barang elektrik – Sink, tap dan toilet bowl punya brand. – Fridge/oven/stove cooker hood punya brand.
KABINET DAPUR
3. Periksa kitchen kabinet, adakah material sama dengan apa yang telah dijanjikan developer. Bila beli developer kata dapat marble, bila siap developer bagi High Press Laminate. Maka saya sarankan anda sediakan lah sledgehammer dan duduk di depan pejabat developer. haha. Kalau pecah kitchen kabinet tak dapat ganti baru ya!
KONDISI DINDING
4. Periksa kualiti hasil kerja unit anda. Tengok dinding ada crack tak, water damage atau cat yang tak rata.
TILE & LANTAI
5. Periksa lantai. Cuba ketuk tile, kalau dengar hollow sound maknanya bawah kosong. Boleh minta developer repair. Ketuk dengan apa? Jangan pakai hammer! Aku ketuk kadang pakai kunci pun boleh dengar dah kalau ada hollow tile.
PINTU, FRAME & TOMBOL
6. Check pintu, frame pintu dan tombol. Ada scratch ke tak, ada misalignment atau tidak. Buka tutup lah 7 8 kali ke. Kalau rasa tak lengkap disarankan buka tutup selam 40 kali selama 100 hari. Haha. Gurau saja, kalau pintu tak ok, buka sekali dua pun dah boleh rasa.
SLIDING DOOR
7. Kalau ada sliding door, check benda sama juga.
GLASS DOOR & BALKONI
8. Kalau ada glass door, check ada crack atau calar. Boleh ganti. Jangan lupa kalau ada glass balcony, cuba gegar sikit. Kalau kalau gegar sikit dah goyang, notify developer.
AMBIL GAMBAR & CATAT
9. Dah siap semua ni, ambil gambar dan isi borang defect. Hantar kepada developer. Bila dah hantar, pastikan follow up selalu. Kalau developer lambat atau tak responsive kita boleh lantik kontraktor lain untuk repair dan claim balik developer.
Ini sedikit sebanyak tips nak check defect bila anda dapat rumah baru. Apa pun, sledgehammer bukan lah jalan penyelesaian. Kepada uncle, aku rasa uncle kena engage dengan interior designer baru dapat design yang uncle nak. Developer ni bagi barang free saja, taste belum tentu kena.
Kepada developer, jika anda menjanjikan IMPECCABLE DESIGN, bagi lah IMPECCABLE DESIGN.
Bukan BREAKABLE DESIGN.
Ahmadkhairul Sabirin Lama tak dengar perkataan impeccable.
Untuk menyenangkan anda melakukan pemeriksaan defect, boleh bawa beberapa perlatan seperti dalam foto di bawah.
Foto: Renof
Kepada anda yang nak masuk rumah baru nanti bolehlah ikuti tip yang dikongsikan saudara Ahmadkhairul Sabirin. Ingat anda sebagai pengguna dan tuan rumah mempunyai hak untuk menuntut apa yang dirasakan tidak lengkap dan ada defect dengan pemaju. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada anda.
Mungkin sebelum ini, ramai tidak kenal dengan pencuci mulut tradisi yang sebenarnya telah dimakan berkurun lamanya oleh masyarakat kita.
Namun, sejak beberapa hari ini, berbuih mulut netizen bercakap mengenai ‘PUDING BUIH’ dek kerana kejadian keracunan makanan yang berlaku di Terengganu.
Mengikut berita yang terkini, setakat semalam dilaporkan mangsa keracunan akibat makan puding buih ini telah meningkat kepada 99 orang. Kejadian keracunan makanan puding buih boleh berlaku akibat pengendalian makanan yang tidak selamat. Berikut adalah 4 elemen utama yang menyumbang kepada keracunan makanan tersebut:
#1: TELUR
Jika dilihat kepada resepi puding buih, antara bahan ramuan utamanya ialah TELUR. Telur sememangnya terkenal dengan bakteria Salmonella. Jadi telur perlu dicuci bersih sebelum guna dan hanya guna telur yang masih elok/segar sahaja. Telur yang kotor atau Telur yang sudah rosak akan mengandungi bakteria Salmonella yang banyak!
#2: TEKNIK PENYEDIAAN
Telur ayam ini akan diasingkan kuning dan putihnya, dimana putih telur tadi akan dipukul sehingga kembang atau dipanggil sebagai ‘meringue’ dan iannya tidak dimasak! Memang ‘meringue’ ini digunakan secara meluas dalam industri pastri tetapi mereka menggunakan telur yang telah dipasteur bagi memastikan tiada sebarang pencemaran terhadap makanan yang dihasilkan. Suhu selamat untuk masak telur adalah sekurang-kurangnya 75°C.
#3: SUHU PENYIMPANAN
Kalau kita tengok resepi puding buih ini memang berisiko dan suhu penyimpanannya perlu dikawal dengan rapi. Puding tidak boleh dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama kerana ini akan meningkatkan pembiakan bakteria. Puding perlu disimpan pada suhu sejuk dingin (chiller) iaitu antara 0 hingga 10°C.
#4: TEMPOH MASA
Puding perlu dimakan dalam tempoh 4 jam (jika tidak disimpan dalam peti sejuk). Selepas tempoh itu ada kemungkinan besar makanan tersebut telah tercemar dengan bakteria!
Difahamkan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sudah memeriksa premis peniaga terbabit dan pengambilan sampel dilakukan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu.
Sebanyak 11 swab persekitaran, empat swab tangan dan empat sampel makanan juga diambil untuk tindakan lanjut dan JKNT turut menutup dapur premis untuk jualan peniaga puding buih itu mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama 14 hari sehingga 7 Jun depan.
Tayar pecah yang berlaku ketika sedang memandu merupakan satu mimpi buruk buat semua orang. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan serius malah boleh mengancam nyawa jika tidak dikendalikan dengan betul. Jika situasi seperti ini berlaku, apa yang perlu anda lakukan?
Dalam keadaan kenderaan empat roda yang dipandu pastinya situasi ini akan menyebabkan anda sedikit sebanyak rasa panik. Apatah lagi kereta muda akan sedikit hilang kawalan dek tayar yang pecah.
Jangan panik dan ikuti langkah-langkah keselamatan yang ada boleh lakukan ini seperti di bawah!
Jangan hentam pedal brek
Kebanyakan orang akan cenderung untuk menekan brek sepenuhnya (brek kecemasan) dalam keadaan kecemasan. Brek kecemasan adalah perkara yang paling teruk anda boleh lakukan dalam kejadian tayar pecah kerana ini akan menggangu arah kenderaan dan menjadikannya berada di luar kawalan. Anda boleh menggunakan ‘brek enjin’ dengan menurunkan gear kepada yang lebih rendah. Tekan brek kaki secara ringan apabila kenderaan anda telah perlahan.
Ingat tips pertama, KAWAL DIRI. Anda harus mengawal diri anda daripada menekan pedal brek secara mengejut. Dengan keadaan tayar kereta yang sudah terkunci dan kereta yang sedang terhuyung-hayang, anda masih boleh membrek, namun ada kaedahnya. Ingat, anda harus membrek dengan kaedah seolah-olah anda sedang mengepam, tekan dan lepas. Begitu juga dengan brek kereta, tekan dan lepas hingga kereta anda semakin perlahan dan berada dalam kelajuan yang mampu dikawal.
Kenapa tidak boleh brek secara mengejut? Anda harus ingat, nisbah brek antara roda hadapan dengan belakang adalah tidak sama, malah anda mungkin tidak tahu tayar mana yang sedang pecah. Tindakan brek secara mengejut boleh menambah risiko untuk kereta anda berpusing lebih teruk dan merosakkan sistem brek kereta anda.
Tips ini mungkin boleh diabaikan bagi pemilik kenderaan yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), namun TIDAK bagi mereka yang sebaliknya. Membrek secara mengejut ibarat menendang bola sekuat hati, cuba anda tahan bola tersebut secara mengejut. Pasti ada kesan pada bola dan anda yang menahan. Bayangkan jika bola itu adalah kereta anda yang ditahan secara mengejut dan impak kepada anda yang berada di dalam kereta.
Betulkan stereng kereta dengan lembut
Semua pemandu pasti tahu bahawa roda stereng adalah kompenen utama dalam kenderaan yang mengawal arah pergerakan tayar. Logiknya, tayar kereta akan patuh dengan input yang anda berikan kepada stereng ketika memandu. Jadi, memang normal jika kita cuba mengawal kereta yang sedang terhuyung hayang dengan memulas stereng, namun apa yang anda perlu tahu, dalam situasi tayar pecah, logik itu telah BERUBAH.
Ketika anda mahu membelok ke kiri, kereta mungkin akan ke kanan dan sebaliknya atau anda hanya memulas stereng sedikit, tetapi kereta membelok secara berlebihan. Situasi ini terjadi jika kita mengambil contoh tayar depan sebelah kanan kereta yang pecah, kenderaan akan cenderung untuk ke kanan walaupun stereng tidak dipulas ke kanan kerena nisbah berat sudah tidak seimbang dan berat kenderaan akan tertumpu pada roda yang pecah itu.
Jadi, cuba pulas stereng kereta anda secara berlawanan dengan arah kenderaan anda sedang bergerak. Secara lembut dan jangan pulas habis.
Rendahkan gear dan guna brek enjin
Pernah main game Need For Speed, tak kira lah siri yang mana pun? Jika anda perasan di dalam permainan tersebut, ketika anda memecut dan berada dalam gear tinggi, anda sampai di kawasan selekoh tajam dan cuba membelok secara mengejut tanpa merendahkan gear, sekadar menekan brek untuk memperlahankan kenderaan. Kenderaan anda pasti akan terbalik dan berpusng-pusing.
Begitu jugalah dengan situasi sebenar di jalan raya. Jadi, jika anda menggunakan kereta gear auto, anda harus menukar gear anda dari D4 kepada D3 dan D2. Jika anda menggunakan gear manual, tukar kepad gear rendah tanpa menekan kluc, YA TANPA MENEKAN KLUC. Kaedah ini dipanggil sebagai Kaedah Pembrekkan Enjin, ia efektif dan selamat untuk memperlahan kenderaan anda.
Kekalkan kenderaan dalam laluan
Anda perlu memastikan kenderaan anda berada dalam laluan yang sepatutnya. Ini amat penting bagi mengelak kemalangan yang lebih serius misalnya terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan lain. Paling utama, jangan sesekali cuba memberhentikan kenderaan anda dengan cara merapatkan kenderaan ke pembahagi jalan dan melanggar tembok atau pokok dengan sengaja. Bayangkan jika anda dalam kelajuan tinggi, tindakan tersebut hanyalah menjemput maut.
Jika anda berjaya melakukan tindakan di atas, kebiasaannya kenderaan anda sudah pun berada di dalam kawalan. Seterusnya anda hendaklah mencari kawasan lapang untuk berhenti dan menukar tayar.
Nyalakan lampu kecemasan
Bukan ketika anda masih dalam situasi cemas ketika kenderaan terhuyung-hayang, tetapi ketika kereta anda sudah pun berhenti di tepi jalan. Anda tidak perlu menjadikan situsi lebih sukar dan menarik perhatian pemandu lain dengan lampu amaran walaupun situasi tersebut belaku di atas jalan raya.
Berhati-hati di lorong kecemasan
Jika anda tiada pilihan untuk berhenti melainkan di lorong kecemasan, anda wajib memasang lampu kecemasan, menggunakan lampu kelip atau memakai baju pemantul cahaya, bagi memudahkan kenderaan lain melihat kereta dan diri anda. Jika ada segi tiga reflektif, letakkan di belakang kereta pada jarak 45 meter dari kenderaan. 45 METER, BUKAN JARAK 2 3 LANGKAH. Itu sangat membahayakan.
Jika anda sendiri yang menukar tayar, pastikan anda boleh dilihat oleh pemandu lain. Jika boleh, hubungi Peronda Jalan Raya seperti Peronda PLUS untuk mendapatkan bantuan yang lebih sempurna, terutama bagi mereka yang tidak tahu prosedur menukar tayar.
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...